-->

Sebelah Sayap

Wednesday 14 August 2013

MCCBCHST Cadang Pinda Perlembagaan Mengenai?


Semakin berani bersuara mengenai perlembagaan negara kita dan menampakkan tujuan menuju sebuah negara yang lebih bebas dari segala aspek termasuklah peranan ibu-bapa dalam penukaran agama anak.
Tujuh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) membantah cadangan Majlis Perundangan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang berhasrat melakukan pindaan perlembagaan berhubung peranan ibu bapa dalam penukaran agama anak. 
Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Presiden majlis antara agama , Jagir Singh, berhasrat melakukan pindaan di lima negeri berhubung perkara itu termasuk Perak, Kedah, Melaka, N. Sembilan dan Sarawak. 
“Bagaimanapun, kami ingin menegaskan bahawa undang-undang Islam tidak akan dibenarkan dipinda mengikut tuntutan penganut agama lain, malah soal hukum agama Islam tidak akan tertakluk kepada desakan agama lain,” katanya kepada media semalam. 
Menurutnya, pandangan majlis itu perlu diabai kerana mencampuri urusan dalam hukum agama Islam, mencabar kuasa negeri yang berkuasa terhadap agama Islam sekali gus mencabar kuasa sultan yang menjaga urusan agama Islam di setiap negeri.
Hadir sama, wakil Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah), Pusat Santuni Rakyat (PSR) Kedah, dan Pertubuhan Darul Mustafa Kedah.
 
Mohd Azmi berkata, tindakan MCCBCHST dilihat cuba mengganggu sensitiviti masyarakat Islam apabila menggunakan media terbuka untuk melontarkan pandangan salah mereka. 
“Keputusan mahkamah tinggi dalam kes M Indira Ghandi, tidak boleh membatalkan keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah, bahawa hak penjagaan oleh bapanya beragama Islam adalah sah. 
“Kami berpendirian kes itu layak dibicarakan di mahkamah syariah kerana ia adalah bidang kuasa yang berkait dengan urusan agama Islam,” katanya. 
Mapim mendesak kerajaan negeri di lima negeri berkenaan, agar tidak tunduk dengan tekanan pelbagai pihak termasuklah MCCBCHST, yang mahu mengubah enakmen pentadbiran undang-undang Islam sedia ada.- SinarHarian

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...