-->

Sebelah Sayap

Saturday, 28 April 2012

#BERSIH 3.0 :: Hasil Temubual Peserta.


mat ada bertanyakan kepada beberapa peserta bersih 3.0 nie, ada 3 soalan yang tanyakan kepada mereka.

  1. Kenapa join BERSIH??
  2. Adakah kerajaan ada berbuat salah??
  3. apa yang kau dah sumbang pada negara??
apa yang mat perolehi dari soalan yang pertama adalah, mereka menyertai perhimpunan bersih nie disebabkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan. mereka menyatakan terdapat pelbagai salah laku pemimpin kerajaan termasuk korupsi. pada pendapat mat, mereka hanaya melihat ataupun mendengar satu berita dari satu belah pihak sahaja. mereka mendapatkan info hanya dari media pembangkang seperti harakah, malaysiakini dan blogger-blogger pembangkang. mereka menolak berita yang disampaikan media main stream seperti siaran tv tempatan, berita harian dan lain-lain. mana boleh mereka menilai sesuatu fakta dengan hanya berpandukan satu saluran sahaja tanpa ada dari pihak yang kedua. di mana keadilan yang cuba ditegakkan??


hasil dapatan dari soalan yang kedua adalah mereka menyatakan mereka tidaklah melihat kerajaan membuat salah tetapi hanya berpandukan apa yang diberikan kepada mereka. jika ada kesalahan yang kerajaan lakukan hanyalah beberapa sahaja yang mereka nampak dengan bukti yang benar-benar kukuh. pada pendapat mat untuk soalan kedua nie, sebenarnya mereka nie terikut-ikut apa yang ditayangkan ataupun ditunjukkan kepada mereka. sebagai contoh, Pengerusi SPR


mereka yang tidak menyiasat perkara nie akan percaya bulat-bulat bahawa pengerusi SPR nie merupakan ahli  umno putrajaya malah menjadi timbalan pengurusi lagi. tetapi setelah dibuat penyiasatan dari pelbagai sumber dan dari keterangan yang diberikan oleh pengerusi SPR sendiri, beliau merupakan ahli umno tetapi bukanlah ahli yang mempunyai jawatan yang tinggi seperti yang diberikan oleh media pembangkang.

soalan yang ketiga yang mat tanya menjawab segala persoalan di atas, kebanyakan mereka nie mahukan lebih dari sesebuah kerajaan. dan kebanyakkan yang mat tanya adalah mereka yang bergaji bawah dari rm3000 iaitu mereka yang mendapat pengecualian cukai pendapatan. mereka tidak banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara malah mereka lagi menuntut untuk mendapat lebih dari yang sepatutnya. haishh..apa yang mat lihat adalah sifat tidak bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah kepada mereka. jika benar mereka inginkan sebuah kerajaan baru, lakukan dengan cara yang terhormat. janganlah jadikan negara malaysia nie sama seperti negara di asia barat yang tumbang dengan cara yang paling keji.

P/S: mat sedih dengan apa yang berlaku di negara kita, mat akan menerima kekalahan kerajaan sekarang pada PRU depan kepada pembangkang. tetapi bukan dengan cara terkutuk. 

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...