-->

Sebelah Sayap

Saturday, 7 April 2012

#PTPTN :: Mesti Baca!!


KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan penambahan dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM6 bilion bagi tahun 2012 dan 2013, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata permohonan daripada kementeriannya itu telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Kabinet semalam memandangkan penting dan relevannya tabung itu bagi membiayai pengajian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). “Sehingga 29 Feb lepas, seramai 1.9 juta peminjam telah menerima pembiayaan PTPTN berjumlah RM43.6 bilion,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Karnival Pengajian Tinggi Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Majlis penutupan karnival itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mohamed Khaled berkata bagi sesi akademik 2012/2013, bilangan tempat yang akan ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijangka meningkat sebanyak 8.8 peratus berbanding sesi akademik lepas iaitu dari 185,966 tempat kepada 202,339 tempat.

“Peningkatan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam merealisasikan hasrat mengarusperdanakan pengajian TEVT terutamanya bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam negara,” katanya.

Mengenai karnival yang bermula sejak Januari lepas, Mohamed Khaled berkata ia telah berjaya menarik seramai lebih 460,000 pengunjung sepanjang penjelajahan ke 11 zon di seluruh negara bemula di Pahang dan berakhir di sini. -BERNAMA


Kelik SINI untuk cerita lanjut.

P/S: Mat rasa isu PTPTN nie adalah satu manifesto yang tidak masuk akal, 1.9 juta peminjam menerima pinjaman pembiayaan PTPTN sebanyak RM43.Billion. Tidak Mudah Untuk menggunakan wang yang sebanyak ini sebagai biasiswa kepada mahasiswa.


Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...