-->

Sebelah Sayap

Sunday, 22 April 2012

#TERKINI :: Dua Aktivis Mahasewel Di Tahan.

mat baca sinar harian dan mendapati terdapat satu berita kurang sodap..kehkehkeh..



Dua aktivis Occupy Dataran yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak 14 April lalu bersama pihak yang mengadakan kempen menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), ditahan polis awal pagi ini.

Menurut penganjur, mereka ditahan kira-kira lapan jam selepas selesainya Konsert Diraja yang diadakan di Dataran Merdeka malam tadi.Mesej-mesej yang ditulis menerusi Twitter menyebut dua aktivis terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi iaitu Fahmi Reza dan Omar Mohd Azmi.

Sehingga berita ini ditulis, mereka masih ditahan di IPD Dang Wangi dan beberapa aktivis Occupy Dataran juga berada di sana bagi memberi sokongan serta meminta dibebaskan. "Dua rakan kami telah ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi tanpa menjelaskan kesalahan yang mereka lakukan," kata Lew Pik Sboon, anggota Occupy Dataran pada sidang media jam 11.30 pagi ini. Beliau jga mengesahkan Fahmi dan Omar ditahan.

Menurut Pik Sboon lagi, mereka yang ditahan akan dibela oleh tiga orang peguam bela nanti. Occupy Dataran menuntut Dataran Merdeka dijadikan sebagai tempat awam untuk berkumpul dan berhimpun. Semalam, wakil aktivis Occupy Dataran, Misslina Mustafa berkata, pihaknya akan mendirikan semula khemah selepas berakhirnya Konsert Diraja.

Menurut Misslina, beliau bersama kumpulannya juga akan terus memberikan sokongan kepada mahasiswa menyatakan sokongan kepada tuntutan menghapuskan PTPTN. "Kami mendirikan khemah semula sebagai sokongan kepada mahasiswa yang memperjuangkan hak dan menjadikan Dataran Merdeka sebagai tempat untuk menyuarakan pendapat.

"Walaupun mahasiswa tidak mahu berkumpul selama dua hari bagi menghormati Konsert Diraja, namun Occupy Dataran setia berada di situ dan akan memasang khemah mereka selepas tamatnya acara itu," katanya. Dalam pada itu, pada jam 2 petang satu taklimat dan cadangan membebaskan Fahmi dan Omar dibincangkan oleh aktivis Occupy Dataran.

Kesimpulan yang diperolehi daripada taklimat tadi, seorang aktivis Occupy Dataran telah dihantar ke IPD Dang Wangi untuk mengetahui status Fahmi dan Omar serta menyegerakan pembebasan mereka.

 - Sinar Harian

P/S : sudah-sudah laa #occupydataran korang tue..bek gi kuliah atau pon korang nie dah kompem lulus sebab berkompromi dengan pensyarah?? ada ek tak datang kelas, tak buat kuiz boleh lulus?? urm...hehe..

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...