-->

Sebelah Sayap

Sunday, 15 April 2012

#NUKILAN PEMBACA :: Bangsaku

Bangsaku..
dulu kau teguh bagaikan tembok besar cina..
tidak dapat diganggu bangsaku dengan anasir-anasir luar..

namun bangsaku mudah lupa..
apabila segala emas dan permata ditabur didepan mata..
nafsu mematikan hati..
hati mematikan akal..
bangsaku menjadi bongkak..
menjadi tidak bersyukur..

jika dulu Hang Tuah kata melayu tidak akan hilang di dunia..
namun ungkapan keramat itu hanya akan menjadi ungkapan sahaja..
kerana kini bangsaku sudah lupa asal diri..

raja-raja melayu dihina..
kesucian agama islam dipertikaikan..
namun bangsaku masih berdiam..
dimanakah jiwa pejuang-pejuang bangsaku!!
mana dato' onn?? mana datuk maharajalela??
mana mat kilau??

bangsaku kini kian lupa..
bertapa pentingnya bersatu-padu..
bangsaku lupa tiang agama jangan sesakali dipermainkan..
biar darah dalam diri ini mengalir..
asal aku bisa melihat bangsaku..
melihat bangsaku nanti akan dipandang tinggi..

bangsaku..
jangan sesekali kita lupa jasa pejuang-pejuang lama..
berkorban nyawa, harta dan keluarga..
demi melihat bangsanya merdeka.



Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...