-->

Sebelah Sayap

Monday 29 December 2014

Mohon @PDRMsia Mengambil Tindakan Keras.

Bukan main aktif pulak puak-puak dajjal ni menjalankan kerja keji dekat media sosial ni. Aku pon hairan kenapa mesti kene buat benda macam ni.

Negara kita sedang dilanda oleh satu bencana alam yang besar yang hampir melibatkan seluruh negeri. Alhamdulillah makin banyak tangan yang datang membantu memberi sumbangan kepada mangsa banjir. Tapi malangnya dalam kesatuan rakyat Malaysia dalam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir terdapat dajjal yang tidak menyukai kesatuan rakyat Malaysia dalam membantu dan meringan beban mangsa bencana.

Dajjal ini telah mengambil kesempatan dalam kesibukan pemimpin dan rakyat dalam menyampaikan bantuan. Gambar-gambar bencana yang berlaku dinegara lain telah diupload dan menjadi viral untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional kerana tidak bertanggungjawab terhadap mangsa-mangsa bencana. 




Dajjal yang menjelma ini juga telah membuat satu mesej berantai yang berbaur hasutan yang menyatakan pihak PDRM dan agensi-agensi kerajaan yang bertugas menghalang bantuan-bantuan sampai kepada mangsa-mangsa bencana. Terdapat juga mesej-mesej yang menyatakan bantuan disekat oleh pihak-pihak tertentu jika bantuan yang sampai tidak di cop UMNO/BN. 



Aku harap PDRM dan SKMM dapat menyiasat dan mengambil tindakan kepada mereka yang membuat cerita palsu dan menyebarkan fitnah ini. Perkara seperti ini boleh menjejaskan kesatuan yang diperolehi daripada bencana yang menimpa negara kita pada masa ini.

Psssstttt!! Jangan seronok sangat buat dosa. Mati tak tunggu tua. Mati tak kenal usia! Adios!

Dah Singgah Komen Sikit

Saturday 27 December 2014

Kembali Memperjuangkan Apa Yang Diperjuangkan.

Alhamdulillah, Setelah sekian lama aku tak menulis untuk blog aku ni. Pada hari ini aku menulis kembali untuk memperjuangkan apa yang patut aku perjuangkan. Aku tengok puak belah sana dah macam hantu kene rasuk depa punya fitnah ni.

Jadi takda apa pon aku nak tulis dekat entry kali ni. Cuma aku nak ingatkan laa dekat mana-mana belah pihak tak kira laa dari puak baju biru ke, baju hijau ke, baju beroket ke agar tak membuat sesuatu yang bodoh. Okey?

Tunggu next entry pasal banjir yang sememangnya tengah hot diperkatakan sekarang. Kita doakan agar mangsa-mangsa yang terlibat mendapat bantuan yang sepatutnya. Marilah kita sama-sama menyumbangkan bantuan kepada mereka.



Dah Singgah Komen Sikit

Saturday 5 July 2014

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia

 
                         Foto

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini. 


Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini. 
Isnin lalu, Sharifah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengadu sukar bernafas. 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.

Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.

Allahyarham seterusnya dilamar syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam yang mendapat sambutan hebat. Pernah menghasilkan hampir 100 , termasuk tujuh album bahasa Inggeris. anak didik Datuk Ahmad Nawab itu menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.

Sumbangan besarnya terhadap industri hiburan negara dihargai apabila menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003. 
Hasil perkahwinannya dengan Ali Bakar pada tahun 1981, arwah dikurniakan seorang anak lelaki . Perkahwinan mereka hanya bertahan setahun dan Sharifah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seoran ahli korporat bergelar Datuk tetapi bercerai pada tahun 1992.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday 22 May 2014

Gambar Disepanjang Walkabout bersama Datuk Mah Siew Keong #MohPilihMah #PRKTelukIntan @Khairykj @azwanbro @tankengliang @ibdil


Calon pilihan rakyat Datuk Mah Siew Keong bersama-sama dengan Yb Khairy turun padang untuk mendekati pengundi Teluk Intan. Datuk Mah Siew Keong merupakan calon yang perlu dipilih menjadi ahli parlimen Teluk Intan memandangkan beliau adalah anak jati Teluk Intan dan pernah mewakili parlimen Teluk Intan selama 2 penggal.



















Dah Singgah Komen Sikit

Sunday 18 May 2014

Dyana Sofya Melayu Islam Yang Tidak Akan Katakan "Ya" Untuk Pelaksanaan Hudud.


"I'm with the party stand and the party said we are not vote for hudud". Dia tak menentang hudud tapi dia menolak pelaksanaan hudud. Maksudnya sama jugak, taknak hudud dilaksanakan. Walaupun Dyana tak menentang tapi dia menolak pelaksanaan hudud atas alasan pelbagai bangsa, pelbagai agama. What the heck?!

Cuba bayangkan kalau orang UMNO yang cakap tak menolak hudud tapi menolak pelaksanaan hudud. Kompem laa kene kitai teruk dengan orang PAS. Mesti bunyi-bunyi seperti ini akan kedengaran. "Harap je melayu Islam tapi tolak hudud". Aku berani kerat jarilah kalau takde orang PAS yang cakap macam ini.


Dah Singgah Komen Sikit

Dyana Sofya Ingin Balas Dendam Kesumat.

Dyana Sofya adalah satu fenomena baru apabila dia menjadi perempuan melayu Islam yang pertama diangkat menjadi calon DAP. Setiausaha Politik Lim Kit Siang itu masih lagi mentah dalam politik kerana dia menceburkan diri dalam arena politik dalam usianya 24 tahun iaitu sejurus selepas menamatkan pengajiannya di institut pengajian tinggi awam khas untuk orang bumiputera.


Pada pendapat aku, Dyana tidak lebih dari seorang pengikut kepada golongon pro-establishment. Bermula dari mengikuti ceramah-ceramah pembangkang dan demo-demo jalanan seperti Bersih, Hapus ISA, Hijau dan sebagainya. Minatnya dalam bidang politik mula terbentuk daripada program-program yang direncanakan oleh pembangkang. 



Disamping itu, aku melihat seperti Dyana Sofya ingin membalas dendam untuk ibunya yang dahulu merupakan seorang ahli UMNO dan pekerja yang setia kepada parti UMNO. Tetapi malangnya pada zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri yang telah membuat satu perubahan dalam parti telah menyebabkan ibunya tidak dapat untuk meneruskan pekerjaannya. Dia melihat jasa dan keringat yang dibanting hanya untuk parti orang melayu itu hanyalah sia-sia. Dia melihat politik UMNO bergitu teruk sedangkan dia tidak melihat apa yang berlaku dalam DAP, PAS dan paling terbaru adalah krisis yang
berlaku dalam PKR.

Corak politik di Malaysia yang unik menyebabkan perkara seperti ini berlaku. Malangnya, akibat doktrin yang hebat semasa zaman belajarnya di UITM menyebabkan dia gagal untuk melihat apa yang sedang berlaku. Dia hanya melihat ketidakadilan yang berlaku diantara non-bumi dengan bumiputera. Dia hanya melihat ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sedangkan adakah dia melihat apa sebenarnya yang ingin dilakukan oleh kerajaan pada asasnya dan apakah outcome selepas sesuatu itu. 

Dah Singgah Komen Sikit

Dyana Sofya Cadang Hapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan.



Nama Dyana Sofya yang tiba-tiba menjadi "HOT" dalam kalangan masyarakat Malaysia umumnya kepada penyokong tegar UMNO khasnya. Mungkin Dyana bukanlah seorang pengkhianat bangsa dan dia juga bukanlah orang yang tidak berpijak dibumi yang nyata.

Mungkin kita hanya perlu mengingatkan kembali Saudari Dyana Sofya dimanakah kedudukan dia sekarang ini jika UITM itu dibuka kepada golongan bukan bumi. Dyana Sofya bukanlah daripada golongan pelajar yang bijak semasa zaman persekolahannya. Nasibnya begitu baik apabila berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTA KHAS UNTUK BUMIPUTERA.

Dyana Sofya mungkin terlupa kewujudan SEKOLAH JENIS CINA, SEKOLAH JENIS INDIA, yang ada di Malaysia ini. Kita mulakan daripada rebung sebelum ke buluhnya. Kita bagi hak sama-rata kepada pelajar cina, india dan melayu untuk sama-sama berada dalam satu bumbung bergaul dan belajar bersama-sama.

Berikan hak sama rata kepada semua lapisan umur merasa keadilan serta kesaksamaan bumiputera dan bukan bumiputera.

 Aku cabar Dyana Sofya untuk mencadangkan kepada umum sebagai permulaan untuk menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan. Ada Berani ka?


Dah Singgah Komen Sikit

Saturday 17 May 2014

Perasmian Jentera BN #PRKTelukIntan


"Mereka hantar calon cantik, saya dengar kita hantar calon hensem, masa itu saya belum tahu yang saya adalah calon tersebut"- kata Datuk Mah Siew Keong ketika ucapannya sebagai calon Barisan 
Nasional PRK Teluk Intan.  



Sebelum itu majlis perasmian ini dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri berserta Menteri Besar Perak. Majlis juga turut dihari oleh ketua parti dalam komponen BN yang terdiri daripada MCA,MIC,Gerakan dan yang lain-lain. Seramai 2000 orang yang telah hadir ke majlis perasmian jentera BN tersebut. 




Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...