-->

Sebelah Sayap

Tuesday, 10 April 2012

#PANAS :: Tanah Di Selangor Di Selangor Tenggelam?? MESTI BACA!!

‘Kehilangan’ Tanah Bernilai RM250 Juta Cetus Kontroversi Kerugian tanah bernilai RM250 juta milik Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) telah mencetuskan kontroversi. Tanah pegangan pajak berkeluasan 234ha di Gombak disita oleh Kerajaa Selangor, pemegang saham terbesar dalam KHSB.

Namun terdapat pemegang saham yang memberitahu mereka tidak menyedari perkara itu. Tanah yang dimiliki SAP Holding Bhd (anak syarikat KHSB) dirampas oleh kerajaan negeri pada Ogos lalu. Tempoh pegangan pajak itu hanya berakhir pada 25 Jun 2090. Difahamkan, pemegang saham telah membuat aduan kepada Bursa Malaysia. KHSB ditubuhkan pada 2001 dan disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada 2003. Ia merupakan aset hartanah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB). 

SAP Holding Bhd terlibat dengan beberapa projek pembangunan di Selangor dan syarikat itu mengendalikan pengurusan projek, pembinaan dan pengurusan kelab dan tempat peranginan dan pembangunan hartanah. Pengerusi KHSB, Raja Idris Raja Kamaruddin, abang kepada penulis blog, Raja Petra dan Hashim Kamil Harun bertindak sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya. 

Raja Idris Raja Kamaruddin
Raja Idris juga merupakan Pengarah KDEB yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Dalam satu aduan, seorang pemegang saham mendakwa tiada tindakan diambil oleh pengarah SAP dan KHSB untuk menyelesaikan atau berbincang mengenai isu tersebut. Raja Idris ketika dihubungi mengesahkan rampasan tanah itu. “Sebab yang diberitahu pegawai tanah untuk merampas tanah itu adalah kerana wujudnya aktiviti kuari secara haram sejak bertahun-tahun lamanya,” katanya. Beliau berkata, pemegang saham (menerusi laporan tahunan) dan Bursa Malaysia terus dimaklumkan mengenai perkembangan itu. Raja Idris berkata, KHSB telah membawa perkara itu ke mahkamah, September lalu. 

Khalid Ibrahim
Seorang pemegang saham berkata, “Kerajaan Selangor mungkin pemegang saham terbesar tetapi hak dan kepentingan pemegang saham lain tidak patut diketepikan.” Raja Idris berkata, mesyuarat agung tahunan dijadualkan pada Jun ini.

Sumber : Pejuang UMNO

P/S : Haish..bagaimana pun nak menyelesaikan isu yang sebegini nye pun adoiii..mat tak tahu macam mana mahu cerita nyer susah pun doii..HAHA

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...