-->

Sebelah Sayap

Sunday 22 April 2012

Tidak Perlu Untuk Mempolitikkan Kematian..

mat amat kecewa dengan blog-blog nie.. tak perlu laa sekira nak mempolitikkan kematian dua orang lelaki yang mati akibat terkena renjatan elektrik semasa memasang bendera.


Tak PERLU untuk memburukkan orang yang dah mati. tak kira laa bendera apa yang dia nak pasang, dia melakukan semua itu untuk mencari rezeki yang halal untuk mengisi perut yang lapar dari setiap ahli keluarga dibawah tanggungannya. sepatutnya kita sedekahkan al-fatihah kepada allahyarham, dan bukannya menjadikan si mati sebagai bahan.

cuba bayangkan sahaja yang mati tue adalah salah seorang daripada ahli keluarga korang?? apa korang rasa kalau benda nie jadi?? mesti korang marahkan?? sama laa yang berlaku kepada keluarga si mati, mereka pasti akan marah kepada pihak-pihak yang menjadikan kematian ahli keluarga mereka sebagai bahan kutukan dan penambah dosa.


Rosli Husin,47 dan rakannya Mohd Daishan Ibrahim merupakan mangsa kejadian renjatan elektrik yang berlaku di Kampung Tengah, Bukit Panau, Tanah Merah. Mereka ditemui mati dalam keadaan yang terbakar akibat terkena elektrik bervoltan tinggi. Bro..kematian bukan benda lawak untuk dibuat main oke??\

korang baca laa dekat SINI untuk tengok blog yang mat cakapkan.. 

P/S : Mat harap berhentikan laa mempolitikkan hal kematian nie..tak elok laa..roh si mati pon tak tenteram..haish..alfatihah kepada mangsa..

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...