-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 4 April 2012

Pro-Mahasewel Dan Ekstremis!!

Ingin menjadi hero di mata mahasiswa, mereka sanggup menggunakan apa sahaja cara asalkan matlamat mereka tercapai. Adab sebagai orang islam dan budaya orang timur tiba-tiba hilang dalam diri pemimpin gerilla ini. Gerilla yang aku maksudkan adalah Pro Manipulasi. Selalu membangkitkan isu-isu basi setiap kali pilihan raya kampus semakin hampir. Mula menonjolkan diri dalam kalangan mahasiswa semasa event-event mega diadakan.


kumpulan gerilla ini mempunyai think tank yang sangat hebat. Dari sumber yang boleh dipercayai, think tank mereka ini terdiri daripada NGO-NGO dari dalam dan luar negara. Mereka ini amat mahir merangka dan merancang strategi bagi mendapatkan kemenangan. Mereka mampu untuk memikirkan sesuatu yang besar untuk dijadikan isu. Isu yang dinaikkan bukan sahaja memberi kesan kepada Pilihan Raya Kampus namum turut terkene tempias isu yang dinaikkan adalah Pilihan Raya Kecil.

Apa yang mengecewakan, cara mereka ini melakukan akan apa sahaja untuk menang. Bahasa yang lebih mudah adalah matlamat menghalalkan cara. Pada tahun 2008, mereka menggunakan isu kepada babi di masjid API. Isu ini menjadi isu nasional dan sedikit-sebanyak telah merosakkan nama baik aspirasi. Nama aspirasi telah dicanang sebagai pesalah laku. akibatnya aspirasi kecundang pada tahun itu.


kepala babi di dalam masjid API


Mastura dan ibu

Pada tahun 2011, buntu untuk mendapat kemenangan. Pelbagai taktik tidak menjadi, isu rabiatul adawiyah tidak mendapat sambutan. Mereka telah melancarkan satu fitnah yang amat besar, MASTURA HILANG!!
FITNAH DAJAL INI TELAH BERJAYA MENARIK UNDI PERIHATIN DARI MAHASISWA!!
Aspirasi sekali lagi telah dicanang sebagai pesalah. Mastura yang sebelum ini tidak terkenal dengan apa-apa kelebihan telah menang besar akibat undi kasihan. Inilah Mainan politik kotor mereka.

P/S: Mat biarkan korang untuk berfikir kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku, adakah ianya logik? Mampukah mahasiswa kini memikirkan perkara yang sebegini ekstrem??

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...