-->

Sebelah Sayap

Tuesday, 10 April 2012

#DOA :: Harap Nik Aziz Cepat Sembuh Dari Sakitnya.

Semoga Nik Aziz sembuh ke tahap kesihatan asalnya

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kota Bharu semalam, dinasihatkan doktor supaya berehat di rumahnya di Pulau Melaka di Kota Bharu.

Ahmad Shargowi Derahman selaku setiausaha sulit kanan berkata Mursyidul Am PAS itu tidak masuk pejabat di Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini, sebaliknya beliau berehat di rumah.Nik Aziz yang dirawat di wad rawatan jantung (CCU) hospital itu sejak rabu lepas. Nik Aziz mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim.

Sumber : Bernama

P/S: Mat mendoakan agar Mursyidul Am PAS kembali sihat seperti sediakala. Semoga Nik Aziz sembuh dan dapat kembali berkhidmat untuk rakyat KELANTAN.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...