Alahai..apalah nasib diriku yang malang oh tuhan..mat amat bersimpati dengan kaki demo yang niatnya hanya ingin menikmati keindahan dataran merdeka. Niat mereka hanya untuk menikmati keindahan alam dan bersantai bersama kawan-kawan yang sudah pastinya jarang ketemu.
kaki demo yang tidak mahu balik kerana terlalu banyak memori tercipta di dataran merdeka menyebabkan mereka mengambil masa yang banyak untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan. tetapi malangnya niat murni mereka itu telah menyebabkan persekitaran menjadi kotor.maka pihak DBKL terpaksa menjalankan tugas membersihkan kawasan dataran merdeka.
oleh hal yang sedemikian, kaki demo ini berasa tidak berpuas hati dengan pihak DBKL dan mereka merayu serta menjamin kepada pihak DBKL yang mereka akan mengutip kembali sampah kepunyaan mereka.
Namum setelah beberapa jam, pihak DBKL kembali untuk melihat kawasan. mereka mendapati dataran masih lagi kotor dan lebih teruk dari itu pelbagai jenis "Sampah" mula memenuhi kawasan. Tindakan susulan terpaksa diambil oleh pihak DBKL untuk memastikan dataran sentiasa bersih daripada apa jenis sampah sekali pun.
kaki demo ini menentang keras tindakan DBKL membersihkan kawasan dataran merdeka yang menjadi port berkelah mereka.So nak atau tidak pihak DBKL kene laa berkeras dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Sampaikan seorang peserta demo, haziq abdullah menangis kerana "selimut tidur" nya diambil oleh pihak DBKL.
Selimut Tidur a.k.a banner |
Begitulah cerita sedih kaki demo yang sudah bermalam selama satu malam di dataran merdeka. lastly, mat ada dengar yang ada bantuan sampai kepada mereka nie..tapi berita penuh mat tak dapat lagi.. nantikan..
Terima kasih mat ucapkan kepada @suarabaru13 atas informasi yang berguna ini.
P/S : Dataran merdeka bukanlah satu tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat berkelah atau berkemah. tidak hairanlah mengapa mereka digelar mahasewel kerana mereka tidak dapat membezakan tempat yang sesuai untuk berkelah dengan yang tidak.