-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 11 April 2012

#PANAS :: RM480 JUTA untuk 4 Bumbung Sahaja..???!!!



Gamba diatas tiada kaitan dengan apa yang bakal diceritakan. Tapi yang berkait rapat hanyalah pangsapuri teratai taman bukit subang yang telah menjadi mangsa bencana alam. Bencana yang diberikan itu sebenarnya adalah untuk menguji ketulusan kepimpinan selangor kini sebenarnya. Dan penduduk pangsapuri ini dapat menilai dan merasai sendiri bagaimana Pakatan Haram Jadah hanya pandai menabur janji tetapi untuk menunaikan janji adalah sesuatu yang mustahil.


Penasihat Penduduk Blok 1 dan 2 pangsapuri itu, Ahmad Kurdubi Masduki berkata, pihaknya menyifatkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak kira-kira RM480,000 untuk membaiki bumbung pangsapuri lima tingkat berkenaan adalah tidak setimpal dengan kualiti kerja yang dilakukan.

"Selain bocor, kami khuatir jika ada bumbung usang yang tidak diganti akan tercabut apabila angin kencang. Ini kerana, kami difahamkan bukan semua bumbung di pangsapuri ini telah ditukar baru.

"Malah, dua unit lampu limpah yang rosak di kawasan padang permainan kanak-kanak juga didapati tidak dibaiki," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi bersama lebih 50 penduduk mengenai isu tersebut di sini hari ini.

Turut hadir pada bantahan penduduk itu ialah Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik, Kamaruddin Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Azmir Md.Zin. Selain melaungkan rasa tidak puas hati mereka, penduduk turut membawa sepanduk tertulis 'Mana Janji Pemimpin PR', 'Kerajaan PR Menipu' dan 'Mana Janji Menteri Besar'.

Sementara itu, seorang penghuni pangsapuri berkenaan, Norhafizi Yusof, 36, ketika ditemui memberitahu, rumahnya di tingkat lima masih tiada bekalan elektrik kerana kerosakan sistem pendawaian akibat dimasuki air hujan. "Saya tidak tahu sama ada boleh pulang ke rumah atau tidak memandangkan bekalan elektrik masih lagi tiada sehingga kini," ujarnya.

Pandangan sama turut dikongsi Umi Kalsom Annuar, 36, yang berkata dia amat kecewa dengan kerajaan negeri kerana tidak pernah menghantar mana-mana wakil untuk memantau kerja-kerja pembaikan yang dijalankan kontraktor. Katanya, sikap lepas tangan itu seolah-olah menunjukkan pentadbiran negeri hari ini tidak mementingkan kebajikan dan keselamatan rakyat yang sepatutnya diberi keutamaan.

Selain mengadakan demonstrasi, rata-rata penduduk pangsapuri berkenaan merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini dalam tempoh terdekat sekiranya kerajaan negeri masih gagal menangani masalah berkenaan.

Sumber : Penulisan Melayu

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...