-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 11 April 2012

#TERKINI :: YA ALLAH!! LINDUNGILAH HAMBA-HAMBA MU INI DARI MUSIBAH!!


Masha'allah..mat rasa gempa bumi kali ini adalah yang terkuat dari sebelumnya. Dengan 8.9 skala rittcher pada gegaran pertama dan gegaran susulan dengan 8.6 skala ritcher, mungkin dengan izin Allah ombak tsunami yang bakal melanda mungkin sama dengan yang berlaku pada 2004. 

Tetapi kali ini gempa yang berlaku adalah lebih jauh dari banda acheh iaitu 434 kilometer berbanding yang lepas 250 kilometer. Tsunami yang melanda acheh pada 2004 telah mengorbankan lebih dari 200 000 ribu orang. 

Apa-apa pun marilah kita sama-sama berdoa pada Allah supaya kita dilindungi oleh Allah. Setiap apa yang akan berlaku itu adalah untuk peringatan kepada umat manusia bahawa petunjuk Allah itu sudah dekat.



P/S : mat berdoa agar rakan-rakan kita di indonesia dan bahagian utara malaysia selamat dari bencana. Ya Allah, lindungilah kami dari bencana alam ini.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...