-->

Sebelah Sayap

Friday 30 November 2012

Al-Fatihah Kepada Lelaki Yang Rebah Di PWTC

Sebentar tadi lebih kurang jam 6.00pm, orang ramai di PTWC di kejutkan dengan berita kematian seorang pemerhati di hentian bas berhadapan PWTC .

Lelaki itu dipercayai rebah akibat serangan jantung dan berdarah dikepala. Ketika ditemui beliau masih lagi bernyawa dan menghembus nafas terakhir sebelum sempat ambulan tiba. 

Di kenali sebagai En.Ahmad Hariri bin Alang Othman berumur 62 tahun dari Kemunting, Perak . Menurut maklumat beliau bersama rombongan tiba disini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Sehingga jam 6.15pm keluarga mangsa telah dihubungi  untuk dituntut .


Al-Fatihah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday 27 November 2012

Portal Pembangkang Kantoi Menipu Lagi

Patutlah perwakilan PAS hentam Harakah semasa Muktamar PAS baru-baru ini. Tahap kewartawanan mereka amat memalukan ahli-ahli PAS sendiri.

Yang terbaru ialah laporan Harakah kononnya 20,000 hadir semasa Himpunan Anti-Lynas di Dataran Merdeka. Tetapi Bernama, sumber berita yang kita boleh percayai melaporkan bahawa hanya 2,000 orang sahaja yang hadir!

Sila baca di sini KLIK SINI

Yang menimbulkan keraguan kepada laporan lidah rasmi PAS yang dikritik hebat oleh perwakilan PAS itu ialah foto yang dimuatkan di dalam laporan mereka.

Jika kita perhatikan, ada yang tidak kena dengan foto tersebut. Anda lihat di bawah :


Selanjutnya di SINI


Dah Singgah Komen Sikit

Monday 26 November 2012

Palestine : Anwar Ibrahim Nafi Kemerdekaan Rakyat

Pergerakan Hamas hari ini menegaskan bahawa sokongan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap segala usaha bagi memastikan keselamatan negara Israel sebagai satu mesej negatif dan meragukan rakyat Palestin secara keseluruhan.
Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan berkata, bagi rakyat Palestin, sokongan itu menunjukkan terdapat individu tertentu yang bekerjasama dengan Israel, demi kepentingan Israel menduduki sebahagian besar bumi Palestin secara haram.
Katanya, ia secara langsung memberi tanggapan bahawa individu tersebut menentang hak rakyat Palestin yang bangkit untuk mempertahankan tanah air mereka daripada terus diceroboh oleh Israel.
Menurut beliau, sokongan itu juga memberi mesej yang salah kepada Israel kerana rejim Zionis itu kini beranggapan mereka bebas menduduki bumi Palestin secara haram sambil terus memperluaskan jajahan mereka tanpa ditentang atau dihukum masyarakat antarabangsa.
"Hamas berharap akan mendengar kenyataan bahawa deklarasi itu (menyokong keselamatan negara Israel) adalah tidak benar atau seumpama itu kerana saya percaya sesiapa yang mencintai kebebasan dan kemerdekaan negara mereka, akan mengutamakan keselamatan serta hak rakyat Palestin berbanding Israel," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena lawatannya ke negara ini di sini hari ini.
Usamah diminta mengulas kenyataan Anwar seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) edisi Asia pada Januari lalu yang berbunyi: "Saya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel", namun beliau tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), satu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin.
Sebelum ini, Anwar mendakwa pendirian beliau itu selari dengan pendirian Hamas namun dinafikan pergerakan tersebut. Malah, Anwar tidak mahu menyaman WSJ berhubung penyiaran artikel itu serta enggan memohon maaf kepada umat Islam yang rata-rata terguris hati dengan kenyataan tersebut.
Dalam perkembangan lain, kata Usamah, Hamas dan seluruh rakyat Palestin menghormati pendirian Malaysia serta beberapa negara lain yang tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. 
Katanya, dengan tidak mengadakan sebarang hubungan politik dengan Israel, ia bermakna tiada sesiapa yang melupakan perjuangan rakyat Palestin yang berterusan cuba membebaskan tanah air mereka dan lebih penting, isu Baitulmaqdis bukan hanya isu Palestin tetapi isu umat Islam.(SUMBER) 

http://talkwithhand.blogspot.com/2012/11/gempar-palestin-meragui-anwar-ibrahim.html?spref=tw&m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Friday 23 November 2012

Arak Dan Judi Tetap Akan Ada Kalau PAS Menang PRU-13



"Bagi lesen dekat orang bukan Islam. UMNO tak buat macam tuh."- tudia. Duk pandai-pandai kata itu ini itu ini sekali bila tanya pasal arak dan judi. Depa kata depa akan jual jugak arak dan judi bagi kepada non muslim. Sekarang pon sama laa jugak. Lesen arak dan judi diberikan kepada NON-MUSLIM.

Aku menyokong apa yang UFB cakap. Jangan hukum orang lain sebab orang lain. Yang orang melayu islam duk jadi board of director dekat kilang arak ka, genting yang tinggi tu ka. Pi lantak la, kita dah nasihat dekat depa tapi kalau depa buat. Itu masalah depa.

Jangan hukum orang lain atas kesalahan orang lain. Jahat sangat perangai macam tu. Aku bagi contoh terbaik dekat korang. Pak hampa salah tajwid semasa ngaji, hangpa salahkan semua tok guru sebab tak ajar tajwid dengan betol. Sepatutnya hangpa salahkan pak hangpa sebab taknak pi belajar. Yang hangpa duk kalut salahkan tuk guru pasaipa.

Dalam PAS yang giler kau berdakwah pon kene sound sampai keluar parti. Memang harapanlah PAS nak hentikan semua ni. hu hu hu.

akhir kalam dari aku.. PAS AKAN TETAP KELUARKAN ARAK DAN JUDI JIKA MEREKA MENANG DAN MEMERINTAH..!! bak kate UAI- KALAU TAKNAK SAHAM DOSA DEKAT AKHIRAT NANTI, PANGKAH BN. ITU WAJIB. KIKIKIKI..!!!

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday 22 November 2012

VIDEO : Kite ni Mampu Lagi Berfikir Dengan Waras Atau Tidak?



Jom kite tengok video ni. Puak pembangkang yang dulu sibuk mempertahankan Anwar atas kenyataannya mempertahankan keselamatan Israel.

"I Support All efforts to protect the security of The state of ISRAEL"-Anwar Ibrahim (WSJ).

Dah Singgah Komen Sikit

Azizan Razak dan Jamil Duk Naya Budak KUIN Bak Ang!! #TukarKedah

Gambar diatas adalah gambar 7 orang pelajar KUIN yang malang. Semuanya disebabkan ketidakcekapan Jamil selaku Rektor mentadbir KUIN, menyebabkan pelajar pelajar ini terpaksa menanggung azab apabila Ijazah yang mereka dapat tidak mendapat kelulusan MQA.

Untuk pengetahuan semua, MQA adalah sebuah badan yang bertanggungjawab untuk menilai, mengiktiraf dan meluluskan setiap bidang yang dipelajari di semua universiti tempatan.

Sepatutnya pihak KUIN perlu memohon terlebih dahulu MQA, sebelum bidang pelajaran itu dibuat. Tetapi akibat dari kebebalan Rektor, 7 pelajar KUIN berasa di tipu. Nampak sangat, Rektor KUIN hanya pentingkan duit dari masa depan pelajarnya.

Jamil pernah berbohong kepada media, dengan mengatakan, dia telah menghantar dokumen kepada pihak MQA, namun selepas 6 bulan masih belum mendapat jawapan.

Jamil penipu!!

Sebenarnya permohonan MQA untuk Ijazah 7 orang pelajar itu hanya dihantar selepas majlis konvokesyen Insaniah tamat. Mereka baru sedar, bahawa Ijazah mereka tu tak laku!!

KUIN langsung tidak pernah meminta permohonan dari MQA selama bidang itu ditawarkan. Bila 7 pelajar itu menerima ijazah baru Jamil kelam kabut hantar permohonan MQA.

Dibawah Mc sertakan bukti bahawa Jamil menipu media dan ibu bapa pelajar terbabit!


Hantar pun belum.. PEMBOHONG!

Kat bawah ni adalah kronologi apa yang terjadi:

17 Sepr - 7 pelajar bergraduan dan menerima Ijazah Quran daripada SPB Agong
26 Sept - Pihak KUIN baru nak terkebil-kebil menghantar PERMOHONAN MQA kepada pihak MQA
27 Sept - Pihak MQA baru menerima dokumen tersebut (pada cop yang tertera pada surat)
12 Nov - NGO buat report polis kerana dakwa 7 pelajar dianiaya Ijazah tak diiktiraf
13 Nov - GPMS Kedah buat repot polis kerana isu pengiktirafan yang sama
14 Nov - Jamil Palsu terus menjadi penipu berkata permohonan MQA untuk Ijazah Quran telah dihantar 6 bulan yang lalu, tapi MQA yang tak ada pakar (jamil salahkan MQA)
15 Nov - blog Berita Kuin memaparkan bukti surat 'permohonan akreditasi bagi Ijazah hanya diberikan selepas 7 pelajar Ijazah berkonvo' 
 Untuk rujukan dan bukti bahawa perkara ini benar, Mc paparkan Nama pelajar KUIN terbabit, dengan number Matriknya sekali. IC mereka pun ada, tapi untuk keselamatan baik tak payah paparkan dulu.

1) Anwar Ridhwan Ahmad Syukri  -No Matrik- M091080019

2) Mohd Abd Hyafiz Abd Hamid -No Matrik- M092006619

3) Mohd Shuhaimi Abd Mokhtar -No Matrik- M092030019

4) Mohd Zabidi Saaidin -No Matrik- M092028519

5) Mohd Hafizuddin Ayob -No Matrik- M092028819

6) Mohd Naim Osman -No Matrik- M092029619

7) Wan Mohd Ali Imran Othman -No Matrik- M092029519

Apa agaknya nak jadi dengan 7 orang pelajar KUIN ni? Belajar 4 tahun, bersusah payah, ikat perut siang malam, bersengkang mata buat assignment, perah otak untuk exam. Tiba-tiba bila grad, Ijazah tak laku! Kalau perkara ini terjadi kepada anda, apa perasaan anda?

Membazir, buang masa, pergi belajar umpama pergi melancong, habiskan wang mak bapak dan pinjaman saja. Sepatutnya pentadbiran KUIN dan Kerajaan Negeri Kedah perlu bertanggung jawab keatas mereka ini. Jika mereka tidak bekerja, pihak KUIN kena bertanggung jawab.

Sepatutnya pihak KUIN kena bayar ganti rugi kos dan ganti rugi masa yang terbuang. Mc harap 7 pelajar ini mengambil tindakan keatas pihak KUIN dan Rektornya Jamil. Semakin lama dibiarkan, semakin busuk KUIN jadinya.

Jamil ohh Jamil.. ku sangkakan hang baikk, rupanya syaitan yang bertopengkan manusia. Dah la banyak duit KUIN hang sapu, letak kroni banyak-banyak, pelajar pun hang nak aniaya? teruk betui la hang Jamil oii..

McTheory:
Jamil Patut Letak Jawatan!!

SUMBER:
http://kedahkekl.blogspot.com/2012/11/eksklusif-azizan-razak-dan-jamil.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

PAS Tolak Nik Aziz Jadi PM



PAS Kelantan berkata bukan sesuatu yang pelik jika anggota parti itu mahu presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

 Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pandangan anggota akar umbi pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 baru-baru ini akan dibincangkan pucuk pimpinan demi menghormati pandangan itu.

 "Kalau anggota parti yang mahukan presiden parti lain jadi perdana menteri, itu sesuatu yang peliklah," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat Akademi Limkokwing Kelantan sempena hari terbuka akademi itu di sini, pada Rabu.

 Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri berkata PAS Kelantan menganggap ia bukan satu isu besar dan mengakui hasrat akar umbi itu tidak semestinya boleh menjadi kenyataan.

 Beliau mendakwa dalam persepakatan hubungan pembangkang tidak pernah membincangkan secara rasmi siapa sebenarnya yang layak menjadi perdana menteri. - BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

BN Dalam Kedudukan Amat Kukuh.-TPM


Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam kedudukan yang amat kuat dan kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata jentera BN sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya itu yang dianggap paling sengit dalam sejarah politik negara.

"Walaupun ada usaha menjatuhkan kerajaan BN, namun kita tidak membenarkan mereka...kita akan 'bermati-matian' untuk mempertahankan kerajaan BN," katanya semasa merasmikan Kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-27 di Dewan Hongkod Koisaan, dekat sini, Rabu.

Dalam hal ini, Muhyiddin berkata PBS merupakan aset penting untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya yang akan datang.

Beliau yakin PBS, dibawa pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang begitu berwibawa, berani dan tegas, mampu membantu memastikan Sabah bukan sahaja kekal menjadi 'simpanan tetap' untuk BN tetapi kuat dan kukuh.

Muhyiddin turut mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpedaya dengan pelbagai pembohongan pemimpin pakatan pembangkang dalam usaha untuk menduduki Putrajaya.

"Apa yang pasti ialah selepas pilihan raya umum nanti Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal sebagai Perdana Menteri dan begitu juga Datuk Seri Musa Aman di Sabah," katanya.

Katanya kepimpinan Najib yang memperkenalkan transformasi luar biasa untuk memajukan negara ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020 telah meletakkan negara ini antara negara yang paling menarik dan paling pesat membangun di rantau ini.

Muhyiddin berkata kerajaan Persekutuan mempunyai agenda besar untuk memajukan Sabah dan oleh itu, kerajaan BN perlu dikekalkan.

Mengenai persediaan pilihan raya akan datang, beliau meminta penyokong BN termasuk anggota PBS supaya menerima dan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon.

"Kalau calon BN menang tentu sekali ia menyumbangkan kepada kemenangan BN secara keseluruhannya. Sebab itu, kita pastikan semua calon BN menang," katanya.

Menyentuh permintaan parti-parti komponen BN di Sabah termasuk PBS untuk mendapatkan tambahan kerusi pada pilihan raya akan datang berikutan keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar BN pada 17 Sept 2008, Muhyiddin berkata perkara itu boleh dibincangkan.

"Kita serahkan sahaja kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya dan saya fikir perkara ini boleh diselesaikan dalam masa terdekat," katanya.- BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday 21 November 2012

Carew Bakal Bersama Pasukan Seladang

Ape gilernye team bola Perak ni yob. Nak beli player hebat-hebat je. Cer amek yang macam Ghaddar.. (kikikiki) baru ler boleh menang Piala Malaysia. Ape-ape pon mengkeme-mengkeme bace artikel dari PAFA ni.


Penyerang West Ham United, John Alieu Carew yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menyarung jersi Perak untuk Liga Super musim 2013 akan datang, jika perbincangan dengan ejennya berjalan lancar.

Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun berkata, Perak sedang berbincang secara serius dengan ejen pemain tersebut.

“Saya berharap impian membawa pemain bertaraf dunia itu ke Ipoh akan menjadi kenyataan,” jelas Azwan dalam sidang media mengumumkan hasrat Perak mendapatkan John Carew di pejabat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Ipoh semalam.

Penolong Pengurus, Isham Shaharuddin, Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah dan setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin turut hadir.

John Carew, 33, merupakan pemain kebangsaan Norway telah beraksi 91 perlawanan antarabangsa dengan menjaringkan 24 gol sejak tahun 1998 lalu.

Beliau pernah beraksi dalam Kejohanan Bolasepak Negara Eropah (Euro 2000 dan 2008) dengan menyarung jersi Norway.

Sebelum menyarung jersi West Ham United, Carew pernah beraksi dengan kelab Roma di Itali pada tahun 2003 dan 2004.

Selepas itu, berpindah ke Liga Turki dengan mewakili kelab Besiktas pada tahun 2004 dan 2005 lalu.

Carew beraksi dengan kelab Lyon, Peranchis selama dua musim iaitu 2005 hingga 2007 dan berpindah ke EPL dengan menyarung jersi kelab Aston Villa dari tahun 2006 hingga 2010.

Selepas itu, dipinjamkan ke Stoke City pada musim 2010 dan 2011 seterusnya berpindah ke West Ham United pada 2011 dan 2012.

Selain John Carew, Perak juga sedang mengintai beberapa pemain dari Liga Singapura, Thailand dan Indonesia.

“Perak berharap dapat memuktamadkan pengambilan dua pemain import itu sebelum 3 Disember depan,” kata Azwan.

Beliau memberitahu Perak perlu menghantar nama kedua-dua pemain import kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 5 Disember.

Sebelum ini, Perak sudah menguji tiga pemain Brazil dan masing-masing seorang pemain Rusia dan Liberia sejak minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Azwan berkata, kelima-lima pemain yang dibawa oleh ejen itu tidak mencapai kualiti yang ditetapkan.

Difahamkan, Perak tidak jadi mengambil penjaring terbanyak Liga Singapura, Federic Mendy dari Home United kerana penyerang tersebut enggan menjalani ujian pemilihan.

Sebaliknya, Mendy ingin terus menandatangani kontrak dengan skuad Seladang tanpa menjalani ujian pemilihan.

Azwan berkata, Perak akan menguji beberapa pemain import lagi dalam perlawanan ujian pada 23 November nanti.-Pafa



Dah Singgah Komen Sikit

Nak Tahu Foto Ni Dekat Mana?

Dr MiM dedahkan rahsia disebalik foto UAI. Baca artikel pendedahan dibawah.

Sebelum ini MiM telah menulis entri tentang isu Ustaz Azhar Idrus dan foto beliau yang didakwa sedang menjamu selera di Mc Donald. KLIK SINI

Azhar Idrus telah menjawab beliau tidak makan di Mc Donalds tetapi bersebelahan dengan kedai makanan segera itu. Beliau juga berkata foto tersebut di ambil di Johor dan bukannya di Kota Baru.

Selain daripada itu, Azhar Idrus juga mengatakan gelas beliau diisi dengan air nescafe yang dibeli oleh rakan beliau dari kedai sebelah. Itu jawapan Ustaz Azhar Idrus.

Isu ini sangat panas, bukan sahaja dalam blog ini tetapi blog-blog lain, twitter dan juga Facebook. Malah, MiM menerima banyak komentar tentang entri Azhar Idrus ini.

Ada yang menanyakan rasional isu Azhar Idrus diketengahkan kerana beliau dan keluarga hanya makan sahaja. Tak salah, kata mereka.

Ada juga di antara pembaca MiM yang mempersoalkan kesahihan lokasi yang dijelaskan oleh Azhar Idrus iaitu di Johor.

Mereka mengatakan bahawa lokasi foto tersebut adalah di Mahkota Parade, Melaka!

Malah, satu perkara yang peculiar dalam foto tersebut ialah nama kedai (rujuk bulatan dalam foto di atas). Ianya seperti singkatan 'Famosa Time', kedai jam tangan yang terdapat di Melaka.

Yang menarik juga adalah foto di bawah yang dihantar oleh pembaca MiM yang menunjukkan interior design Mc Donalds di Mahkota Parade, Melaka. Ada persamaan?

Seterusnya KELIK SINI

Dah Singgah Komen Sikit

Kepincangan Pakatan Rakyat Semakin Jelas



MELAKA, 20 Nov (Bernama) -- Pertikaian pakatan pembangkang berhubung jawatan Perdana Menteri jelas menunjukkan kepincangan dan perpecahan mereka, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata ini membuktikan keadaan sebenar parti pembangkang yang berpecah belah dan tidak mampu mencapai kata sepakat dalam memilih pemimpin tertinggi mereka.

"DAP mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sedangkan PAS mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan kecelaruan ini jelas membuktikan ketidakmampuan mereka untuk mentadbir negara," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian perwakilan Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini yang mahu Presiden PAS dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya kemenangan berpihak kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, namun ditolak DAP.

Sementara itu, mengulas tindakan PAS mendoakan kehancuran Umno, Mohd Ali berkata parti tersebut telah hilang kewarasan dan tersasar daripada ajaran Islam.

Katanya, parti itu dilihat rakus, tamak dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat jawatan yang diidamkan. - BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday 20 November 2012

Dato' Seri @NajibRazak Ingin Bertemu Pengikut ke 1 Juta.


Nampaknya semakin ramai yang menunjukkan sokongan kepada DS Najib. Alhamdulillah, mungkin sebab DS banyak mendekati rakyat. Pengikut twitter DS Najib yang terkini adalah seramai 1 002 176. Dijangkakan jumlah pengikut perdana menteri kita ini akan terus bertambah dan bertambah. 

Apa yang paling menariknya adalah Perdana menteri kita ni nak mengenal pasti siapa gerangan pengikut yang ke 1 000 000 beliau. Dia nak berjumpa dengan pengikut yang istimewa itu. 

akhir kalam dari aku.. Asal laa aku bukan follower PM yang ke 1 000 000. boleh jumpe. HaHa


Dah Singgah Komen Sikit

Dewan Rakyat Kecam Israel

Dewan Rakyat sebulat suara mengambil ketetapan mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kecaman tersebut turut mengutuk tindakan Israel yang menyebabkan kemusnahan harta benda, infrastruktur dan menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza serta Tebing Barat.

"Kerajaan hari ini mengecam tindakan keganasan Israel yang melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi "Pillar of Defence" pada 14 Novemer 2012 ke atas wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dan serangan udara dan laut.

"Serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang serta angkuh dan perlu dikutuk oleh seluruh dunia," katanya dalam pembentangan usul, yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Seri Nazri Aziz  di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Beliau menambah, kecaman turut membabitkan pencabulan undang-undang yang dibuat oleh Israel meliputi undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah oerang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Dalam Masa Perang.

"Rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza.

"Rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza," katanya lagi.

Dengan ini Dewan Rakyat mengambil ketetapan seperti berikut:

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

2.Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan.

3.Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.

4.Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

5.Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang.

6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu-padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta.

9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

50 Lagi Penyokong Tegar PAS Berpaling Tadah

Sekumpulan 50 penyokong PAS di Kampung Pak Mali, Bakong di sini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Umno di sini malam tadi.

Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin menerima borang daripada kumpulan terbabit diketuai Syed Zain Syed Hassan, 48, dengan disaksikan lebih 300 penduduk kampung.

"Ini bermakna Umno berjaya menembusi kubu kuat PAS yang sukar dimasuki sejak 20 tahun lepas," kata Awang Adek kepada pemberita selepas menerima borang-borang itu pada majlis bongkar isu semasa di kampung berkenaan.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata tindakan mereka akan membantu Umno dalam usaha menawan Parlimen Bachok dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan iaitu Jelawat, Perupuk dan Tawang pada pilihan raya umum akan datang.

Mat Usof Mat Junoh, 57, berkata kegagalan PAS membangunkan Kelantan mendorongnya mengambil keputusan meninggalkan parti yang disertainya sejak 20 tahun lepas.

Katanya, usaha akan dibuat untuk menarik kira-kira 60 lagi penyokong dan anggota PAS di kawasan itu untuk menyertai Umno.

-- BERNAMA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Kedah Lagi Kuat Kroni Bak Ang..!!

Belum pun reda isu dalaman pentadbiran KUIN dibawah regim diktator Jamil Pak Tonko, kini terkeluar pula cerita bahawa Insaniah Holding iaitu anak syarikat kepada Insaniah Sdn Bhd pula mengalami masalah yang ketara..

Insaniah holding bukanya syarikat yang menjana keuntungan, tetapi ianya adalah untuk meletakkan seramai mungkin kroni kroni Jamil dan kroni dalam Pas Kedah untuk menerima GAJI BUTA dari Insaniah Sdn Bhd..

Sebenarnya susah MTK nak terangkan struktur organisasi dalam bentuk penulisan ini,tapi untuk fahamkan pembaca semua MTK buatkan 1 carta bagi memudahkan pembaca faham..

Selanjutnya di SINI
http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/11/panass-insaniah-holding-zalimi.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Monday 19 November 2012

5 Perkara Yang Ada Dalam Doa "Dajjal"


ULASAN YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI MENGENAI DOA SELEPAS SOLAT HAJAT MUKTAMAR PAS DI STADIUM SULTAN MOHAMAD KE IV

Saya terkejut bila melihat dan mendengar sendiri doa yang dibacakan melalui kaca tv malam semalam. Ada lima perkara yang menyebabkan saya tersentak. 

Pertama, inti apa yang dipohon melalui doa tersebut, kedua, bahasa yang digunakan, ketiga, nada suara yang dilafazkan, keempat, orang yang terlibat membaca doa itu sendiri dan kelima, ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut.

1. Mengenai apa yang dipohon. Setakat yang saya faham mengenai doa, apa yang dipohon melalui doa hendaklah sesuatu yang baik untuk diri, anggota keluarga, jiran tetangga, masyarakat dan umat keseluruhannya. Islam melarang umatnya memohon sesuatu keburukan dan kecelakaan bagi seseorang atau sesuatu golongan. Doa ulama PAS itu sama sekali tidak mencerminkan perkara ini. 

2. Bahasa yang digunakan. Dalam doa bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang baik-baik. Ini disebabkan yang berdoa memohon kepada Allah SWT sebagai kuasa yang menjadikan semua makhluk termasuk manusia. Sebagai hamba Allah yang begitu kerdil, bahasa yang diucapkan tatakala menghadap Allah seharusnya menggunakan bahasa yang penuh dengan kesopanan, ketertiban dan kehambaan diri. Perkara ini juga tidak tergambar dalam doa yang dibacakan sebaliknya mengulang-ngulang beberapa kali perkataan-perkataan “hukumlah UMNO”, “KO BN”, “BN KO” dan seterusnya. 

3. Nada suara yang dilafazkan. Nada suara terutama bila melafazkan kehancuran dan kemusnahan UMNO/BN dibuat dengan nada yang paling tinggi memenuhi ruang angkasa stadium. Perkara ini jelas bertentangan dengan adab berdoa dalamana mereka yang berdoa hendaklah memilih kata-kata yang sopan, halus dan nada suara yang penuh syahdu. 

4. Orang yang terlibat membaca doa itu sendiri. Setakat yang saya kenali, orang yang membaca doa adalah seorang ulama yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas mendidik dan mertarbiah masyarakat Islam sejak puluhan tahun yang lalu. Tidakkah adab berdoa yang pernah diajarkannya kepada jemaah masjid, surau dan madrasah di seluruh negara buat sekalian lamanya dilupakan begitu sahaja. 

5. Ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut. Doa yang dibaca diaminkan oleh ribuan pimpinan PAS yang sebahagian besarnya dari aliran agama. Tidakkah terdetik di hati mereka dikala mengaminkan doa tersebut bahawa adab sopan doa yang dibacakan bertentangan dengan tatasusila berdoa yang diturunkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. 

Saya sangat khuatir kalau ahli-ahli PAS yang jumlahnya mencecah 1 juta orang yang sebahagiannya ada yang begitu taksub kepada pemimpin akan menerima pakai percontohan berdoa itu dan terus mengamalkannya di tempat masing-masing. 

Tidakkah tindakan orang yang berdoa itu akan memungkinkan timbulnya jurang dan perpecahan yang lebih dahsyat diantara sesama muslim khususnya di kalangan ahli dan penyokong PAS dan UMNO.
Bagaimana pula kalau ulama-ulama UMNO mendoakan supaya sesuatu yang buruk berlaku kepada PAS?
Apakah yang akan berlaku kepada masyarakat Melayu-Islam di negara ini akibat daripada kebodohan kita itu? 

Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindung dan dipertahankan. 

Pimpinan PAS lebih mengetahui bahawa dalam PRU-12 pada tahun 2008, kemenangan PAS didokong bukan sahaja oleh ahli dan penyokong PAS tetapi pada ketika itu atas sebab-sebab tertentu, ahli dan penyokong UMNO pun ada yang mengundi PAS. 

Sokongan penyokong UMNO itu menyebabkan PAS menang dengan agak bergaya. Apakah ulama yang berdoa dan makmum yang mengaminkan doa tersebut tidak memerlukan lagi sokongan kumpulan ini untuk membolehkan mereka ke Putrajaya? 

Seperti yang dipaparkan dalam media matlamat ke Putrajaya begitu ghairah diperbahaskan dalam Muktamar kali ini. Tidakkah doa yang dibaca itu akan menutup ruang sokongan pengundi dari kalangan mana pun termasuk ahli dan penyokong UMNO? 

Saya tidak dapat membayangkan betapa sempitnya pemikiran mereka yang terlibat hingga sanggup melafazkan doa memohon dihancur musnahkan parti yang seagama dan sebangsa dengan mereka.
Akhirnya saya bimbang piawaian akhlak yang ditunjukkan oleh mereka yang bergelar ulama yang mewarisi para Nabi dicontohi oleh generasi muda Muslim dan generasi pengganti Muslim yang akan datang. 
Atas kealpaan dan hilang kecermatan mereka yang terlibat akan mengakibatkan kesan buruk berganda di kalangan Umat Islam di negara ini. 

Saya doakan Allah terus memelihara kita dengan kasih sayang dan keredhaanNya. Moga pembaca doa dan makmum yang mengaminkannya ditunjukkan jalan yang benar dan sentiasa berada dalam pengampunan Allah SWT.

Pejabat Operasi Jati.
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
18 Oktober 2012

Dah Singgah Komen Sikit

UMNO Murtad-Nik Aziz

Selepas adiknya mendoakan kehancuran BN ,si abangnya yang makam lebih tinggi telah mengeluarkan fatwa bahawa lebih 2 juta ahli Umno Melayu Islam dan melayu Islam yang mengundi BN adalah murtad.

Sejak dari dulu lagi inilah yang didakwahkan oleh khawarij PAS,sebab itulah ada yang bercerai berai..ada yang bersolat 2 imam hingga ada yang tidak makan sembelihan orang Umno.

Pemegang kunci syurga khawarij bermulut longkang memerangkap politic animal ini telah membuktikan beliaulah penentu dosa pahala.. syurga neraka umat Islam.


Tak guna anda berpegang kepada rukum Islam dan rukum Iman selagi tak isi borang PAS.. ADA FAHAM KAH!?

Pisau masih ingat bagaimana kalangan pengikut khawarij PAS pernah berkata jangan kata sebarangan kepada si tua kutuk ini nanti di padang masyar tak dapat syafaat tok guru.. Nah sekarang Pisau nak lihat berapa ramai yang tak dapat syafaat tok guru haram jadah nih....Kalau korang sanggup tak dapat syafaat tok guru seperti khawarij kata..Cubalah...

Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menggelarkan Umno sebagai murtad dan berkata PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu.

“Bila Umno buang Islam, maka Umno agama apa? Saya ulang lagi sekali, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka agama apa yang Umno pakai? Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno sama ada Kristian kah, Buddha kah atau tidak ada agama?. 
“Timbul masalah murtad...orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam...Umno menolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam,” kata Nik Aziz pada sidang media selepas muktamar PAS. 
“(Jadi) tak salah lah,” kata beliau apabila ditanya sama ada bersetuju dengan sembahyang hajat yang dipimpin oleh adiknya, Nik Razi Nik Mat memohon bala Allah bagi menghancurkan Umno dan Barisan Nasional.

Nik Aziz mendakwa Umno menolak Islam dan justeru PAS berhak untuk mengadakan sembahyang hajat sedemikian. 
“Bila Umno tolak Islam, tak kan nak biar?,” kata beliau. 
Sumber: Antara Pos


SUMBER: PISAU.NET

Dah Singgah Komen Sikit

Kerajaan Bentang Usul Tergempar di Dewan Rakyat


Kerajaan akan membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat Isnin bagi mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad.

Perdana Menteri berkata usul itu akan menggesa Dewan Rakyat untuk mengambil ketetapan, antaranya:

* Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestine di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin.

* Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata.

* Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan Sesi Tergempar Khas Perhimpunan Agung PBB di bawah Resolusi 377A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.

* Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat; dan

* Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan/ Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.

"Bagi menzahirkan sokongan dan keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia berhubung isu ini, saya telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membentangkan satu usul tergempar di Dewan Rakyat pada Isnin, 19 Nov 2012," kata Najib.

Najib berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan selama tiga hari.

Israel melancarkan serangan terbaharu yang dinamakan operasi "Pillar of Defence" ke atas wilayah Palestin di Gaza yang setakat ini mengorbankan 40 orang termasuk seorang pemimpin Hamas Ahmed Jaberi, enam kanak-kanak, seorang wanita hamil dan seorang guru United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) dan lebih 345 orang cedera.

Tiga rakyat Israel terkorban dan 18 orang lagi cedera akibat serangan balas pihak Hamas.

Najib berkata serangan tentera Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza jelas merupakan tindakan tidak berperikemanusiaan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam PBB serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 Mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Semasa Perang.

"Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza," katanya.

Malaysia, kata Najib juga berasa amat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutama Majlis Keselamatan PBB untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palesstin di Gaza.

Pada 15 Nov 2012, Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar ke-39 Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) di Djibouti mengeluarkan suatu kenyataan bersama mengutuk serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza dan menyeru campurtangan Majlis Keselamatan PBB bagi mencari jalan penyelesaian untuk menamatkan konflik.

Semasa mesyuarat itu, Malaysia mengecam serangan tentera Israel dan menggesa Majlis Keselamatan mengambil tindakan segera bagi menghentikan kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.

"Saya juga akan membangkitkan perkara ini semasa Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja mulai hari ini sehingga 20 Nov 2012," kata Najib.

-- BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Sunday 18 November 2012

Puak "Dajjal' Diresapi Fahaman Firqah


PAS jelas telah mula diresapi fahaman firqah atau golongan ekstrem hingga sanggup mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno dihancurkan, kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin.

Beliau berkata menggunakan perkataan 'jahanam' dan mendoakan supaya Umno hancur bukan amalan Islam sebaliknya datang daripada fahaman golongan Khawarij yang hanya menganggap bahawa mereka sahaja betul berbanding dengan orang lain.

"Apakah orang Umno itu tidak Islam hingga PAS sanggup berdoa supaya Umno hancur yang jelas menunjukkan mereka berfahaman Khawarij", katanya kepada Bernama di sini hari ini. Antara ajaran utama golongan Khawarij ialah melabelkan kaum muslimin yang kononnya melakukan dosa besar sebagai kafir.

Beliau mengulas tindakan PAS yang mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lalu yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang berkenaan.

Antara kandungan doa itu ialah meminta Umno dan Barisan Nasional (BN) dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati serta dipermudahkan pembangkang.

Doa juga memohon supaya pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Abdullah yang juga anggota Parlimen Besut berkata sepatutnya sebagai parti yang majoriti ahlinya beragama Islam, PAS tidak berbuat sedemikian kepada saudara sesama agama yang menjadi anggota Umno.

Memberikan contoh keadaan Nabi Muhammad SAW yang direjam dengan batu oleh penduduk Taif ketika berdakwah, beliau menegaskan baginda tidak mendoakan kehancuran mereka malah berdoa supaya mereka akan beriman kepada Allah SWT.

Katanya oleh sebab itu, kerajaan menekankan kepada fahaman berdasarkan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.

DI KOTA BAHARU, bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan Wan Ismail Wan Ahmad berkata Islam tidak pernah mengajar untuk memohon doa turun bala kepada sesama orang Islam walaupun berlainan pendapat.

"Dalam Islam tak boleh doa minta bala kepada sesama orang Islam... kena minta doa supaya suruh masuk iman...perkara itu menyamakan Muslim yang didoakan sama seperti mereka bukan Islam," katanya ketika dihubungi Bernama.

Ismail yang juga antara pengasas PAS berkata Nik Razi patut insaf dengan perbuatannya kerana bercanggah dengan ajaran Islam.

"PAS patut berhenti melaung-laungkan perjuangan untuk menegakkan Islam kalau terus bersama dengan bukan Islam. Kalau PAS sudah berjuang dengan kafir, maka tak ada bezalah PAS dengan Umno," katanya.

Sementara itu, Pengasas Madrasah Najmiah atau lebih dikenali Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah menyifatkan tindakan mendoakan kehancuran Umno sebagai satu dosa besar kerana bercanggah dengan al-Quran dan Hadis.

"Inilah yang dipanggil Khawarij iaitu puak yang terkeluar daripada Akidah dan Fiqh yang sebenar... mereka sentiasa cari jalan untuk menjatuhkan sesama Islam," katanya ketika dihubungi.

Di ALOR SETAR, Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan tindakan PAS itu sebagai melampau.

"PAS sepatutnya mendoakan agar rakyat Malaysia hidup bersatu-padu bukan memecahbelahkan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian 'durian runtuh' kepada generasi kedua peneroka di Felda Bukit Tembaga.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom yang kesal dengan tindakan PAS itu berkata orang Islam harus mendoakan untuk kebaikan dan kesejahteraan sesama umat dan perbuatan sebaliknya melambangkan kejahilan mereka yang mengabaikan tuntutan agama.

"Kita sepatutnya bangga dan bersyukur kerana Allah SWT memberi kesedaran kepada pemimpin Islam kita yang berjaya memimpin dan meletakkan Islam pada kedudukan tinggi," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian 'durian runtuh' kepada generasi kedua peneroka di Felda Laka Selatan di Changlun.

Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu itu berharap rakyat terutama yang beragama Islam menilai keikhlasan perjuangan PAS dalam menegakkan kebenaran yang diunjurkan Islam dan menolak mereka pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Di IPOH, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata PAS sepatutnya mendoakan sesuatu yang baik kepada Umno yang anggotanya juga beragama Islam.

"Apabila kita berdoa...kita doakan yang baik-baik sahaja, itu prinsip berdoa. Macam mana sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai asas simbol parti boleh mengadakan doa yang bertentangan dengan prinsip berdoa," katanya kepada pemberita selepas majlis mengimarahkan perpustakaan di Perpustakaan Desa, Kampung Tengku Hussein Baru.

Ahmad Husni yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata negara memerlukan sebuah parti yang dapat menaungi kesemua kaum yang ada di negara ini supaya kepelbagaian serta perbezaan yang ada dalam masyarakat majmuk dapat disatukan.

Di PUTRAJAYA, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan PAS itu disebabkan terlalu taksub dengan kuasa sehingga tergamak bertindak sedemikian.

"Umno dan BN bukannya zalim sehingga disamakan dengan firaun. Ada yang tidak kena dan tidak betul dengan orang yang bertindak sedemikian," katanya kepada pemberita.

Ismail Sabri berkata selama ini tidak pernah mendengar orang mendoakan kehancuran sesama Islam, orang jahat pun kita tidak boleh mendoakan kehancurannya sebaliknya doakan hatinya terbuka untuk menjadi baik. - BERNAMA

akhir kalam dari aku.. Taksub untuk menegakkan Islam dan taksub untuk ke Putrajaya adalah perkara yang berbeza.. fahamilah ayat ni wahai puak "Dajjal". 

Dah Singgah Komen Sikit

PAS Sudah Berubah- Wan Ismail



PAS kini dilihat semakin lari daripada perjuangan asal parti untuk menegakkan Islam selepas bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, kata bekas setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan Wan Ismail Wan Ahmad.

"Buktinya ketika ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sebut mengenai Hudud dan hanya sentuh mengenai negara berkebajikan sebab (wakil) DAP dan PKR ada. (Abdul Hadi) kena fikir mengenai wakil-wakil pembangkang ini juga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Laporan akhbar hari ini melaporkan usaha PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud jika pembangkang menang pilihan raya umum ke-13, menjadi tanda tanya apabila Abdul Hadi langsung tidak menyentuh mengenai perkara itu dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini, semalam.

Sebaliknya, Abdul Hadi dalam ucapannya selama kira-kira dua jam itu menekankan kepada persiapan jentera parti menghadapi pilihan raya umum untuk memastikan PAS memenangi sebanyak mungkin kerusi yang ditandinginya.

Ismail yang juga antara pengasas PAS, berkata Hukum Hudud yang cuba dilaksana PAS hanyalah untuk mengaburi mata rakyat kerana apa yang digariskan parti itu mengenai hukuman jenayah Syariah dilihat banyak bercanggah dengan prinsip pelaksanaan yang terkandung dalam Islam.

Ismail berkata Islam menegaskan untuk mengemukakan empat saksi, bagaimanapun ia terikat dengan beberapa kriteria yang perlu diambil kira sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan kepada pesalah.

"Antara syarat itu ialah saksi berkenaan mestilah beragama Islam, mukallaf dan akil baligh serta orang yang tidak pernah melakukan dosa besar dan tidak kekal membuat dosa kecil.

"Sekarang mana nak cari orang yang macam ini (orang yang tidak pernah melakukan dosa besar dan tidak kekal membuat dosa kecil) untuk menjadi saksi?" katanya.

Ismail berkata langkah yang diambil oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menyokong hukum Hudud yang cuba dilaksanakan PAS adalah tepat kerana ia sememangnya bercanggah dengan hukum Islam.

"Saya difahamkan Dr Mahathir (ketika menjadi perdana menteri) ada hantar surat kepada (Menteri Besar Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat), kata ada dua perkara bercanggah dengan Hudud yang PAS nak buat.

"Contohnya kes mencuri, orang Islam kena potong tangan tapi bukan Islam kena hukuman macam mana, sedangkan hukum Allah kena adil (ketika menjatuhkan hukuman).

"Satu lagi apabila perempuan tak ada suami, tapi mengandung sebab kena rogol. Masa sama tak ada bukti nak tunjuk dia mengandung sebab dirogol kerana tiada empat orang saksi, maka perempuan itu kena tuduhan zina dan kena sebat 100 kali," katanya.

Isu pelaksanaan hukum Hudud kembali hangat diperkatakan apabila Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Harun Taib selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-51 Jumaat lepas dilapor berkata PAS telah bersetuju untuk melaksanakan dasar Islam, termasuk syariat Islam dan hukum Hudud sekiranya berjaya mentadbir negara.

Harun berkata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum Hudud akan dilaksana sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun, kenyataan Harun itu disanggah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw yang dilapor berkata mereka tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum Hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.- BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

@realDrMAZA Sahkan PAS Songlap Duit Tabung Mamali




XoXo.. Haish.. Macam mana ni.. Berani tak agaknya mereka buat pengakuan..?? hehe..!!

Dah Singgah Komen Sikit

Kesetiaan dan Keikhlasan


PENAMPANG - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kesetiaan dan keikhlasan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN) amat dihargai terutama dalam membangunkan negara.

Muhyiddin berkata beliau melihat perjuangan PBS, parti pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan itu, terus relevan dan semakin mendapat sokongan serta kepercayaan rakyat.

Beliau berkata pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kelangsungan perjuangan BN dan jatuh bangun parti bergantung kepada semua ahli.

Oleh itu, beliau berkata semua jentera pilihan raya perlu bersatu padu dan mengelak gejala sabotaj atau elemen yang boleh menjejaskan kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Isu sensitif hendaklah ditangani dengan bijaksana dan bertolak ansur bagi memelihara perpaduan dan keharmonian," katanya dalam perutusan sempena Kongres PBS yang akan berlangsung di sini selama tiga hari bermula 20 Nov.

Muhyiddin berkata rakyat kini semakin bosan dengan mainan politik pembangkang, tetapi kecenderungan mereka untuk menyokong BN bergantung kepada sejauh mana jentera BN berjaya menawan hati mereka.

"Justeru marilah kita sama-sama bersatu hati memastikan asas pembinaan negara bangsa yang telah berlaku sejak merdeka dapat dipertahan serta menjunjung prinsip Rukun Negara," katanya sambil menambah bahawa matlamat negara menuju wawasan 2020 akan tercapai sekiranya perpaduan, kemakmuran dan keharmoniaan negara terpelihara," katanya.

Beliau berkata kejayaan BN mengemudi negara berbilang kaum dan silang budaya ke arah perpaduan bukanlah mudah.

"Sepanjang 55 tahun memerintah negara, pelbagai dasar kita rancang dan laksanakan sehingga semua kaum dan setiap wilayah mendapat manfaatnya.

"Amalan toleransi, musyawarah dan budaya kompromi merupakan tonggak dan kekuatan BN dalam memenuhi setiap tuntutan parti komponen secara adil dan berperingkat," katanya.

Beliau berkata langkah bijak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan Transformasi Nasional berjaya memulihkan reputasi negara.

"Gagasan ini bukan slogan politik semata-mata tetapi peniup semangat untuk bertaut di bawah satu payung dengan mengutamakan kesejahteraan negara," katanya. - BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Saturday 17 November 2012

DAP Tidak Akan Terima Mana-Mana Hudud.


DAP  menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Pengerusinya Karpal Singh berkata berkata kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib semalam bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut membidas Harun yang berkata PAS telah menjelaskan pandangannya dengan DAP beberapa kali apabila kedua-dua parti duduk bertukar pendapat.

"Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini," katanya.

Dah Singgah Komen Sikit

Bekas Anggota Dewan Ulama Pas Kelantan Bangkit.


Seorang bekas anggota Dewan Ulama PAS Kelantan berkata kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah berhubung kebebasan beragama baru-baru ini melanggar prinsip akidah.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata bagaimanapun Dewan Ulama PAS Pusat menolak perbahasan mengenainya di Muktamar ke-51 semata-mata bagi menjaga hati Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Harun Taib menolak isu itu diperbahaskan pada muktamar ke-51 Dewan Ulama Pas Pusat di sini semalam atas alasan ia merupakan isu kecil yang tidak perlu diperbahaskan.

Wan Ismail berkata agenda utama PAS kini adalah menawan Putrajaya dan parti itu memandang perkara lain yang menggugat matlamat itu, sebagai perkara remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

"Kenyataan Datuk Harun Taib tak nak sentuh pasal Nurul Izzah takut Anwar Ibrahim kecil hati sebab orang PAS puja Anwar. Kalau menang (pilihan raya umum) Anwar boleh jadi perdana menteri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

XoXo!!.. Tujuan utama menuju Putrajaya.. Yang lain kita halalkan..

Dah Singgah Komen Sikit

Friday 16 November 2012

Dewan Ulama PAS: Kes Nurul Izzah Perkara Kecil Dan Remeh


Dewan Ulama PAS menyifatkan isu kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama sebagai kecil dan remeh serta tidak perlu diperbahaskan.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Harun Taib berkata pemimpin PKR itu tidak perlu bertaubat kerana beliau bukan melakukan kesalahan besar.

"Isu Nurul Izzah bukanlah besar, tak ada masa saya nak bahaskan isu itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-51, di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau ditanya laporan akhbar berhubung kenyataan beberapa pemimpin termasuk bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya Nurul Izzah bertaubat ekoran kenyataannya yang menimbulkan kontroversi itu.

Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya, Selangor.

Menurutnya, beliau akan tetap menegur kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti pakatan pembangkang terutama berkaitan agama, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri jika ia ternyata salah.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataannya terdahulu bahawa golongan ulama akan terus mendominasikan kepimpinan PAS di masa akan datang, beliau berkata ini sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti itu.

Katanya, golongan ulama adalah pewaris Nabi yang bakal mewarisi kepimpinan gerakan Islam di negara ini.

"Dalam hubungan ini, kita tiada kompromi, sampai bila pun PAS akan dipimpin oleh golongan ulama sebagaimana terkandung dalam perlembagaan parti," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui parti itu juga fleksibel dalam keadaan tertentu, di mana boleh melantik pemimpin bukan daripada kalangan ulama, seperti Allahyarham Datuk Asri Muda sebagai Presiden parti pada satu ketika dahulu.

Bagi menangani isu pemimpin ulama yang uzur kerana faktor usia, Dr Harun berkata ia merupakan salah satu cabaran hebat yang harus dipikul oleh generasi baharu parti itu.

Mengenai percanggahan pendapat berhubung agama antara pemimpin PAS dengan pemimpin parti komponen pakatan pembangkang, beliau berkata, ia tidak menjejaskan hasrat PAS untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini.

Katanya, kalau adapun suara-suara sumbang daripada pemimpin DAP, termasuk Karpal Singh mengenai pembentukan negara Islam, ini adalah kerana pemimpin DAP masih belum mendapat penjelasan sepenuhnya daripada PAS.

Sebaliknya, kata beliau PAS telah bersetuju untuk melaksanakan dasar Islam, termasuk syariat Islam dan hukum hudud sekiranya berjaya mentadbir negara.- BERNAMA

Akhir kalam dari aku.. aku dah agak dah.. kalau PKR buat.. DAP buat.. Mesti lepas punye.. takde hal.. janji bukan UMNO..kikikiki

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday 15 November 2012

Hapuskan Politik Melayu- DAP


Mungkin Melayu tidak faham apa yang terkandung dalam risalah yang diedarkan oleh DAP tetapi maknanya adalah :"Kita dah monopoli ekonomi. Ayuh! DAP, MCA, Gerakan! Mari kita kawal politik Malaysia. Sekarang atau tidak.."

Risalah risalah yang diedarkan ini dengan jelas mengajak kaum Cina tampa mengira fahaman politik sama ada disebelah pihak Kerajaan BN iaitu MCA ataupun GERAKAN untuk bersatu bagi memastikan kuasa politik orang Melayu tersungkur pada PRU 13 ini.

Risalah ini telah dimulakan di Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang pertama diadakan di Negeri Sembilan pada 03/11/2012 dan juga di ceramah ceramah yang DAP adakan bermula di Melaka pada 09/11/2012.

Nampaknya memang semakin lantang kaum kaum Cina DAP membangkitkan sentimen perkauman didalam Malaysia ini. Kuasa Melayu yang selama ini bersama sama MCA dan Gerakan serta parti parti lain telah digugat secara jelas melalui sifat Racist permainan DAP.

Selanjutnya Kelik SINI

Dah Singgah Komen Sikit

GAZA DiHujani Bom Lagi.

Ahmed Al-Jabari, Ketua Sayap Tentera Hamas terkorban 
dalam serangan yang dilakukan tentera udara Israel

GAZA, 14 November - Bumi Gaza bergolak awal pagi waktu tempatan (rabu) dengan satu serangan udara dilakukan oleh Tentera Udara Israel (IAF) yang mengorbankan ketua sayap tentera Hamas, Ahmed Al-Jabari di Gaza.

Menurut laporan yang dikeluarkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF), tujuan serangan itu adalah sebagai serangan balas kepada Hamas untuk melemahkan organisasi mereka. IDF menyatakan ugutan akan terus menyerang Hamas yang didakwa melakukan keganasan terhadap orang awam Israel dan bertanggungjawab untuk memperbaiki keadaan keselamatan di sekitar semenanjung Gaza.

 

SUMBER: HARAPAN ESOK

Dah Singgah Komen Sikit

Nurul Izzah Tidak Perlu Berdolak-Dalik Lagi.


Nurul Izzah  tidak boleh menafikannya, sesiapa pun tidak boleh buat cerita, kita ada rakaman, every word (setiap perkataan) kita rakam."

Demikian reaksi ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim berhubung kenyataan bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata, termasuk orang Melayu seperti yang disebut oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah dalam sebuah forum baru-baru ini.

Menurut Siti Zabedah, kenyataan Nurul Izzah bagi menjawab soalannya dalam forum itu sangat jelas dan difahami maksudnya oleh para hadirin forum berkenaan.

Penegasan terbaru Siti Zabedah itu ekoran pendirian Nurul Izzah mahu menyaman media arus perdana dan media alternatif yang didakwa memutar belit kenyataannya serta mengelak mengulas berhubung kenyataannya berhubung isu tersebut sebelum ini.


SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

Dah Singgah Komen Sikit

PAS Takot Kepada YB Nurul Izzah


Selama ini,PAS sering menganggap bahawa Islam adalah hak ekslusif parti mereka.Kononnya,hanya Ulama mereka yang layak bercakap mengenai Islam dan hukum hakam.Kata-kata Tok Guru mereka mengatasi keputusan dan pandangan para mufti mahupun Majlis Fatwa.Malah,seorang yang jahil juga,jika menjadi ahli PAS akan secara automatik dianggap alim.Yang berzina,meliwat,berkhalwat,menipu, rasuah dan apa saja maksiat di dunia ini tidak menjadi soal sekiranya yang terlibat itu adalah ahli atau sekutu PAS.

Menentang Islam juga tidak salah,sekiranya bekerjasama dengan PAS untuk menjatuhkan UMNO.Memperjuangkan hak untuk murtad juga boleh dijulang menjadi pejuang Islam,sekiranya tindakan individu tersebut mampu membantu politik PAS dan menjatuhkan UMNO.Ertinya,sekiranya anda menjadi ahli PAS atau berbaik-baik dengan PAS atau memusuhi UMNO,maka anda boleh melakukan apa saja kejahatan atau maksiat di dunia ini dan akan tetap dipandang mulia atau jauh lebih Islam dari UMNO.Malah orang kafir yang menyokong atau bekerjasama dengan PAS juga adalah lebih Islam dari UMNO.


Berdasarkan hakikat ini,maka saya merasa amat terkejut apabila dengan tidak semena-mena,Dewan Ulama PAS enggan mengambil pusing akan isu terbaru yang melibatkan agama,hukum Islam dan juga akidah umat Islam.Malah,Dewan Ulama PAS menyerahkan kepada orang ramai untuk memutuskan sendiri akan perkara ini.Mungkin kerana yang mengeluarkan kenyataan yang kontroversi itu adalah Nurul Izzah,maka Ketua Dewan Ulama PAS,Datuk Harun Taib tiba-tiba kelu,tidak mampu mengeluarkan pendapat,pandangan mahupun hukuman dalam isu kebebasan memilih agama bagi Umat Islam.

Menurut beliau,Nurul Izzah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan tahu apa yang terbaik untuk semua pihak.Secara tidak langsung,Harun Taib meletakkan Nurul Izzah lebih tinggi dari Ulama dalam memperkatakan isu berkenaan agama sehinggakan beliau sebagai Ketua Dewan Ulama sendiri tidak layak untuk mengulas kenyataan Izzah.Kata-kata Nurul Izzah adalah terang dan jelas,lengkap dengan rakaman video dan transkrip.Kata beliau, “Bila anda bertanya saya,tiada paksaan dalam agama,bagaimana saya boleh berkata,maaf ini hanya termaktub kepada bukan Melayu,sedangkan ia bersifat sama rata.”


Maksudnya juga mudah untuk ditafsirkan iaitu Melayu atau Umat Islam juga berhak untuk menukar agama.Benar,agama Islam adalah berakar tunjang dari hati atau roh dan tidak boleh diterjemahkan di atas kertas kad pengenalan mahupun tudung dan serban.Namun,bagi Nurul Izzah untuk menyatakan bahawa Umat Islam berhak menukar agama adalah merupakan satu kesalahan secara spiritual,syariat Islam dan perlembagaan negara. “Untukku agamaku dan untuk mu agamamu.” Jelas,Islam tidak memaksa,tetapi Islam meletakkan kesempadanan yang tegas terhadap murtad.

Murtad atau keluar Islam atau menukar agama adalah satu kesalahan besar dalam Islam.Murtad tidak boleh dimaafkan,dengan kata lain Umat Islam tiada hak untuk murtad.Umat Islam murtad bukan kerana beliau berhak tetapi kerana jahil atau sesat.Namun,Izzah melihat ‘murtad’ sebagai hak asasi,sama seperti puak penyokong IFC dan penganut fahaman liberal dan pengamal pluralisme.Sedangkan,Islam mengatasi semua agama ciptaan manusia.Oleh itu,'hak asasi’ untuk murtad adalah tidak relevan sama sekali bagi mereka yang benar-benar memahami Islam.

Memandangkan Izzah bukan Ulama,maka tidak hairanlah jika beliau melihat Islam dari sudut mata kasar.Tetapi,apabila Ulama PAS sendiri angkat tangan mengaku kalah dengan Izzah,serta membiarkan orang ramai yang membuat keputusan sendiri, maka tidak salah jika kita menyatakan bahawa Ulama PAS bersetuju dengan Nurul Izzah iaitu Umat Islam berhak menukar agama.Dalam kata lain,Ulama PAS juga melihat Islam dari mata kasar sepertimana Izzah, dan bukan memahaminya secara rohaniah 

Dan ini juga tidak mengejutkan kerana telah terbukti bahawa Ketua Dewan Ulama PAS sendiri meletakkan dirinya lebih rendah dari Nurul Izzah dalam soal agama.Justeru,wajarkah jika penyokong PAS terus menyokong parti itu atas alasan agama ??? Sedangkan Nurul Izzah seorang yang tidak pernah mendalami agama juga diletakkan lebih tinggi dari Dewan Ulama ???

RENUNG-RENUNGKAN

SUMBER: http://badutrakyat.blogspot.com/2012/11/bongkar-darjat-nurul-izzah-lebih-tinggi.html

Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday 14 November 2012

Akidah Dan Agama Sebagai Gadaian.


Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu Islam boleh memilih agama di bawah faktor kebebasan agama boleh menimbulkan suasana yang bukan sahaja sensitif tetapi boleh menimbulkan kemarahan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu bersifat mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk keselamatan, itu tidak akan kita benarkan.

"Jika dicampuradukkan politik dan pendekatan cakap tidak serupa bikin dengan agama dan isu kaum, ia memberi kesan yang boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rela Sabah Bersama Pemimpin di sini hari ini.

Hishammuddin berkata beliau ingin mengetahui jawapan Pas kepada hujah Nurul Izzah itu kerana dahulu Umno dikafirkan kerana berkawan dengan MCA dan Gerakan.

"Sekarang ini isu begitu sensitif, boleh diterima pula oleh Pas yang menunjukkan mereka tidak konsisten dalam pendirian mereka," katanya.

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:

Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 Nov. - Bernama

Dah Singgah Komen Sikit

Mayat DiJumpai Selepas Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai


ALOR SETAR: Kereta yang terjunam ke sungai di Pendang petang semalam ditemui kira-kira jam 9 pagi tadi dengan hanya seorang mangsa berada di dalamnya.

Kereta itu ditemui pasukan penyelamat kira-kira 30 meter daripada lokasi ia dilapor jatuh di Sungai Padang Kerbau, dekat sini.

Mangsa disahkan sebagai Mohamad Shawal Razali, 24, dari Taman Pauh Indah, Permatang Pauh.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.

Dah Singgah Komen Sikit

PKR Atau UMNO Lebih Mementingkan Kroni.



Kenyataan yang lebih tepat adalah Dato Mukhriz Mahathir dan Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein memegang jawatan dalam UMNO hanya selepas Tun Dr Mahathir dan Tun Hussein Onn tidak lagi memegang jawatan Presiden UMNO.


Dah Singgah Komen Sikit

Monday 12 November 2012

Khalid Samad Mempertahankan Nurul Izzah. Why take so serious?

Khalid Samad, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit kenyataannya dalam isu kebebasan beragama sebagai bertujuan untuk berdakwah kepada bukan Islam di negara ini. 

Bagaimanapun menurut Khalid, kenyataan Nurul Izzah itu dijadikan bahan fitnah dan sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu atas dasar kepentingan politik. 

"Dia mengasaskan hujahnya kepada ayat 'La Iqra Haffidin' - tidak ada paksaan dalam agama.
 
"Forum dianjurkan di sebuah gereja. Maknanya dia pergi, latar belakangnya, hendak berdakwah, berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam, nak berdakwah menyatakan kepada orang bukan Islam, jangan takut pada Islam kalau ada pemerintahan yang berasaskan Islam sekali pun, soal kebebasan beragama dijamin dalam Islam. Itu konteksnya. 

"..... hilangkan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam tapi akhirnya dia ditempelak dengan tuduhan hendak memurtadkan orang," jelas Khalid.

Nurul Izzah pada 3 November lalu dijemput sebagai seorang panelis dalam forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa?

Pada sesi forum itu, Nurul Izzah ditanya "apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?".

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kemudian menjawab "bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".

"Ia mesti diaplikasi secara saksama. Inilah asas," Nurul Izzah dipetik sebagai berkata.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/niat-nurul-izzah-berdakwah-kepada-bukan-islam-kata-khalid-samad-1.103258
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Anne Ngasri Lebih Baik Dari Abby Abadi

elakon Anne Ngasri akhirnya sah menjadi tunang kepada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Sumali Reduan dalam satu majlis pertunangan di rumah keluarganya di sini semalam.

 Menurut Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 24, Sumali berstatus duda berusia 40 tahun dan mempunyai seorang anak. Beliau berkata, mengikut perancangan, mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan.

 "Saya akan menjemput semua pihak termasuk rakan-rakan media," ujarnya ketika ditemui semasa majlis kesyukuran yang dianjurkan keluarganya di Taman Batu Permai di sini semalam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Saturday 10 November 2012

Nurul Izzah Beban Yang Tak Tertanggung Bagi PKR.

Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak dapat tidur lena beberapa hari kebelakangan ini sejak mengeluarkan kenyataannya yang menyokong LBGT dan mempromosi kebebasan agama meliputi umat Islam di negara ini.

Samada Nurul adalah seorang yang dijangkiti penyakit jahil kategori paling gaban iaitu jahil murakkab atau ia adalah satu kenyataan yang telah dirancang dengan teliti dan dikeluarkan pada saat yang sesuai.

Jika Nurul jahil murakkab amat malanglah bagi seorang anak muda yang berkelulusan universiti dan dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen untuk berkata sedemikian terhadap agama Islam yang dianutinya sendiri.

Jika ini benar, maka Nurul bukanlah seorang yang bijak sebenarnya walaupun mengaku mewakili suara orang muda kerana perbuatannya bukan membantu membimbing golongan belia dan remaja ke arah pemahaman Islam yang lebih seimbang tetapi membawa mereka ke arah pemikiran yang rosak dan menuju ke Neraka, nauzubillah!

Ini kerana dengan mensalah tafsir frasa 'kebebasan beragama' berhubung status agama-agama lain selain Islam di dalam Malaysia, Nurul telah gagal untuk memahami isi kandungan Perlembagaan Persekutuan sebagai penggubal undang-undang di peringkat federal.

Lagak Nurul seolah-olah beliau memahami Perlembagaan Negara malah berpura-pura mengenali Islam secara syumul telah memakan dirinya sendiri.

Sebenarnya Nurul telah mendedahkan kebodohannya sendiri mengenai Islam pada forum bertajuk "Negara Islam? Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya pada 3 November lalu.

Tidakkah Nurul tahu bahawa adanya artikel 153 di dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan 'aman dan damai'?

Ini bermakna Islam telah diiktiraf sebagai agama tertinggi pada peringkat federal dan tidak agama lain yang disamakan dengannya.

Pemahaman Nurul mengenai Islam samalah dengan peribahasa Melayu, 'bapa borek anak rintik' atau 'di mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi'.

Nurul adalah anak bapak dan produk daripada satu jalur pemikiran mengenai Islam yang sama dengan Anwar.

Jika Anwar percaya kepada fahaman pluralisme agama maka anaknya, Nurul juga membawa pemikiran yang sama.

Jika Anwar menyokong hak dan kebebasan golongan Lesbian, Biseksual, Peliwat dan Pondan (LBGT) maka tidaj hairannya darah dagingnya sendiri juga terpengaruh dengan pendirian yang sama.

Jika Anwar mengatakan undang-undang berhubung liwat dan seks luar tabii di negara ini sudah ketinggalan zaman atau 'archaic, Nurul juga pernah menyokong kenyataan ayahnya itu.

Jadi Nurul bukan sahaja membawa genetik atau baka Anwar di dalam dirinya tetapi juga menjadi cermin kepada setiap pendirian dan keyakinan ayahnya di dalam politik, ekonomi, pendidikan malah agama.

Sebab itu Anwar dengan spontan menyebelahi Nurul dengan mengatakan kenyataan anaknya itu telah dipolitikkan malah cuba mengalih perhatian dengan menimbulkan isu-isu lain yang tidak berkaitan.

Begitulah taktik Anwar apabila tersepit; semua orang dituduhnya terbabit dengan kesalahan yang sama.

Hakikatnya kenyataan Nurul telah membangkitkan gelombang kemarahan umat Islam di seluruh negara.

Bukan sahaja badan-badan bukan kerajaan mengutuk kenyataan Nurul itu, tetapi juga pemimpin-pemimpin politik, para mufti dan ulama membantah malah Sultan Selangor murka dan kesal terhadap pandangan yang sesat itu.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya kerana daripada satu ikon yang popular dengan jolokan 'Puteri Reformasi' dikalangan penyokong reformasi jalanan dan PKR satu ketika dulu, Nurul kini merundum menjadi liabiliti besar kepada parti yang diwakilinya sebagai naib presiden.

Apa pula kata ibunya, Wan Azizah Ismail yang menjadi presiden parti terhadap kenyataan jahil anaknya itu?

Apakah seperti Anwar, 'Kak Wan' akan turut menyokong dan berdiri teguh di belakang Nurul atas rasa kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak walaupun si anak telah jauh tersasar dalam pandangannya mengenai kesucian dan kedudukan agama Islam?

Walaupun PAS mahu mendengar penjelasan dari Nurul tetapi pimpinan tertinggi PKR sehingga kini masih membisu dan tidak berani mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Masakan PKR berani kerana mereka tahu kenyataan Nurul itu tidak boleh dipertahan mahupun dijustifikasikan.

Jika PKR menyokong Nurul maka seluruh struktur PKR akan dilabel sebagai sebuah parti yang menyokong pluralisme dan LBGT, sesuatu yang mereka tidak akan lakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

DAP pula memilih untuk berdiam diri kerana mahu menjaga hati umat Islam walaupun secara diam-diam parti cauvinis itulah paling lantang menentang Islam dan menyokong sepenuhnya penularan budaya LBGT di negara ini.

SUMBER: http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/11/nurul-izzah-bawa-beban-besar-dalam-pkr.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Friday 9 November 2012

Ikhwanul Muslimin Memberi Amaran Keras Kepada PAS



IB - Dek kerana keangkuhan Mat Sabu mencabar sensitiviti umat Islam terutama para pejuang yang menentang rejim Bashar Assad dengan melakukan kunjungan hormat berjumpa dengan menteri kanan pemerintahan kuku besi Damsyik (baca), Ikhwanul Muslimin telah memberi kata putus kepada PAS.

Dalam satu pertemuan khas baru-baru ini, wakil Ikwanul Muslimin Syria datang khas ke Tanah Air kita untuk bertemu dengan Presiden PAS, Haji Hadi Awang.

Kedatangan mereka adalah semata-mata untuk menegur serta memberi ultimatum kepada pimpinan PAS agar menjaga sensitiviti mereka, para pejuang di Syria dan seluruh umat Islam. Ultimatum ini diberi setelahtersebarnya rakaman video siaran TV Syria berhubung kunjungan hormat Mat Sabu tersebut.

Ultimatumnya bernada keras sekali. Jika PAS tidak sensitif dengan perjuangan Ikhwanul Muslimin Syria dan terus memberi sokongan moral kepada rejim Assad, maka pertemuan itu adalah yang terakhir dan hubungan Ikhwan dengan PAS akan diputuskan.

Lawatan Mat Sabu ke Syria sudah pasti bagi memberi sokongan kepada rejim Syiah Assad yang pro-Iran (baca: Pengawal Revolusi Iran Ditangkap/Culik Oleh Penentang Bashar Assad) yang juga sealiran dengan fahaman kufur Syiah Mat Sabu (baca: Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah).

Keberanian dan keangkuhan Mat Sabu adalah kerana kedudukannya yang sudah kukuh sebagai Timbalan Presiden PAS berserta dengan sokongan padu puak-puak Syiah di Malaysia yang sudah menyelinap penuh di dalam keahlian PAS serta memegang beberapa posisi penting dalam PAS (Bilang sahaja berapa orang Pesuruhjaya (PJ) Negeri yang sudah menganuti fahaman Syiah!!!).

Hinggakan MB Azizan sendiri (satu-satunya pimpinan PAS yang berani menyanggah Anwar) turut diberi amaran agar tidak  ganggu Syiah di Kedah jika mahukan sokongan mereka dalam PRU akan datang. Terduduk Azizan hingga sekarang kerana sayangkan kedudukan MB dari bertegas dalam isu akidah.

SUMBER: AIDC

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...