-->

Sebelah Sayap

Tuesday 26 February 2013

Anwar Bukan Calon Terbaik Untuk Jadi PM.


PERSOALAN siapakah yang akan dicalonkan oleh Pakatan Rakyat sebagai Perdana Menteri jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 kini semakin ‘misteri’ kerana nampaknya parti-parti yang bernaung di bawahnya mula mengambil sikap membisu.

Jika sebelum ini mereka seolah-olah sepakat mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan tersebut tetapi kini parti-parti berkenaan dilihat mula mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ .

Lebih tepat lagi, mereka mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ daripada mengishtiharkannya secara rasmi kepada rakyat amnya dan penyokong mereka khususnya.

Rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat sebaliknya cuba menyakinkan pengundi agar bersabar dan menanti “elemen kejutan” .

“Calon dah ada…tapi belum umum.

“Biasalah, ada pandangan tertentu dan ia tidak beri masalah besar…bila PR menang ke Putrajaya…orang popular akan menerima sokongan umum,” kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika ditanya pemberita selepas majlis pelancaran manifesto PR “Pakatan Harapan Rakyat” di Pusat Konvensyen Shah Alam pada pagi tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata PR akan mengumumkan calon itu bila tiba masanya, namun enggan mengulas lanjut sama ada calon berkenaan akan diumum sebelum atau selepas PRU-13.

“Kita akan maklumkan di mana dan siapa calonnya,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali pula beranggapan PR mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh dan ia merupakan sebahagian pakej yang membuktikan kewibawaan parti berkenaan untuk menawan Putrajaya.

“Kita ada pakej yang kukuh dan menjadi bukti Pakatan bersedia pergi ke Putrajaya…bukan soal siapa perdana menteri,” katanya.

“Soal (pemilihan perdana menteri) itu tidak timbul kerana perbincangan sebelum ini membuktikan muafakat PR itu utuh.

“Kita akan umumkan pada masa sesuai dengan elemen kejutan yang sesuai,” kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

Sebenarnya isu siapa bakal PM itu kini semakin hangat membelenggu para pemimpin Pakatan Rakyat walaupun mereka berusaha keras hendak menyakinkan masyarakat kononnya isu berkenaan tidak pernah ‘menjadi hal’ kepada mereka.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura.

Malahan ketika masih di dalam Pas, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Ini bertentangan dengan DAP yang terang-terang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri mereka.

Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini sekali lagi menegaskan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13.

SINI untuk lebih lagi.

Dah Singgah Komen Sikit

Monday 25 February 2013

Rakyat Selangor Tagih Janji

Budiman Mohd. Zohdi menunjukkan senarai rumah kos rendah dan rumah lain yang didakwa oleh Kerajaan Negeri Selangor telah mereka siapkan ketika ditemui di Shah Alam, baru-baru ini.

 'Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri', itulah antara perkara yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) kononnya untuk membantu rakyat negeri ini khususnya golongan berpendapatan rendah.

Namun, hampir lima tahun hasrat golongan berpendapatan rendah memiliki sebuah kediaman sendiri nampaknya seolah-olah kabur berikutan pakatan pembangkang yang menerajui kerajaan negeri sehingga kini masih gagal membina perumahan kos rendah untuk rakyat di Selangor di bawah RM42,000.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) Budiman Mohd. Zohdi menegaskan, rakyat Selangor terutamanya golongan berpendapatan rendah termasuk orang muda di negeri ini dilihat dari semasa ke semasa semakin terhimpit dengan kos harga perumahan yang melonjak tinggi melampaui kemampuan kewangan mereka.

selanjutnya di SINI

Dah Singgah Komen Sikit

Calon Baru Untuk PPP


Parti Progresif Penduduk (PPP) telah mengemukakan senarai calon parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada Barisan Nasional (BN), dengan sejumlah besar merupakan muka baharu.

Naib Presiden Kanan parti itu, Datuk Maglin Dennis D'Cruz bagaimanapun enggan mengulas lanjut jumlah calon yang dikemuka dan siapa mereka.

Maglin, yang juga Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata parti itu yakin kira-kira 16 daripada yang dikemuka merupakan calon boleh menang.

Bagaimanapun, keputusan meletak calon PPP pada PRU-13 adalah hak Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya kepada pemberita selepas majlis Jalinan Mesra 1Malaysia anjuran Persatuan Penduduk Jinjang Utara hari Ahad.

Seramai 150 penduduk terdiri daripada warga emas dan golongan kurang berkemampuan dari kawasan Jinjang Utara bahagian B, C dan D menerima sumbangan PPP berupa beras dan makanan.

Maglin berkata beliau yakin jika calon PPP diletak bertanding pada PRU-13, BN mampu merampas kembali lebih banyak kerusi daripada pembangkang, selain berjanji akan berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat.

Pada PRU 2008, PPP bertanding dan kalah di kerusi Parlimen Taiping serta Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar, kedua-duanya di Perak.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian beliau pada majlis tersebut, Maglin berharap rakyat membuat pilihan dengan bijak dan memilih wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat kepada mereka berbanding ahli politik yang hanya menabur janji kosong.

"Sudah tiba masanya rakyat membuat keputusan terbaik untuk masa depan mereka pada PRU akan datang," katanya.

-- BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Friday 22 February 2013

Fauziah:Allah Untuk Orang Kristian Bersifat Trinity


Fuziah nak marah tak boleh sebab dia yang cakap macam itu dalam video ini. Persoalannya mengapa begitu jahil sangat dalam menyatakan pendapat? Macam masa sekolah tak belajar pendidikan Islam pun ada.

Ini bukan satu perkara yang boleh sebut sesuka hati. Ada perbezaan antara bible di Malaysia dan Borneo. Di Borneo mereka memakai Allah sebab mereka tertakluk kepada organisasi mereka yang menggunakan bahasa Indonesia.


Tetapi berbeza dengan Semenanjung yang tidak terikat sebegitu. Dan umat Islam terutama yang jahil macam puziah ni boleh keliru dengan maksud Allah dengan sangat mudah. Jadi jangan buat kenyataan populis hanya untuk raih undi.

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday 21 February 2013

DAP GANTI PAS dekat Kelantan satu kemungkinan!!


Alhamdulillah, Nik Aziz baru balik dari mengerjakan umrah. Semoga Nik Aziz berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Kepulangan Nik Aziz disambut seperti menyambut rombongan cik kiah. Ramai yang datang untuk menyambut kepulangan Nik Aziz. 

Puak PAS taknak kalah dengan Najib, kalau Najib pulang dari Gaza disambut oleh ribuan rakyat dan pemimpin negara, Nik Aziz pon nak jugak laa. Macam-macam sepanduk keluar. Sampai laa ada satu sepanduk ni keluar.. 

 

"AMBO LOVE TOK GURU. PANGKOH DAP". Kahkahkah!! Kebodohan apakah ni? Orang PAS datang menyambut MURSYIDUL HAM PAS dengan slogan macam tuh. Ke PAS dan bubar? Sampai boleh memilih parti kafir harbi tu? 

Dekat dalam DUN Kelantan sendiri tak ada satu pon yang diwakili oleh Parti kapir harbi tu. Menjadi tanda tanya dekat aku, adakah selepas ni mungkin akan ada wakil dari kafir harbi ini yang akan mewakili mana-mana DUN dalam Kelantan? 

45 ADUN Kelantan, hanya 6 yang diwakili oleh Barisan Nasional dan selainnya adalah daripada parti PAS. Jika parti kafir harbi ni dapat memonopoli DUN dalam Kelantan, aku rasa harapan dan hanya angan-angan kosong untuk puak nepotisme ini melakukan hukum hudud yang dicanang berdekat lamanya. 

DAP GANTI PAS dekat Kelantan satu kemungkinan!!

Dah Singgah Komen Sikit

Nurul Izzah Berceramah Dalam UM Atas Tiket Apa?

  
Anak dengan bapak sama je, kerjanya nak merosakkan pemikiran anak muda. Ni apae pasal Nurul Izzah ni masuk dalam UM. Dah laa masuk dalam UM buat lagi ceramah politik atas tiket Seminar yang bertajuk "POLITIK DAN PILIHAN RAYA MENJELANG PRU KE-13".

Dengar citer seminar ni tak diluluskan oleh JPM dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Tapi oleh sebab taksub dengan haluan politiknya, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya iaitu Prof Dato Dr Mohammad Redzuan Othman tetap memastikan seminar ini. Aku harap KPT boleh ambil tindakkan ke atas makhluk halus ni.

Beliau dilaporkan dengan bangganya membuat kenyataan sebelum ucapan Nurul Izzah.., "Saya diminta untuk membatalkan seminar ini oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi ,tapi saya tetap bertegas untuk melaksanakannya. Saya kata siapa anda untuk mengarah saya?"

"Bagi saya mahasiswa sudah matang dan kalau saya seorang 'bapa' dan sering menghalang anak-anak untuk melakukan itu dan ini maka mereka akan jadi bodoh ! Saya hanya memantau dan takkan menghalang. Satu lagi takkan saya nak buat pertandingan Boria pula? Kita sudah hampir nak PRU. Pendidikan dan kefahaman politik itu penting.." katanya.

Aku sangat berharap orang seperti ni tak wujud dalam muka bumi. Amanah yang dipikul tidak dilaksanakan dengan betol. Malah kerana ketaksuban dalam sesebuah parti politik membuatkan dia memilih cara salah untuk menegakkan "kononnya" sebuah keadilan. Puiiihhh!!!

Dah Singgah Komen Sikit

Sunday 17 February 2013

ANAK Felda Bawa Perubahan



Mazlan Aliman tidak sudah-sudah dengan usaha jahatnya untuk melingkupkan FELDA dan FGV...Dia fikir anak-anak Felda bodoh sehingga dia mampu mempengaruhi mereka..Bermacam-mcam fitnah telah diberikan tetapi masyarakat FELDA tetap tidak percaya...

Level Mazlan Aliman ni kalau dia cakap 10..1 pun belum tentu betul dan boleh dipercayai...bila dia ceramah di FELDA jer puak cai fikir masyarakat FELDA sokong..sebenarnya yang selalu dengar ceramah si bengong ni bukan masyarakat FELDA tapi penyokong tegar dari luar...

Mungkin sebab takut malu dia bercakap dengan kerusi maka mengimport pendengar bebal dari luar adalah satu prasyarat yang wajib di ikut...

Dalam ceramah Mazlan tak lari dari 3 perkara utama iaitu:
1) Saham FGV mampu membuatkan FELDA BANKRAP..
2) Tanah FELDA akan tergadai..
3) Masyarakat FELDA akan merempat kerana asetnya dijual kerajaan BN
itu jer..cakap lah banyak-banyak akhirnya 3 perkara ini akan dikaitkan...merapu punya merapu jangan lupa letak dan kutuk UMNO BN..itu adalah KPI yang harus diikuti oleh mereka untuk memastikan ANAK terus mendapat sokongan pembangkang...

Untuk makluman, masyarakat dan FELDA sekarang ini tidak lagi bergantung kepada hasil sawit sepenuhnya..dengan kata lain, banyak sumber pendapatan sampingan yang sekarang ini diusahakan oleh masyarakat FELDA...

Contohnya video di bawah ini...Genius Factor salah satu syarikat membuat handphone yang mana pekerja terdiri daripada anak Felda...ini baru salah 1 bidang...betapa majunya anak-anak FELDA sekarang ini..dah pandai buat HANDPHONE biarpun datuk nenek dan ayah mereka sebagai peneroka...tetapi anak-anak mereka telah meluaskan kerjaya itu bagi mengharumkan nama FELDA..

Dah Singgah Komen Sikit

Saturday 16 February 2013

Ini Kalilah Kasi Tukar Kelantan!! 10 000 Rakyat Kecewa Berhimpun!! HTK2013!!!


Mungkin baru tersedar dari janji-janji lama yang ditaburkan. Mungkin juga sudah jemu dengan janji yang tidak ditepati. 10 000 rakyat kelantan kali ini terun untuk menunjukkan sokongan serta semangat ingin melihat kembali tanah kelantan dihujani warna merah dan bukan lagi hijau serta bulan.

Jalanraya  di tengah-tengah ibu kota kelantan sesak akibat Himpunan Tukar Kelantan 2013. Dihadapan perkarangan Bangunan Pembangunan UMNO Kelantan jeritan sesalan kedengaran, laungan TUKAR makin kuat. Rakyat Kelantan yang berada di Kelantan yang merasa kepayahan dan kesusahan yang mereka alami selama 23 tahun berada dibawah pemerintahan Nik Aziz.


Kemungkinan besar gelombang merah ni bakal menghantui setiap seorang ahli parlimen dan dun dalam Kelantan. Rakyat Kelantan sudah puas berada dalam kesusahan!! INI KALILAH!! INI KALILAH!! INI KALILAH kita kasi TUKAR!!Kita lihat perbezaan Kelantan bawah pemerintahan sang bulan dan sang saka bangsa!!!

Tahniah orang Kelantan!!

Korang boleh baca dekat SINI jugak.

Dah Singgah Komen Sikit

Friday 15 February 2013

#GiG4GAZA Sempena #JelajahAnakMalaysia



JOM hadir ke GiG for GAZA pada HARI INI...Program ini dianjurkan bagi memberi sumbangan kepada Tabung Gaza disambil dapat berhibur..
Maklumat Program adalah seperti berikut :
HARI & TARIKH : Jumaat, 15 Februari
WAKTU : 3.00-6.30 Petang & 8.00-1130 Malam.
LOKASI : Kelab Tasik Persint 8, Putrajaya.
Sama-sama menyumbang untuk Tabung Gaza sambil berhibur.
Saksikan persembahan kumpulan Mirwana, Saff One, Frens, Six Thirty, Souls; K-Langit, Radhi OAG, Aries band, Zehra Zambri dan Altimet. Yatt Hamzah, Diana Amir juga akan turun untuk bersama peminat pada sebelah petang.

Program anjuran Majlis Belia Kawasan Putrajaya ini adalah sempena menyambut konvoi Jelajah Anak Malaysia kembali ke Putrajaya dan bagi membantu pasukan RELA dalam Kempen Tabung Selamatkan GAZA.

Dah Singgah Komen Sikit

@MahasiswaMsia Dan GM 13 Bakal Disambut Oleh Warga Pekan!!

Penduduk kampung Sungai Miang sudah bersedia menantikan ketibaan mahasewel dari GM 13, Pelbagai banner telah dinaikkan sebagai tanda bantahan penduduk kampung dengan kedatangan mereka ni. Penduduk sudah bersedia dengan cerita yang bakal dimuat naik ke laman sosial sebagai fitnah terhadap mereka.


Penduduk kampung dalam kawasan Pekan sudah mula berasa tidak senang apabila mendengar berita daripada jiran kampung yang lain yang telah pun diganggu oleh kumpulan macai ni. Meraka tidak mahu perkara yang sama berulang di kampung meraka. Bayangkan sahaja seorang pakcik yang baru pulang dari kebun dengan membawa sebilah parang mendapati kumpulan mahasewel ni terpekik-pekik mempersoalkan orang kampung yang tidak membenarkan mereka masuk ke dalam kawasan kampung diorang telah pon di dijadikan bahan fitnah mereka.

Pakcik yang hadir untuk menenangkan keadaan tiba-tiba difitnah menjadi seorang samseng upahan UMNO/BN. Bagi aku wajarlah sebagai seorang yang tua menasihati golongan muda yang tidak mempunyai adab dalam berbahasa. Tapi akhirnya pakcik ni menjadi bahan fitnah si dajjal majjal.. haktuihh!!


Menariknya kali ni, penduduk kampung 100% telah bersedia untuk mempertahankan kampung meraka dari diceroboh oleh manusia bangang ni. Meraka tidak mahu sebarang unsur fitnah dajjal majjal ni sampai ke kampung. Meraka merasakan bahawa apa yang mereka nikmati sekarang ni sudah cukup dan jauh lebih baik dari apa yang mereka ada sebelum ni.

Ohh yea.. Sebelum aku terlupa.. Aku harap orang kampung Pulau Manis bersiap sedia bagi menghadapi GM 13. Sebab diorang merancang untuk masuk jugak ke kawasan kampung Pulau Manis. Tak kisah macam mana sekali pon diorang tetap akan masuk. 


Apa yang aku nak cakapkan kepada group mahasewel yang SUPERB bangang ni. Berhentilah daripada menjadi kuda tunggangan barua pengkhianat negara... 


Dah Singgah Komen Sikit

#Lawak!! Lelaki Menyamar Sebagai Anak Sultan Kedah DiTahan!!


Gara-gara mendakwa dirinya putera kepada Sultan Kedah, seorang pesawah padi didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas 13 pertuduhan memperdaya seorang pegawai bank tahun lalu.

Bagaimanapun, Mohd. Aszuraidi Abd. Aziz, 31, mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Alias.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah memperdaya seorang pegawai bank, Akbar Mohamad, 53, antara 8 Ogos hingga 27 November tahun lalu di Taman Istimewa Pandan di sini dengan mengaku dirinya anak kepada Sultan Kedah dan mempunyai banyak harta di bawah nama ‘ayahandanya’ itu.

Tertuduh yang berasal dari Alor Setar, Kedah mendakwa mahu membuat urusan penukaran nama harta Sultan Kedah kepada namanya dan memerlukan sejumlah wang untuk tujuan itu.

Selanjutnya di SINI

Dah Singgah Komen Sikit

@MahasiswaMsia Kehadiran GM 13 Mula Mendapat Sambutan Di Pekan!!



GM 13 tidak akan diterima oleh orang Pekan. Itulah hakikat yang harus diterima oleh GM 13. Biar diorang berusaha segigih mana pon, orang Pekan tidak akan menerima GM 13 sebagai wakil diorang. Orang Pekan tidak sanggup untuk memperjudikan nasib diorang dalam tangan mahasiswa yang masih sangat mentah dalam memahami politik tanah air.


Ni haa kejutan buat korang, 50 000 ribu lagi orang hadir ke ceramah yang GM 13 anjurkan. Diorang tidak jemu-jemu turun untuk mendengar menifesto yang mantap dari GM 13. Tidak ada fitnah yang ditaburkan, tiada maki hamun, yang ada dalam ceramah ni adalah idea yang bernas untuk memajukan negara. Idea mahasiswa dari GM 13 bernas dan tidak mampu dijana oleh kerajaan Barisan Nasional. 

kahkahkah!!!

Sinis tak..?? haha. Orang kampung yang terlepas datang ke ceramah diorang ni pada mulanya ingat ada ceramah agama dari golongan mahasiswa. Tapi bila dah datang.. defak..!! Ceramah politik. Tapi sebab orang Pekan ni baik hati dan tidak mahu melukakan hati. so diorang pasang laa telinga untuk dengar.. haha


Kejap! Kenapa ada orang PAS sedangkan GM 13 kata mereka tidak bersama mana-mana parti politik. Iyahhhh! Inilah bukti mereka sebenarnya adalah kuda tunggangan pembangkang yang berselindung disebalik nama mahasiswa.

Lagi best bila Keris dapat tahu yang ceramah ini tidak melalui ketua kampung yang sepatutnya dimaklumkan. Ertinya ini adalah ceramah haram yang tidak diperkenankan oleh masyarakat kampung.
Memang orang kampung kawasan Mengkasar dn Pekan taknak mereka datang! Tak percaya?


Jadi sekarang apa masalah bebudak hingusan GM13 ni? Orang Pekan pun tak suka mereka. Apa motif sebenar mereka? Hanyalah bonek kepada pembangkang!

siri pembongkaran oleh Keris7Lok

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday 14 February 2013

Ahli PAS Ikrar Sokong BN Dan Gesa Pimpinan PAS Pusat Kembali Ke Pangkal Jalan



Malam tadi telah berlangsungnya satu majlis kecil yang menyaksikan kepimpinan PAS Cawangan Taman Equine akan menyokong dan memberi undi kepada calon Barisan Nasional pada PRU akan datang ini demi untuk perpaduan ummah antara saudara Islam mereka dalam UMNO.

Walaupun tidak akan membubarkan cawangan tersebut namun yang pasti, mereka semua telah berikrar dan berjanji akan menyokong Barisan Nasional kerana PAS kini sudah terlalu terikut dengan rentak DAP yang semakin kurang ajar dengan orang Islam. Lagi Selanjutnya KLIK DISINI



Dah Singgah Komen Sikit

PANAS!! GM13 DiHentak Oleh Samseng Tidak Dikenali. Skrip Lama??

Gay ek...?? haha
Skrip lama yang ingin digunakan oleh macai untuk menarik minat dan simpati golongan pengundi. Yelaa dulu dekat Universiti boleh laa kau kencing budak-budak dengan cerita ni. Budak-budak universiti kebanyakkan malas nak ambil tahu tentang perkara bodoh ni. Tapi bila dah sampai ke telinga diorang, maka unsur simpati tuh memang sampai laa. 


Ni laporan Polis yang dibuat oleh budak gay EKHSAN BUKHAREE. Dua kali bai dia ni tak boleh kenal pasti no pendaftaran. Kalau dia sorang dalam kereta kancil tuh aku pon tak kisah, ni 3 orang dan 3 orang tak boleh pakai. Semua tak boleh ingat no pendaftaran kereta dan motosikal yang menahan diorang ni. 

Teruk kene pukul haa.. hahaha!! Tapi macam cantek je carik baju tuh.. kikiki
Adakah gengster yang menahan diorang ni pakai ilmu pukau sehinggakan diorang gagal untuk mengenal pasti no pendaftaran kereta dan moto tuh. Urm..

Dulu masa dekat UM orang yang tumbuk Edikoup pon diorang tak boleh cam, no pendaftaran sekali lagi diorang tak boleh ingat. Ni yang aku cakap skrip sama tapi tempat dan keadaan yang berbeza. Diorang nak wujudkan element simpati sekali lagi....

Yang buat aku tak tahan gelak, diorang boleh claim diorang bawa suara mahasiswa satu Malaysia. Tahu malu ke tak diorang ni. Dah kalah secara total dalam pilihan raya kampus, diorang boleh claim nak hantar surat yang bawa suara mahasiswa 1 malaysia. haktuihh!! 

Ni satu lagi hal, lepas diorang claim bawa suara mahasiswa 1 malaysia.. Saudara Hafiz Ariffin sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan Sesi 2012/2013 sudah panas dengan statement macai ni.. so dia pon buat laa satu kenyataan rasmi...
Saya membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh aktivis GM13 berkenaan "Surat mewakili msiswa IPT seluruh negara brkenaan PRU13" yang diedarkan di Pekan. MPPK adalah badan yang membawa suara majoriti mahasiswa seluruh negara yang diwakili oleh seluruh kepimpinan mahasiswa di kampus yang diangkat dan dipilih oleh mahasiswa sendiri. Maka dakwaan surat yang mewakili mahasiswa seluruh ipt adalah suatu dakwaan yang bersifat populis dan cubaan utk mengelirukan rakyat dan menguntungkan pihak-pihak tertentu.

Hafiz Ariffin
Pengerusi
MPPK12/13
Jadi aku nak cakap, tukarlah skrip korang ni. Muak laa aku dengan cerita asyek kene pukul je. Ingat orang kampung ingin sangat nak pukul korang. Dari diorang pukul macai busuk macam korang ni. Baik laa diorang gi tengok bola ke.. Tengok anak bini dekat rumah.. BODOH PIANG MACAI BUSUK NI..!!

Dah Singgah Komen Sikit

PANAS!!! Sambutan Meriah Warga Chini Menyambut GM 13.


Lawak apakah GM 13 ni buat? Baru-baru ni GM 13 umumkan yang diorang akan lawan Najib dekat Pekan, tapi kalau lagu ni.. Tak payah lawan laa.. terus balik rumah tolong mak bapak lagi bagus. 


Dikhabarkan seramai 50 000 orang membanjiri ceramah GM 13 yang berusaha keras bagi menjatuhkan Najib. Mahasewel bersungguh-sungguh menyatakan hasrat diorang untuk menjatuhkan Najib. Biar mahasiswa sendiri yang jatuhkan Najib. Kita tunjukkan kuasa anak muda, jangan ingat mahasiswa tidak mampu untuk menumbangkan pemimpin nombor satu negara. Kikikiki


Turut hadir dalam ceramah mega mahasewel GM 13 ni adalah Pengarah Tindakan DUN Chini, Naib YDP PAS CHINI, NAIB YDP PAS Kwsn PEKAN, dan beberapa mahasewel cacai makan dedak Pakatan...




Buat pengetahuan korang laa, sebelum macai ni datang dekat Chini.. Mahasiswa Jelajah Anak Malaysia (JAM) telah pon datang. Apa yang dibawa oleh mahasiswa JAM ni sangat berbeza dengan apa yang dibawa oleh GM 13. Mahasiswa JAM menerapkan nilai kasih sayang, dan menghormati antara yang tua dan muda. 

Tapi GM 13 tidak. Datang ke tempat orang dengan niat untuk menghasut penduduk Chini. Menyebarkan fitnah seperti kebiasaan yang mereka lakukan dalam pilihan raya kampus. Kehadiran macai yang berbau busuk sehingga mendatangkan ketidaksenangan penduduk terhadap kedatangan mereka ni.

Tapi macam biasalah, bila tak mendapat sambutan. Mula laa diorang cakap macam-macam. Kene ugut laa. Samseng upahan datang menggertak diorang laa. Paling utama dalam misi ni adalah MaloyaKini, habis kene spin cakap budak-budak GM 13 kene gertak dengan samseng. Padahal, samseng pon mengantuk dengar ceramah budak-budak. 

Orang kampung pon dah bijak laa menilai. Korang yang macai ni bodoh piang, ingat senang ke nak hasut orang yang hidup dan membesar dengan Najib? Diorang sendiri melihat jatuh bangunnya Najib di Pekan tempat kelahirannya. Korang ingat korang mampu ubah pendirian diorang?? Puihh!!


Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday 13 February 2013

Video Yang Anda Wajib Tengok!! #AreYouReadyForBN??


Video ni pastinya membuatkan semua macai-macai menjadi buntu bagaimana hendak memburukkan imej Najib. Aku dah cakap bukan ada satu je kamera waktu PSY datang. Kebenaran pasti akan muncul menentang kebatilan. 

Video dari udara yang berjaya dirakamkan menunjukkan jawapan sebenar dari orang yang hadir ke Majlis sambutan CNY dekat Penang. Aku rasa video ni dah boleh menjawab segala macam persoalan dan tomahan yang dilemparkan oleh macai-macai a.k.a penjilat bontot LGE yang terdiri dari pejuang PAS. Take beer!! Take beer!! kuikuikui



Dah Singgah Komen Sikit

mohon @AnwarIbrahim Beri Penjelasan.


Harap Anwar dapat buat penafian atas pemilikkan Passport dari Amerika. Semaklum aku, jika seseorang warga Malaysia memiliki dua kewarganegaraan boleh dilucutkan kewarganegaraan malaysia dia. 

Tiada apa yang aku mahukan selain jawapan yang pasti dari Anwar berhubung isu ini. Bagaimana Anwar boleh mempunyai 2 kewarganegaraan.

Sumber dari PPC


Dah Singgah Komen Sikit

PANAS!! Nik Aziz Kantoi Menipu!!

Siapa tak kenal Tuan Guru Nik Aziz yang terkenal dengan sifat zuhudnya. Hanya duduk di rumah papan, tidak seperti rumah menteri besar yang lain. Besar dan mewah. Tapi tidak hairan jika TG Nik Aziz mempunyai rumah yang besar dengan kapasitinya sebagai menteri besar kelantan.

Selama 23 tahun memerintah Kelantan, Nik Aziz sangat popular dengan sifatnya yang zuhud. Makan pon dekat kedai biasa je. Tak seperti pemimpin yang lain, kalau tak makan dekat hotel tak menteri laa jawabnya. 

Selepas 23 tahun. ada satu gerakan yang dibawa oleh anak kelantan sendiri yang ingin mengetahui kebenaran disebalik cerita zuhudnya seorang pemimpin PAS yang agung ni. Pemimpin PAS ni selalu berjaya memenangi hati rakyat dengan lakonan mantapnya dengan rumah-rumah papan, menampakkan zuhudnya, menampakkan alimnya dia ni. Tapi realitinya, ini semua adalah kerja orang-orang kanan Nik Aziz yang mahukan Nik Aziz sentiasa dilihat sebagai individu terbaik bagi rakyat Malaysia.


Cerita yang menggambarkan kononnya Nik Aziz ni zuhud, keramat dan alim adalah rekayasa orang-orang kanan Nik Aziz semata-mata, hakikat sebenar Nik Aziz hanyalah seorang pelakon yang mempergunakan agama untuk kepentingan politik.

Gambar diatas seperti menceritakan bagaimana seorang pemimpin zuhud hanya tinggal di sebuah rumah papan. Dia sendiri yang membersihkan halaman rumahnya tanpa perlu ada orang gaji. Sebagai menteri besar tidak hairanlah jika dia mempunyai rumah yang besar dan mempunyai orang gaji. Persoalannya di sini mengapa Nik Aziz sanggup untuk MENIPU dalam menampakkan dia sebagai seorang yang zuhud.??

Aku ucapkan tahniah kepada Gelombang Kick kerana membuat pendedahan tentang betapa "zuhud"nya pemimpin pujaan PAS ni. Berjaya berselindung disebalik zuhudnya untuk meraih sokongan rakyat terhadap dia dan parti yang kononnya Islamik. 

Korang tengok video pendedahan yang dilakukan oleh Gelombang Kick...


Bagi aku bukan masalah untuk berumah papan, yang menjadi masalah kepada aku kenapa orang tua ni harus menipu dengan menampakkan zuhudnya kepada orang ramai. KENAPA ORANG TUA NI HARUS MENIPU?? Membawa imej Islam dan MENIPU? Islamkah??

Sumber utama dari Gelombang Kick

Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday 12 February 2013

DiSebalik #AreYouReadyForPSY. Kebenaran Dan Kebatilan.

Malas betol aku nak melayan perangai cai PR yang selalu tak puas hati dengan Najib. Apa Najib, diorang akan cuba sedaya upaya dari setiap angle untuk menyerang Najib. Katanya kalau menang lawan UMNO/BN biarpun mati, syurga menanti diorang. Haktuihh!!! Celah mana kalau memaki hamun orang je.


Semalam video yang telah menjadi viral dekat facebook, ARE YOU READY FOR PSY?. Kenapa cai seronok sangat bila tengok video ni? Sebab orang Penang menolak Najib? Ni pandangan aku tentang video yang dibanggakan oleh cai-cai.
1. Orang merekodkan video, berada dalam kalangan macai yang membenci Najib, makanya suara yang menjerit NO tu memanglah kuat. Kalau korang perasan semua video yang ada tentang ARE YOU READY FOR PSY ni semua dari belakang. Tidak ada satu video pon yang diorang tunjuk dari bahagian depan. So logik tak kalau aku cakap bahagian depan ni cakap READY tapi tak kedengaran sebab di perakam berada dibelakang bersama macai-macai.   Nampak tak permainan dia??  
2. Bukan setakat itu, media DAP yang datang beribu batu untuk memburukkan imej Malaysia jugak telah menggunakan taktik yang sama. Berada bersama-sama cai-cai penjilat bontot dan mendapatkan video terbaik dalam usaha untuk menjatuhkan reputasi Najib. Cubalah korang bayangkan, DAP jemput rakan PAP dari Singapura untuk memalukan Najib.  

Sebenarnya, cai-cai penjilat bontot ni telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan PSY tidak datang ke Malaysia. 


Usaha diorang untuk memastikan PSY datang ke Malaysia gagal. Jadi apa yang boleh dia buat adalah dengan membuat provokasi bodoh laa. Macam video yang menjadi viral dekat facebook. 

DAP sebenarnya amat kecewa apabila diorang gagal untuk memanggil PSY datang ke Malaysia walaupun menawarkan jumlah wang yang banyak dan lebih banyak dari apa yang ditawarkan oleh syarikat swasta yang ingin sponser PSY untuk datang Malaysia. 

Pada CNY Tahun 2012, DAP telah mengadakan satu sambutan CNY yang memakan belanja lebih RM3 juta. Kegagalan pada 2012 inilah yang membuatkan DAP ingin menghancurkan program yang dibuat oleh Barisan Nasional dengan melakukan provokasi. Bukan setakat provokasi malah telah mengajak sekutunya dari PAP untuk memalukan Najib dan Negara melalui proksinya di Singapura.


Nampak tak teruknya sambutan CNY DAP ni, memang tak boleh disambut oleh semua golongan masyarakat betol. Aku bukan nak cakap rasist ke ape, tapi apa yang DAP buat ni hanya boleh disambut oleh puak-puak dia je. Kalau yang Barisan Nasional buat, semua golongan masyarakat boleh join. 

Dah Singgah Komen Sikit

Ludah Permaisuri Agong


gambar si celaka dan isterinya
Semalam kita digempar dengan perbuatan yang sangat biadap oleh seorang penyokong tegar DAP, menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong... Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayang Lepas pada jam 1:05 tengah hari tadi. Si bangsat ini telah pun ditahan oleh pihak berkuasa.

Di bawah ni adalah butir butir diri si bangsat penyokong Dap..

Nama: LEONG PEI KOE
No. Kad Pengenalan: 840718-10-5015
Umur: 29 tahun
Kerja: Quality Surveyor di sebuah kilang di Singapura
Pendidikan: Bsc Degree Building Economic and QS di Heriot Walt University Scotland, UK (2007)
Alamat: C18-18-9, Serina Bay, Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Akaun FB Leong Pei Koe

Pada jam 12:50 tengah hari sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas, Leong Pei Koe telah menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang dinaiki oleh DYMM Raja Permaisuri Agong.

ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang melihat gelagat lelaki tersebut telah keluar dari kenderaan pengiring dan merapati LEONG PEI KOE.

Amaran telah diberikan kepada lelaki berbangsa Cina tersebut yang dia boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294 (a) KK. Bagaimanapun, lelaki Cina itu mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya dan berkata, di Pulau Pinang, polis Melayu tidak ada kuasa kerana Pulau Pinang adalah hak milik Cina.

Apabila ASP Mohd Fakharuddin menghampiri LEONG PEI KOE, lelaki Cina tersebut terus memberikan isyarat lucah beberapa kali. Dengan bantuan anggota PGA, akhirnya dia ditahan dan digari bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Hasil siasatan polis mendapati, lelaki Cina tersebut tidak mempunyai rekod lampau, manakala ujian air kencingnya adalah negatif.

Selanjutnya di sini

Dah Singgah Komen Sikit

Monday 11 February 2013

PSY Mengakhiri Sambutan Tahun Baru Cina. Macai Kecewa.

Baju HKR112
Kalau sudah namanya macai, disuruh jilat punggung pon dia buat. Nampaknya amanat Lim Guan Eng yang menyuruh memakai baju kuning (BERSIH), baju hijau (LYNAS) dan baju-baju yang berkait dengan Pakatan Haram ditaati tanpa gagal oleh macai-macai ni.

Kehadiran macai-macai dalam majlis ini dialu-alukan dengan syarat tidak melakukan himpunan HARAM dalam sambutan ni. Korang pon tahu laa perangai macai ni, bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh ditegur. Dalam kata erti lain diorang ni boleh dikategorikan sebagai muka tembok. Sibuk cakap jangan laa datang habiskan duit rakyat itu ini-itu ini, yang paling ramai datang macai jugak.

Baju Bersih

Tapi macam mana sekalipun, pakatan haram gagal untuk menggagalkan Psy daripada hadir ke Malaysia. Aku anggarkan dalam 100 000 ribu orang telah datang bagi menyaksikan bintang dari Korea Selatan ni buat persembahan. Lagu Oppa Gangnam Style diperdengar kepada orang ramai yang hadir ke majlis ni.

Bukan setakat Psy je yang buat persembahan, kekasih gelapku Shila Amzah pon buat jugak persembahan walaupun hatinya baru saja terluka akibat hubungannya dengan kekasih terangnya berakhir sampai situ je. Orang ramai kelihatan gembira dengan kedatangan PSY dan SHILA AMZAh, tapi diorang lagi gembira menerima kunjungan daripada NAJIB RAZAK. 



Kedatangan PSY ni bukan untuk mengagungkan sangat dia, tapi sebenarnya adalah untuk menghargai masyarakat cina. Ini merupakan "hadiah" kepada masyarakat cina. Aku rasa isu RM2 juta untuk memanggil PSY ke sini pon tak jadi masalah, sebab "hadiah" ni ditaja oleh syarikat swasta. So kehadiran PSY tidak menggunakan satu sen pon duit rakyat. 

Kalau yang guna duit rakyat tuh.. korang boleh baca dekat SINI.

Dah Singgah Komen Sikit

Anak Muda Perak Wajib Tahu Hal ni!!


Nampaknya lepas ni Perak akan jadi sama sikit laa macam Manchester United tak pon macam Arsenal sebab cungkil bakat dari kecil. Program Mencari Bakat Muda anjuran Telekom Malaysia mulai 16 Februari ni akan mencungkil bakat remaja dalam permainan bola sepak seluruh Perak.

Pemain-pemain yang berumur 13-16 tahun dijemput untuk menyertai sesi pemilihan dalam program tuh. Jadinya makin banyak laa pemain-pemain yang berbakat dapat digilap bakatnya untuk menjadi pemain bola profesional.

Beliau memberitahu bahawa sesi pemilihan untuk program itu akan diadakan di Taping dan Manjung sahaja.

Sesi pemilihan di Taiping akan dijalankan di Stadium Majlis Perbandaran Taiping (MPT) pada 16 hingga 18 Februari mulai pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Semi pemilihan di Manjung akan diadakan di Stadium Mini Manjung pada 23 hingga 25 Februari mulai pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Pihak penganjur mensasarkan seramai 1,000 pemain pada hari pertama sesi pemilihan itu. Selepas itu, para pemain akan disaring dan diuji sehingga 100 pemain sahaja pada hari kedua, hanya 22 pemain sahaja akan dipilih bagi setiap tempat pemilihan tersebut.

Apa lagi wahai anak-anak perak yang sememangnya berbakat besar dalam bola sepak. Buang saja malu ke dalam tong sampah dan tonjolkan bakat anda!! Majukan sukan bola sepak negeri anda!! kuikuikui!!

Dah Singgah Komen Sikit

Tanah Kubur Pulak Kene Rampas Dengan Pakatan Pulau Pinang

Aku ingatkan dekat Pulau Pinang ni orang melayu Islam je yang kene tindas. Rupanya kali ni kaum india yang beragama hindu pon kene tibai. Tanah kubur diorang habis kene tibai dengan pemimpin yang rakus apabila tanah kubur untuk penganut agama hindu ni kene ambil untuk buat perumahan. Giler ke hape? Tiba-tiba bila rumah dan siap tapi banyak hantu macam mana? haha..


Makanya, apabila perbuatan yang dibuat oleh wakil rakyat Pakatan ni dah tak rasional. Satu bantahan dah pon dibuat pada tengah hari semalam oleh satu kumpulan india terhdapa pengambilan tanah perkuburan India yang bakal dirampas dan diberikan kepada Hindu Endowment Fund Pulau Pinang. 

Bantahan telah dibuat dihadapan Restoran Hai Siang Seafood di Jalan Besar Simpang Ampat Seberang Prai. Bantahan yang diketuai oleh MV Mathuyalagan a/l Veeriah ni mendapat sokongan padu daripada 40 orang penduduk Ladang Batu Kawan, Ladang Celdonia dan Simpang Ampat yang ingin hak mereka terus dipelihara.


Tanah perkuburan India dekat Ladang Batu Kawan ni merangkumi kawasan seluas 4 ekar tanah. Pengambilan tanah seperti ni bukanlah yang pertama berlaku di Pulau Pinang. Sebelum ni tanah ladang yang diberikan oleh kaum India untuk tujuan perumahan telah dirampas oleh Xavier dan Sivarasa untuk tujuan lain dan secara tak langsung telah menyalah gunakan kuasa pihak negeri.

Semasa PC yang dibuat oleh M.V Mathialagan, dia menjelaskan bahawa penduduk tidak berpuas hati dengan rampasan tanah kubur orang India dan Prof P.Ramasamy tidak mempunyai kuasa lagi sebagai Timbalan Ketua Menteri II untuk campur tangan dan hanya menjadi cai untuk memberitahu meraka akan perampasan tanah perkuburan orang India di Batu Kawan.


Korang boleh baca lagi pendedahan dekat SINI



Dah Singgah Komen Sikit

Sunday 10 February 2013

5000 Pengikut NIk Aziz Turun Bantah!! INI KALI LAH!! #tukarkelantan

Ribuan orang Pengkalan Chepa duk turun program Semarak Gelombang Merah dekat tempat Nik Aziz Sendiri. Tak sembang banyak punya, takde laa buat anggaran sampai 500 000 orang yang turun dekat program tuh. Aku anggar dalam 5 ribu orang je yang hadir.

Aku sudah merasakan kesediaan rakyat kelantan untuk menukar kerajaan yang sedia ada. Mungkin perasaan sudah penat menunggu satu demi satu janji yang ditaburi tanpa menampakkan hasilnya membuatkan ramai rakyat kelantan yang bangkit untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional.




Janji hanya tinggal janji, kini giliran janji untuk dikota apabila mandat diterima. Kita tukar INI KALI LAH!! 22 tahun memerintah tak nampak perubahan. 2 tahun kebelakangan ni saja yang baru nampak usaha untuk mengubah dan memajukan kelantan.

INI KALI LAH kita kasi tukar KELANTAN!!

Artikel dan gambar korang boleh tengok dekat SINI

Dah Singgah Komen Sikit

Sikap Sharnaaz Buat ND Lala Panas Hati


Tak habis-habis dengan masalah cinta serta keluarga yang melibatkan penyanyi berbakat besar, Shila Amzah yang dalam dilema di antara konflik yang berlaku di antara kekasih hatinya, Sharnaaz Basir Ahmad dan ayahnya, penyanyi ND Lala.

Semalam, Shila memuat naik videonya meminta maaf kepada semua dan menyanyikan lagu runut bunyi filem Ombak Rindu.

Sebak pun ada ketika menyaksikan video itu.

Diharapkan Shila tabah menghadapi ujian yang dihadapinya kini.

Kes ini pada mulanya berlaku apabila ND Lala menerusi sebuah akhbar menempelak sikap Sharnaaz yang menguar-uarkan perancangannya untuk merisik buah hatinya Mac ini tanpa pengetahuan kedua ibu bapa Shila.

ND Lala juga mendakwa Sharnaaz biadap kerana membelakanginya sebagai orang tau dan wali Shila.

Terbaru, ketika dihubungi oleh rancangan gosip terbitan TV9, Galaksi, semalam, ND Lala berkata, ” tak pernah berlaku perbincangan tentang tajuk ini (perkahwinan)… tak pernah berlaku. Tarikh, pergi merisik, ditegah apa semua, tak berlaku, jadi bagaimana saya nak respons?

“Saya tegas. Ada beza tegas dengan berang. Kenyataan ini saya hantar melalui emel kepada dua. Mana mungkin nampak wajah saya daripada normal tiba-tiba berang. Daripada emel, nampak apa?,” katanya.

Artis yang cukup terkenal ketika di zaman 80-an itu turut percaya akan ada hikmah di sebalik dugaan yang sedang dilalui anak gadisnya itu.

“Shila menempuh dugaan yang sangat tinggi… apa yang berlaku sekarang ini ada hikmah menanti Shila. Kejayaan besar menanti Shila. Rahmat besar menanti keluarga kami. Apabila ALLAH nak bagi sesuatu yang besar Dia akan uji… yang penting kita redha atau tidak.

“Insya-ALLAH Shila mampu hadapi dugaan atau cabaran yang lebih besar. Walaupun pada masa itu saya tak ada lagi di dunia ini. Saya percaya, kalau dia berteraskan kepada kepercayaan yang tinggi kepada ALLAH Taala, insya-ALLAH dia akan selamat di dunia dan akhirat,” katanya.

ND Lala turut merancang untuk membawa keluarga besarnya ke Tanah Suci Mekah bulan depan bagi mengerjakan umrah.

Mynewshub harapkan semoga kemelut yang melanda mereka akan segera berakhir supaya hubungan baik sebelum ini kembali mekar seperti sedia kala.

(BACA: Klip Video Shila Amzah Menangis…Sedihnya…)

Oleh: JULIANA JOHAR

Dah Singgah Komen Sikit

Saturday 9 February 2013

PAS Sumber Kekuatan Pakatan Haram


Sekali lagi PKR gentar dengan gesaan mantan Timbalan Presiden Pas Ust Nasha agar Pas keluar dari Pakatan apabila Saifuddin mengambil peranan untuk mengambil hati Pas kononnya Pas lebih menyerlah bersama pakatan..

Sebenarnya PKR cukup takut jika Pas keluar pakatan kerana Pas adalah sumber segala galanya dari segi undi penyokong, wang dari tabung derma, gerak kerja dan lain lain pekara yang menguntungkan pakatan..

Ramai penyokong Pas di Kedah merungut kerana PKR gagal untuk bekerjasama dari segi gerak kerja di setiap kawasan..Seperti apa yang berlaku di dun Bakar Bata(baca komen dibawah)



Penyokong Pas sendiri akui semua kerja dilakukan oleh mereka termasuklah pasang bendera pakatan bukannya dari PKR mahu pun Dap.Sampai kan bendera PKR sendiri pun orang Pas sponsor..Kat sini sudah nampak betapa takutnya PKR jika Pas keluar dari pakatan..

Pakatan hanya pandai mengambil kesempatan keatas Pas atas segala usaha Pas selama ini..Jika pakatan mendakwa Pas lebih menyerlah bersama pakatan, adakah semua keputusan yang Pas buat contohnya dalam isu kalimah Allah, diselesaikan dalam mesyuarat pakatan??

Kalau dilihat selama Pas bersama pakatan tiada satu pun agenda Pas dimasukkan bersama dalam agenda pakatan..Termasuk undang undang hudud dan Negara Islam sehingga Pas sendiri terpaksa menukar ke slogan ke Negara Kebajikan..

Jika Pas keluar pakatan, ini bermakna kerugian besar buat PKR dan Dap..

Artikel dari Medan Tempur

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...