-->

Menarik Minggu Ini

Saturday, 4 May 2013

Detik-Detik Di Ambang "MalaysianSpring".

ada macam darah mengalir kene tumbuk ke?? hurm..
Pakatan Rakyat sudah tiada isu yang ingin di mainkan, paling baru dan tengah hangat sekarang ni adalah isu budak PAS kene pukul dekat Ipoh. Haa. Aku nak cakap the best part of the video, tiada orang pon yang kisah pasal budak-budak ni kene pukul.

Biasanya kalau ada sebarang pergaduhan, mesti laa ada crowd yang akan tengok. Mesti juga ada yang rekod diorang gadoh. Tapi bukti yang ada hanyalah seorang yang ditumbuk dengan teruk sampai berdarah-darah, tidak mampu untuk berjalan dan suara kecoh-kecoh.


Setakat video macam tu, aku pon boleh buat. Senang je. Tak memerlukan otak yang pandai untuk buat. Yang aku perasan skrip ni macam budak-budak IPT yang sokong diorang. Sapa ek nama budak GAMIS tu, Safwan Anal.. argh.. ouhh.. Safwan Anang.. Dipukul macam orang giler katanya tapi tengok lepas tu elok je makan suap-suap dengan bini lepas dikatakan teruk kene pukul.

So adakah korang rasa "MalaysianSpring" yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat akan aman jika dalam PRU13 kali ni BN menang mudah dengan mejoriti 176/222.

Aku dah banyak kali kene tipu dengan pembangkang ni, dari Bersih 1.0 sampailah Bersih 3.0 takda satu pon yang aman. Semua aku kene simbah dengan air dengan Polis yang menjaga keamanan kawasan tu. Mungkin ke "MalaysianSpring" ni boleh jadi aman seperti yang diorang cakap.

Kemarahan Pemimpin-pemimpin PR akan membawa satu lagi musibah yang tak elok pada negara.Tidak akan terjadi satu "MalaysianSpring" yang aman. Jika mereka mengambil "ArabSpring" sebagai satu contoh, makanya istillah AMAN tidak akan wujud. Lihatlah bagaimana keadaan "ArabSpring", banyaknya nyawa yang tergadai, ramai wanita, kanak-kanak yang tak bersalah tercedera dan kehilangan nyawa. Begitukah AMAN yang mereka war-warkan?

Mereka beberapa kali gagal menunaikan janji untuk membuat perhimpunan yang aman. Dan kini kita percaya yang "MalaysianSpring" akan aman?



Dah Singgah Komen Sikit

BAHAN WAJIB BACA OLEH ORANG MELAYU, BUKAN MELAYU JANGAN BACA.

Tengah malam tadi ketika memandu di depan Angkasapuri, tiba-tiba di laluan bertentangan saya melihat lebih kurang 100 buah kereta berarak mengibarkan bendera DAP. Berderet semuanya bendera DAP. Ada yang satu kereta sampai 4 bendera pun ada. Menyirap darah oooo....

Bila lihat keadaan begitu teringat pula gambar-gambar yang biasa dilihat yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Begitulah cina-cina DAP berarak keliling KL dan Selangor untuk menyapu dan menghalau melayu.

Dua hari lepas saya ada tulis artikel berkenaan dengan seorang pemimpin DAP yang menghina PM dengan berkata otak PM sebesar otak cicak. Lihat sini

Ada seorang pembaca hantar komen yang meminta pembaca melihat polisi DAP yang disiarkan di laman web mereka. Semakan yang saya lakukan memang benar seperti apa yang dihantar.

Sekali lagi darah aku jadi menyirap bila membaca Visi dan Misi DAP yang disiarkan di laman web mereka.

Tanpa ada rasa takut, tanpa ada rasa bersalah, terang-terang mereka kata hendak menghapuskan keistimewaan bumiputra.



Abolition of the division of "bumiputra" and "non-bumiputra" and the implementation of ethnic equality.
Menghapuskan pembahagian bumiputra dan bukan bumiputra, dan perlaksanaan sama rata untuk semua etnik.
Anda lihatlah sendiri di link ini http://dapmalaysia.org/newenglish/au_vm_pp.htm

Boleh dikatakan setiap hari ada iklan Lim Guan Eng yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian yang berbunyi, bukan anti melayu, bukan anti islam, cuma anti rasuah.

Bukan anti melayu apa ke bendanya kalau nak hapuskan keistimewaan bumiputra ?




Saya pun hairan bagaimana Sinar Harian yang mengaku sebuah syarikat bumiputra boleh siarkan iklan berkenaan di akhbarnya tanpa mereka menyedari perjuangan DAP untuk menghapuskan keistimewaan bumiputra ?

Kepada rakyat Malaysia, masa masih ada untuk anda buat keputusan. Bukti apa agenda yang DAP hendak lakukan kepada kaum bumiputra telah jelas terbentang depan mata anda sekarang. Jangan sesekali beri undi kepada DAP, PAS dan PKR jika tidak mahu segala keistimewaan bumiputra dihapuskan.

Pas boleh kata mereka akan jaga keistimewaan bumiputra. Jangan percayakan Pas....Mereka nak jaga kalimah Allah pun tak boleh hingga terpaksa bersetuju dengan DAP. Perjuangan negara islam mereka sendiri pun mereka gugurkan, bagaimana mereka nak jaga kita ?

Kepada sahabat seperjuangan di alam cyber, kita ada masa sikit lagi, tolong sebarkan perkara ini semaksimum mungkin sebelum orang ramai keluar mengundi esok. Biar orang ramai jelas dengan perjuangan DAP yang mahu menghapuskan hak istimewa orang melayu dan mereka bersama-sama dengan kita mempertahankan keistimewaan bumiputra daripada dirobek DAP.

Sesiapa yang ada printer tolong print page berkenaan daripada laman web DAP sebagai bukti. Kita jangka mereka akan buang perkara tersebut jika keadaan kecoh.

Dah Singgah Komen Sikit

Friday, 3 May 2013

Lelaki Dalam Video "ArabSpring" Nurul Izzah Dikenal Pasti.


Panas pulak sekarang dengan isu "ArabSpring" anak ketua pembangkang ni, tapi jangan mudah percaya dengan video ini kerana kesahihannya belom pasti lagi. Tapi kalau sekali dua kita usha, memang bentuk badan, gaya pemakaian tu memang ada laa macam anak sulung kepada ketua pembangkang ni.

Aku duk tertanya tanya betol atau tidak kesahihan video ni, jadi aku telah memilih untuk bertanyakan beberapa orang sahabat aku yang dulunya merupakan pelajar dekat UNITEN ataupun Universiti Tenaga Nasional pasal video ni.

Bila aku tanya pasal perempuan dalam video tu, mereka tak diam tanpa sebarang respon. Tapi apabila aku tanya pasal lelaki yang ada dalam video tu, rata-rata daripada mereka cakap memang wujud lelaki yang serupa dan menghampiri seperti dalam video berkenaan.

Dari susuk badan, bentuk wajah, saiz dan gaya memang ada lelaki berkenaan di Universiti berkenaan. Menurut sahabat-sahabat aku jugak, tempat yang ada dalam  video itu juga mereka pernah lihat semasa belajar di sana.

Rata-rata mereka menceritakan 10 tahun dahulu terdapat satu kes pensyarah dibuang kerja apabila terlibat dengan satu skandal seks. Apabila kita fikir ikot logik, 10 tahun dahulu Nurul Izzah ini masih lagi bergelar pelajar UNITEN.

Aku yakin pasti ada pelajar UNITEN yang satu zaman dengan Nurul Izzah mengetahui mengenai isu pensyarah dibuang kerja ini. Aku tidak menyatakan bahawa pelaku dalam tu adalah anak ketua pembangkang..

Tapi untuk memastikan persoalan ini tidak terus bermain dalam fikiran aku dan rakyat Malaysia. Aku mendesak agar Nurul Izzah dan Ibunya,Wan Azizah membuat satu laporan POLIS untuk menyiasat video yang telah didedahkan itu bagi membersihkan nama baik mereka.

Dah Singgah Komen Sikit

Friday, 19 April 2013

Masih Enggan Mengaku CEC DAP Tak Telus


Parti Tindakan Demokratik (DAP) berada dalam keadaan serba salah berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan Notis Menurut Seksyen 16(1), Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Semalam pendaftar pertubuhan memutuskan di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1996, untuk tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan Parti Tindakan Demokratik yang dibentuk oleh Jawatan Kuasa Tertinggi Pusat pada 15 Disember 2012.

Konflik DAP ini bermula apabila sekumpulan ahli DAP membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan mengenai kemungkinan wujudnya kesalahan dan penipuan dalam pemilihan CEC DAP yang lalu. Berdasarkan aduan oleh ahli DAP, Pendaftar pertubuhan mendapati ada asas bahawa Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP telah menyalahi Perlembagaan DAP dalam Fasal X Perkara 1.

Aduan kedua yang dibuat oleh ahli DAP ialah berkenaan jangka masa notis panggilan mesyuarat yang dikeluarkan tidak mencukupi. Beberapa Setiuasaha Cawangan membuat aduan bahawa mereka tidak menerima notis panggilan mesyuarat dalam tempoh 10 minggu sebelum mesyuarat seperti dalam perlembagaan. Aduan tersebut menyatakan, kegagalan menyerahkan notis mesyuarat mengikut tempoh yang ditetapkan menyebabkan sejumlah 753 ahli DAP dinafikan hak untuk hadir sebagai wakil ke Kongres Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik. Ini juga menyebabkan mereka tidak boleh mengundi dalam pemilihan lalu.

Oleh kerana kedua-dua aduan ini mempunyai asas kesalahan yang serius dan kukuh, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menangguh pengiktirafan ke atas jawatankuasa yang baru sehingga mendapat maklumat pembelaan bersama bukti-bukti bagi menolak aduan yang telah dikemukakan oleh ahli DAP sendiri.

Strategi Serampang Dua Mata

Mereka mengharapkan ROS mengharamkan DAP sebelum pilihan raya bagi meneruskan strategi serampang dua mata dalam pilihan raya kali ini.

Pertamanya, DAP berhadapan dengan krisis imej dan kebolehpercayaan parti tersebut di kalangan orang melayu dan Islam. DAP dilihat sebagai parti yang akan menghakis kedudukan orang Melayu dan agama Islam. Kebanyakan orang Pas tidak akan mengundi DAP. Sungguhpun pemimpin Pas dan DAP boleh tidur sekatil, namun ia bukan kepada pengikut Pas di bawah.

DAP percaya jika mereka bertanding atas tiket Pas, lebih besar undi akan diperolehi. Orang Cina tetap akan mengundi calon DAP walaupun bertanding atas tiket Pas. Namun adalah dijangkakan akan terdapat sebahagian orang melayu dan Islam akan mengundi logi Pas kerana percaya DAP tidak mempunyai masalah berada di bawah Pas. Ini akan dibuktikan melalui penggunaan logos Pas.

Dengan menggunakan logo Pas di Gelang Patah Kit Siang percaya ia akan menarik sokongan orang Melayu yang cenderung kepada Pas dan atas pagar di sana. Seorang cina bukan Islam bertanding atas tiket Pas tentu akan memberi imej yang sangat positif terhadap DAP di kalangan orang Melayu yang tidak mahu berfikir.

Kedua, dengan menyalahkan ROS ia memberi implikasi ada usaha untuk tidak membenarkan DAP bertanding atas logo sendiri dilakukan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Ini sudah tentu akan menimbulkan kemarahan kaum Cina dan akan menarik banyak undi simpati.

Ramai pemerhati politik dan juga para strategis dalam BN sendiri percaya sekiranya DAP akan meraih banyak undi simpati kaum Cina jika mereka berjaya mempengaruhi pemikiran kaum Cina bahawa mereka dianiayai oleh BN sehingga tidak boleh bertanding atas logo sendiri. Mereka ingin keadaan seolah-olah BN ini zalim dan takut kepada DAP sehingga cuba menghalang logo mereka dari digunakan.

Sebab itu, sungguhpun ROS dan SPR telah menyatakan mereka layak bertanding atas logo sendiri, mereka masih mencipta kekecohan dan drama politik bagi meneruskan strategi ini. Jika benar mereka khuatir pencalonan mereka akan dibatalkan kera pertikaian penjawat yang sah, DAP boleh sahaja memohon surat pengesahan daripada ROS mengenai siapa sebenarnya yang berkuasa dalam DAP pada masa ini. Tapi ini tidak berlaku kerana mereka sememangnya mencari alasan untuk menggunakan logo Pas dan meraih simpati pengundi Cina,

Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday, 17 April 2013

Petualang Yang Khianat Pada Amanahnya.



Penulis rasa pasti ramai pembaca di luar sana yang semestinya kecewa tentang perihal pemuda ini. Sudahlah berkhidmat di Jabatan Kerajaan (JPM), tetapi dalam masa yang sama menjadi pengkhianat kepada kerajaan?

Gaji yang diperolehi, bonus, dan sebagainya yang datang dari poket kerajaan nampaknya langsung tidak dihargai oleh pemuda ini. Apa lagi yang kurang? Kenapa tidak bersyukur dengan rezeki yang diperolehi hasil berkhidmat dengan kerajaan?

Kalau rasa pihak kerajaan selama ini tidak membantu beliau mahupun keluarga beliau, lebih baik berhenti daripada terus berkhidmat!! Cubalah berhijrah di negeri pembangkang dan carilah rezeki di sana. Baru tahu tinggi rendah langit.

Jadilah manusia yang bersyukur dan tahu berterima kasih. Insyaallah rezeki kita akan bertambah lagi.

Jangn jadi manusia yang tidak tahu mengenang budi. Tidak rasa bersalahkah anda??  

-PemudaPutrajaya

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...