-->

Sebelah Sayap

Sunday 30 December 2012

Kanak-Kanak Maut Ditetak



Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mati dibunuh oleh seorang ibu saudaranya dalam kejadian di rumah datuknya di Kampung Kejai, Tawar dekat sini semalam.

Ibu saudara mangsa yang menghadapi masalah mental sejak 20 tahun lalu dipercayai sudah menerima rawatan sebanyak lapan kali.

Mangsa, Muhammad Muaz Mohd. Izwani mati ketika dikejarkan ke Hospital Kulim.

Anak sulung daripada dua beradik yang tinggal di Arau, Perlis dan berkunjung ke rumah datuknya sejak petang kelmarin ditetak dengan sebilah parang di kepala, tangan dan leher oleh wanita berusia 36 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 12.10 tengah hari.

Katanya, suspek yang juga ibu saudara mangsa kemudian ditahan polis dan dikenakan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

"Suspek sebelum ini memang mempunyai rekod dan pernah beberapa kali dirawat termasuk di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan," katanya.

Jelasnya, ibu mangsa, Faizah Idris, 30, yang cuba membantu untuk menyelamatkan anaknya turut cedera di belakang kepala serta tangan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2GTcOwJzX
Hakcipta terpelihara

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday 27 December 2012

Nik Aziz Baik Orangnya. Cuma...


Tadi aku buat entry pasal zuhudnya nik aziz. Aku akui aku tidak pernah bersama dengannya. Saja aku buat entry sebegitu untuk melihat bagaimana pengikutnya memberi respon kepada entry aku.

Ternyata rata-rata tidak senang dengan apa yang aku cakapkan. Sebenarnya aku ingin menunjukkan contoh kepada korang yang dengan gambar atau apa-apa bahan tidak boleh kita jadikan bukti jika kita tidak tahu tentang apa yang berlaku. Jangan hanya dengan gamba ataupun beberapa salinan surat korang dah yakin benda tuh betol.

Bila perkara tuh jadi dekat orang yang korang sayang dan sanjung seperti tok guru korang akan marah dan tak percaya. Tapi kalau perkara tuh jadi dekat orang yang korang tak sanjung dan sayang, korang akan percaya pada gambar yang disiarkan. Betol tak?

Itu bias. Sepatutnya penilaian korang kenelah adil. Korang memperjuangkan hak tapi bila hak korang je korang perjuangkan. Hak orang lain tetap ditindas. Kalau korang nak jadi adil, maka jadi adil pada kedua-dua belah pihak. Bukan yang berpihak pada korang je.

Ramai yang cuba menafikan yang mereka sebenarnya bias dalam membuat keputusan. Tak kira laa dari pembangkang ataupun kerajaan. Tidak akan ada perkataan adil kalau masih ada sekelumit perasaan untuk berat sebelah ataupun memberi peluang. Manakah ADIL yang diperjuangkan?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Zuhudnya Nik Aziz.




Gambar yang zuhud laa konon di tunjukkan. Dia duk mewah pastu promote dekat rakyat dia laa pemimpin paling zuhud. Makan nasi dalam pinggan pon jilat. Makan dekat gerai semua. Tapi realitinya dia macam tuh ke? Perlu ke ambil gambar masa sembahyang semua bagai, nak tunjuk baik?? Zuhud laa sangat.




Dah Singgah Komen Sikit

Thursday 20 December 2012

Gambar Percutian Neelofa

Gambar Neelofa dengan keluarga dekat Dubai. Comel je.








Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday 18 December 2012

Siapa Nak Jawab Pasal Ladang Wakil Rakyat ni..??




Fantasia bulan madu. Ladang rakyat ataupun ladang wakil rakyat? hok dapat tanoh sek-sek pok nik. kikiki.. Apa nak jadi ni. Dalam duk cakap negara kebajikan, ada jugak yang terlepas ek. Apa yang nak jadi ni. Kebajikan korang ke kebajikan rakyat? 

Kira FELDA berkali lebih baik laa, paling tidak pon diorang dapat jugak duit. Dapat jugak laa tanah. Yang orang kelantan ni dapat ape.?? Dapat hancing sebab kene kencing dengan puak yang dari dulu istiqamah dalam menipu rakyat.

Dah Singgah Komen Sikit

PAS Tak Mampu Tahan Nafsu Besar DAP


DAP berkata mereka pasti akan menambah tiga kerusi Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sekadar menggambarkan keangkuhan sebenar parti itu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tindakan itu juga membuktikan ketidaksepakatan antara parti dalam pakatan pembangkang.

Rasa diri terlalu kuat

“Saya percaya, permintaan yang dibuat ini disebabkan parti itu merasakan diri mereka sudah terlalu kuat berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang.

“Sebab itulah mereka membuat pelbagai tuntutan termasuk meminta kerusi tambahan, sekali gus membolehkan DAP bertanding di banyak kawasan pada PRU-13 kelak,” katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas menghadiri Program Gerak Mesra Perdana Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) 2012 di Taman Desa Rakyat Perdana di sini, semalam.
Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi percaya tindakan DAP itu juga akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan parti lain dalam pakatan.

“Saya percaya DAP membuat tuntutan itu kerana merasakan mereka kini parti yang mendominasi pakatan pembangkang. Itulah sebabnya mereka rasa perlu mendapatkan kerusi tambahan.

“Akibat tuntutan itu, saya tidak menolak kemungkinan isu terbabit juga akan menjadi asas perbalahan di kalangan parti dalam pakatan pembangkang,” katanya.


Dah Singgah Komen Sikit

Bukti Anak Muda Sokong Pakatan Rakyat.

Tak dapek laa nak anak muda kumpul macam ni untuk Pakatan Haram

kalau macam ni boleh. kikiki
Mungkin kerana percayakan slogan-slogan Pemimpin haprak mereka yang melalak ke hulu dan ke hilir mendendangkan lagu ORANG MUDA PILIH PAKATAN RAKYAT maka anak-anak ikan dalam PKR menganjurkan Pidato Anak Muda & Pelancaran Jelajah Buku di Pentas Utama Selangor Agriculture Fest (SAF) 2012, tempat letak kereta Stadium Malawati Shah Alam.

(SUMBER).

Alahai. Kenapa ramai sangat orang yang datang ni. Jeles pulak aku. Program UMNO tak ramai pulak macam ni. Anak muda sekarang ni terlalu asyek laa dengan pembangkang. Apa pembangkang buat semua diorang support. Program Pidato ni pon diorang datang. Apa yang spesial sangat tentang pakatan yang membuatkan anak muda minat pada program ni. KIkikiki..!!

ANAK MUDA BENCI PAKATAN RAKYAT!!!


Dah Singgah Komen Sikit

Sunday 16 December 2012

Tun M Bukan Pengkhianat Bangsa. Bangsat Ni Yang Pengkhianat.

Dr Ariffin Omar seorang pensyarah di Universiti Pertahanan Malaysia merupakan satu daripada tujuh orang melayu yang lupa pengorbanan orang melayu. Dia merupakan calon melayu yang mendapat undian tertinggi dengan jumlah undian 387.

Aku nak quote ayat dia masa nak masuk DAP " Pemilihan parti ini bagi saya ialah kerana ia tidak mementingkan kaum sebaliknya berorientasikan kaum dan mewakili semua kaum". Aku nak cakap sikit je, kalau betol parti bangsat tuh tidak mementingkan kaum, dah pasti kau dapat tempat sebagai orang penting dalam DAP.

Dalam CEC DAP yang baru je lepas ni, jumlah undian kepada 7 orang melayu yang lupa asal usul ni tak sampai 900 undian ataupun jumlah yang lebih tepat 850. Ada yang dapat jumlah undi tak sampai 30 pon. Ni yang korang cakap DAP tak racist..?? Pergi meninggal..!!

Kenapa masih ada orang yang sanggup menjadi barua kepada CINA DAP yang ternyata terlalu racist. Perlulah sangat untuk membetolkan sesuatu keadaan pada mata diorang salah dengan berada dengan musuh?? Aku bagi contoh mudah, kalau kereta air cond kereta yang rosak, kenapa perlu tukar enjinnya? Samalah dengan apa yang berlaku sekarang ni.

Melayu hanya dipergunakan DAP untuk mencapai kemenangan. Lihat sahaja PAP, bagaimana diorang menggunakan orang melayu untuk mengecap segalanya. Akhirnya Melayu di Singapura Mati. Matinya melayu disana maka matilah apa yang diperjuangkan selama ni. Lihatlah agama Islam dekat sana, ada je sekatan.

Dr Ariffin Omar selaku orang yang bijak pandai seharusnya lebih bijak dalam menilai. Dia bukan tak tahu menilai mana yang lagi tinggi.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Friday 14 December 2012

Video : Imej Tun M Cuba Dijatuhkan.





Korang tengok video ni. Adakah Tun M yang berlagak pandai atau pengacara ni yang telah dibayar untuk bertanyakan soalan yang boleh manjatuhkan Tun M. Saksikan.

Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday 12 December 2012

Duduk Bantah Dan Hina ISLAM- PAS Hanya Mampu Menyokong!!


Pakai tudung tapi macam macai. ISLAM ajar keamanan lahh...!!

Ini adalah satu penghinaan terang-terangan kepada orang MELAYU ISLAM

Kesian aku tengok diorang ni. Tak dapat nak jadi warga negara. Macam mana nak jadi warga negara kalau duk buat kecoh. Yang sekarang ni pon dah jadi satu kesalahan sebab lepaskan cina DAP jadi rakyat Malaysia. Kah Kah Kah.

Apa yang jadi masalah dekat diorang ni pon aku tak faham. Nak bantah tuh bantah laa cara elok. Tak payah laa nak hina. Korang dah hina agama Islam dengan meletakkan "Anak Lelaki Kepada" ni untuk DS Najib yang sudah pasti seorang ISLAM yang sepatutnya diletakkan dengan "BIN".

Yang buat aku panasnya, orang ISLAM dalam tuh buat bodoh..!! Di bawah Parti Islam SeMalaysia namun masih boleh memberi ruang kepada non-muslim menghina ISLAM. PASrah je laa aku dengan diorang ni. Membenarkan ISLAM dihina walaupun bawak nama ISLAM. Dasar macai. Haha..

Korang tengoklah sendiri acuan dari pembangkang ni. Selalu tidak akan berpuas hati dan mencari solusi dengan cara yang tak pakai otak. Benda boleh setel dengan baik, dia gi buang masa duduk bantah laa. Gi terbalikkan kete laa. Buekk malu negara manusia yang bahangang macam ni.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Dah Singgah Komen Sikit

Subsidi Kerajaan Perlu Dikurangkan


Rakyat negara ini perlu mengurangkan kebergantungan kepada subsidi pemberian kerajaan kerana wang berkenaan boleh dibelanjakan untuk bidang-bidang lain yang boleh menguntungkan mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemberian subsidi walaupun pada dasarnya bagaikan menguntungkan mereka tetapi pada masa sama ia mengurangkan perbelanjaan untuk keperluan yang lain.

"Masih wujud banyak ruang untuk pembangunan dalam negara ini seperti infrastruktur, kemudahan dan macam-macam lagi.

"Kita boleh guna wang itu untuk tujuan berkenaan tetapi kalau ia (subsidi) banyak diberikan kepada rakyat maka kita terpaksa mengorbankan keperluan rakyat yang lain," katanya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2En58kFyH
Hakcipta terpelihara

Dah Singgah Komen Sikit

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia



Daripada Allah dia datang, dan kepada Allah jugalah dia kembali. Al-Fatihah.

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama


Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday 11 December 2012

Anak Ustaz Azhar Idrus Boleh Jadi PM.





"Anok aku buleh jadi pedana menteri". -Tulah yang Ustaz Azhar cakap. Aku bukan nak kutuk dia. Ilmu dia ni lagi banyak dari aku. Tapi bila agama dan politik telah dicampur adukkan. Ni laa hasilnya. Orang dah tak nampak lagi mana satu politik mana satu agama.

Dia tak nampak apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia. Memang aku tak nafikan yang dia asyik tunjuk macam ni je.. --->


Kalau DS Najib buat macam tuh. Jangan lupa yang sebenarnya ANUwar pon buat jugak 1 Malaysia tuh.


ANUwar pon sokong 1 Malaysia dalam diam sebab dia nampak 1 Malaysia ni boleh pergi jauh memacu Malaysia ke hadapan. Ok. Kite balik pada cerita asal. Aku rasa Ustaz Azhar Idrus ni kene banyak membaca. GTP, ETP, PR1MA dan bermacam-macam lagi yang DS Najib buat untuk memastikan rakyat negara kita ni aman dan sejahtera. Rakyat mampu hidup selesa tanpa perlu memikirkan banyak perkara yang tidak sepatutnya menjadi beban kepada mereka.

Aku nak qoute balik ayat Ustaz Azhar masa ceramah dia," Jangan sebab satu buruk dia, kita lupa semua baik dia. Jangan sebab satu baik dia, kita lupa semua buruk dia." So nampaknya Ustaz Azhar ni tak amalkan apa yang dia cakap. 

Mudahnya untuk mempercayai apa orang cakap tanpa kita buat usul periksa. Kalau orang tuduh kita mencuri, tapi kita tak mencuri. Macam mana kita nak bagi orang percaya yang kita sebenarnya tak mencuri. Tapi orang dah bagi barang bukti yang menunjukkan kita mencuri. Macam mana kita nak terangkan dekat diorang ni?

Kalau kita cakap memang susahlah orang nak percaya. Sebab orang dah bermain dengan persepsi bahawa kita memang mencuri. Apa yang seharusnya kita buat untuk membuktikan kita tidak mencuri.? Sama macam kes DS Najib atau Tun Mahathir. Orang boleh buat surat palsu. Memalsukan Letter head untuk surat rasmi kerajaan untuk menjatuhkan mereka. Tapi macam mana diorang nak nyatakan diorang tak buat?

Nak bersumpah laknat pula nanti korang akan cakap sumpah ni dah jadi macam mainan. Macam senang-senang je terlepas dari hukuman dan tuduhan tuh.  Jadi macam mana.? Kalaulah antara pembaca artikel ni dapat memberikan alasan yang logik. 



Dah Singgah Komen Sikit

Monday 10 December 2012

Tahniah @MahasiswaMsia Atas Penganugerahan Hak Ashashin Manushia


SUARAM. Macam mana laa organisasi haram ni boleh iktiraf kaki amuk, kaki demo, kaki maki dan muka minta kaki ni Anugerah Hak Asasi Manusia. Hilang akal ke hape. Haziq ni bagi pihak SMM je sebenarnya. Dia ni budak baik, dia tak tahu apa-apa pon pasal anugerah ni.


SMM yang bertindak sebagai komunis mahasiswa masa ni menggantikan gerakan yang hampir sama dipacu oleh ANUwar Ibrahim dulu. Aku pelik macam mana SUARAM ni boleh bagi anugerah hak asasi manusia dekat SMM.

Aku rasa lebih baik dia bagi dekat GAMIS. SMM macam takda apa-apa pon dia buat. Buat demo je laa. Dengan ambil pelakon dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sebagai hero dan juga pencacai-pencacai masa demo depan UPSI.

Aku ragu-ragu laa dengan SUARAM ni. Asal lain macam je. Orang yang terima anugerah SUARAM ni semua ada kaitan dengan DEMO. Dari paling kiri (baju hijau) sampai laa paling kanan. Semua orang tuh terlibat dengan aktif dalam demo haram.

Oh ye.. Sebelum aku tutup citer aku kali ni.. ada "malaikat" yang duk kata pasal hudud. HeHe. Aku nak cakap satu je.. Hang pon tak tutup aurat.. Tuh arahan DIRECT Allah kepada hambanya.. Tuh pon kau langgar.. Ada hati nak suh buat hudud..?? Betolkan diri dulu.. 



Dah Singgah Komen Sikit

Bukti Bumi Tak Dapat Terima.

Tanah runtuh betol-betol dekat bendera PAS. Nampak tak bumi pon tak dapat terima bendera PAS. Tunggu masa ja PAS nak ditelan bumi macam kaum Nabi Luth dulu.

Sudah tiba masanya untuk PAS dihapuskan dan buatlah satu parti Islamik yang baru. Yang betol-betol berjuang untuk Islam. HeHe.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Melayu Yang Tak Bersyukur


Ni laa orang yang dikatakan tak kenang budi. Aku rasa dia tak mampu untuk sampai ke menara gading yang memang khas untuk orang melayu. Kau rasa kau layak ke.? Kalau diberikan UITM kepada non-bumi. Aku rasa kau dah jadi sampah masyarakat kalau takda UITM dan kerajaan sekarang. 





Dah Singgah Komen Sikit

Sunday 9 December 2012

Melayu Mampu Hidup Tanpa UMNO.


aku dah give up dengan perjuangan melayu sekarang ni. Aku rasa aku kene berjuang untuk hak sama-rata. Apa pentingnya aku memperjuangkan bangsa dan negara. Pepatah yang Hang Tuah cakap tuh tidak perlu untuk kita. Apa pentingnya melayu kepada Malaysia. Kenapa Melayu perlu untuk bertahan sebagai tampok pemerintahan negara.

Apa yang rakyat mahukan sekarang adalah hak sama-rata. Apa perlu untuk mempertahankan melayu? Melayu sekarang mampu hidup tanpa tampok pemerintahan orang bukan melayu la. Dekat Pulau Pinang, orang melayu mampu hidup senang. Tengok dekat Singapura, lepas cina memegang tampok pemerintahan singapura. Ramai yang hidup selesa dekat sana. Takde pulak orang melayu yang mati dekat sana.

Semakin banyak pembangunan yang kita akan dapat kalau kita bagi pemerintahan dekat orang bukan melayu. Diorang memang telah diiktiraf sebagai otai dalam ekonomi. Tak payah tengok jauh, tengok je dekat tempat korang. Siapa paling banyak memonopoli ekonomi.? Mereka bijak dalam ekonomi.

Orang Islam dapat jugak belajar agama dekat negeri pakatan. Siapa kata Islam tak tersebar dalam negara pembangkang.

Aku rasa perjuangan untuk memastikan hak orang melayu dijaga adalah karut semata-mata. Kalau UMNO BN takde. Orang melayu tak boleh terus hidup ke? Boleh je. Sekarang pon orang melayu dah hidup senang.  Mampu beli handphone mahal-mahal. Mampu makan dekat restoren yang mewah-mewah. Mampu untuk terus hidup dekat dalam negara ni tanpa sebarang kekacauan.

Sudah tiba masanya untuk ORANG MELAYU TUKAR UMNO KEPADA PAKATAN RAKYAT. Kita bagi peluang kepada orang bukan melayu dan bukan Islam untuk memerintah negara kita. Aku yakin orang melayu tidak akan ditindas lagi dan syiar Islam mampu berkembang dibawah payung Pakatan Rakyat.



Dah Singgah Komen Sikit

Saturday 8 December 2012

Kutuk Azhar Idrus Dosa. Kutuk Ketua Agama Tak Dosa.

Cai PR ni memang telah dilahirkan bangang. Ustaz Azhar Idrus cakap semua betol dan apa yang orang lain yang berlainan ideologi mesti salah.

Gi mam laa dengan korang punya Ustaz tuh. Tapi sekarang ni korang dah kacau aku punya ketua agama. Korang rasa korang punya ilmu agama tuh tinggi sangat..?? Sampai korang boleh lebel orang lain tak tahu agama. Korang sapa nak lebel orang macam tuh?

Aku bagi contoh simple laa. Kalau orang kate bapak korang tak tahu agama dan mendidik anak. Korang marah tak? Korang mesti mempertikaikan orang yang cakap tuh. Mana diorang tahu apa yang dilakukan oleh bapak korang untuk ilmu agama dan mendidik korang sebagai anak.

Lagi satu yang buat aku tak puas hati, korang adalah bangsa melayu. Sultan dan Raja adalah lambang bangsa melayu. Tergamak korang untuk mengutuk bangsa korang sendiri. Apa jasa korang dah buat?

Aku tak nampak pon satu perkara yang cai-cai PR buat untuk negara. Aku nampak diorang khianati amanah yang diberikan untuk memastikan kuasa dajjal berada di atas. Mungkin aku kena ingatkan dekat korang yang satu-satunya Parti yang ditubuhkan untuk merealisasikan hasrat seorang bekas pejuang mahasiswa suatu ketika dulu yang ingin menjadi perdana menteri adalah PKR.

Kalau Anwar tak masuk lokap dan jadi perdana menteri mungkin PKR tidak akan wujud. Selepas Anwar menjadi PM mungkin parti bangsat tu akan ke laut dan menjadi tukun di dasar lautan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Friday 7 December 2012

Bukan Khaled Gagap Saje Yang Menipu

Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata masalah utama rakyat Selangor adalah terpaksa berhadapan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sering berdolak dalih untuk menyelamatkan diri.
Katanya, tindakan kerajaan negeri yang seolah-olah menipu rakyat dengan menawarkan jaminan kebajikan dalam manifesto pilihan raya umum tanpa mengambilkira kemampuan untuk melaksana akan mengakibatkan rakyat berubah arah.
 
"Dulu semasa berjanji tidak bagi tahu bahawa ada syarat-syarat kepada janji itu tetapi sekarang setelah berkuasa ada pula syarat-syaratnya.
 
"Tidak betul jika tindakan memberikan manifesto hanya sekadar untuk berjanji untuk buat tetapi kita tidak buat," katanya ketika dihubungi.
 
Khalid pada Rabu memberitahu bahawa bukan semua rakyat di Selangor layak untuk mendapat manfaat daripada manifesto yang diisytiharkan pakatan pembangkang sebelum berjaya menjadi kerajaan negeri.
 
Beliau berkata kerajaan negeri hanya bertanggungjawab menjaga kepentingan golongan yang kurang berkemampuan.
 
Sehubungan dengan itu Agus menggesa agar kerajaan Pakatan Rakyat menilai terlebih dahulu kemampuan kewangan negeri sebelum berjanji kepada pengundi di Selangor terutamanya.
 
"Lain kali dalam pilihan raya yang akan datang kalau tidak dapat buat sesuatu yang baru kepada rakyat jangan berjanji.
 
"Begitu juga dengan isu PTPTN, penurunan harga kereta, jadi mereka perlu fikir baik-baik sebelum berjanji," beliau menjelas.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday 6 December 2012

Kelantan Masih Ada GRO. Mana PAS?


Masih berdegil. Biarpun berkali-kali pusat karaoke yang berselindung di sebalik urus niaga restoran di Gua Musang diserbu Jabatan Imigresen negeri, namun pemiliknya tetap meneruskan operasi sama. Semalam, buat kali ketiganya, premis mempunyai dua bilik kecil terletak di Tanah Puteh, Gua Musang, diserbu lagi oleh Jabatan Imigresen Negeri dan lapan pelayan pelanggan (GRO) yang asyik melayan pengunjung diberkas.

Pengarah Imigresen Negeri, Mahasan Mustapa berkata, dalam serbuan yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah, Zulfakri Muhammad bersama 14 anggota kira-kira jam 10.30 malam itu pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 60 pelanggan yang berada berhibur di restoran itu. Beliau berkata, bagaimanapun, hasil serbuan hanya lapan GRO warga Thailand berusia 22 hingga 44 tahun di dalam premis tersebut ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial mengikut Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Ketika serbuan ada yang memberi alasan mereka adalah pasangan kekasih dan sanggup mengaku sebagai suami isteri, tetapi hasil pemeriksaan didapati tidak mempunyai ikatan hubungan terbabit. “Kesemua yang diperiksa mempunyai pas lawatan sah, namun ia disalahgunakan untuk menjalankan aktiviti tersebut,” katanya ketika ditemui media di Pejabat Penguat kuasa Imigresen di Telipot, semalam. Mahasan berkata, hasi siasatan kelapan-lapan wanita terbabit melayan pelanggan restoran yang terdiri daripada pekerja-pekerja ladang di kawasan sekitar dengan memperoleh bayaran lumayan.

“Mereka ini bukanlah pekerja di restoran tersebut tetapi berada di sana untuk melayan pengunjung dan pendapatannya adalah bergantung pada bayaran tip-tip daripada orang yang ditemaninya,” katanya. Menurutnya, kegiatan terbabit dipercayai bergerak secara individu dan kawasan tersebut dikawal dengan tidak membenarkan orang Melayu memasuki kawasan terbabit dengan sewenang-wenangnya. Dalam pada itu, Mahasan berkata, bermula April hingga Disember seramai 51 ditahan yang paling muda adalah berusia 19 tahun terdiri daripada warga Thailand dan China dalam beberapa serbuan.

Sehubungan itu, Mahasan menegaskan, pihaknya sentiasa membuat pemantauan di beberapa lokasi yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan seumpamanya iaitu tiga di Gua Musang dan lebih lima premis di Tumpat. “Selain risikan daripada anggota, kita juga berterima kasih kepada pemimpin setempat dan sumber penyampai maklumat dalam, usaha untuk bersama-sama membendung aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.

SUMBER|: UtaraNews


Dah Singgah Komen Sikit

Najib Buat Malaysia Sebagai Negara Kuat Rasuah


Pencapaian Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) 2012 bertambah baik dengan kedudukan di tangga 54 daripada 176 negara berbanding ke-60 daripada 183 negara, tahun lalu.

Pencapaian terbaru dikeluarkan Transparency International (TI) menunjukkan skor CPI Malaysia pada 49 mata daripada skala 0 hingga 100 berbanding 43 mata pada 2011.

Kejayaan Presiden TI Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low, berkata kejayaan itu menyaksikan kedudukan negara sebaris dengan Republik Czech, Latvia dan Turki yang turut meraih 49 mata.

Beliau berkata, Malaysia juga mengekalkan kedudukan di tangga ketiga dalam kalangan negara ASEAN selepas Singapura yang memungut 87 mata dan Brunei (55 mata).

Katanya, kedudukan itu menunjukkan Malaysia mengatasi Thailand yang berada di tangga ke-88, Filipina (105) dan Indonesia (118).

“Ia adalah peningkatan yang baik, kami percaya ia mungkin kerana ETP (Pelan Transformasi Ekonomi), GTP (Program Transformasi Kerajaan), dan NKRA (Bidang Utama Keberhasilan Negara).

“Usaha yang dijalankan PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan), SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuahkan hasil... memang ada beberapa isu, tetapi ia berhasil.

"Penghargaan wajar diberikan kepada kerajaan yang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membanteras kegiatan rasuah. Kami berharap akan terus ada perkembangan pada tahun-tahun akan datang.

“Kedudukan ini boleh diperbaiki lagi pada masa hadapan dengan kerjasama semua pihak termasuk usaha mengikis persepsi rasuah di kalangan penjawat awam,” katanya pada sidang media mengumumkan CPI Malaysia sempena pelancaran CPI seluruh dunia.

Turut hadir, Timbalan Presiden TI-M, Prof Datuk Mohamad Ali Hasan dan Pengarah NKRA & NKEA Jabatan Perdana Menteri, D Ravindran.

Low yang memuji langkah Malaysia menjadikan CPI sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk menangani rasuah di negara ini berkata penilaian bagi mengukur tahap penerimaan rasuah sektor awam tahun ini menggunakan metodologi baru bagi membolehkan perbandingan lebih tepat.

Kajian itu, katanya dilakukan badan bebas merangkumi pelbagai latar belakang termasuk ahli ekonomi, peniaga dan perundangan dari seluruh dunia.

“Jumlah mata diberikan sebelum ini adalah antara satu hingga 10, kali ini julat baru diberikan antara kosong hingga 100 (kosong – rasuah paling banyak dan 100 – bebas rasuah).

“Sebanyak dua pertiga daripada 176 negara memperoleh mata CPI bawah 50. Negara yang tergolong dalam kumpulan 10 terbaik iaitu hampir bebas rasuah adalah Denmark, Finland dan New Zealand yang meraih 90 mata; Sweden (88 mata); Singapura (87 mata); Switzerland (86 mata); Australia dan Norway (85 mata) dan Kanada serta Belanda (84 mata),” katanya.

Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday 5 December 2012

Video Puak Samseng Jalanan.


Takbir!! Takbir!! Tapi duk lawan sesama orang Islam jugak. Bergaduh sesama bangsa jugak. Jangan disebabkan sedikit kesalahan kita lupakan kebaikkan yang dilakukan dan jangan disebabkan satu kebaikkan kita lupakan semua kesalahan yang dilakukan.


Malam tadi dekat Batu 8 Gombak samseng Pakatan Rakyat duk balun Pemuda UMNO yang dikepalai oleh Ketua Samseng ANUwar. Kalau korang adalah peminat tegar Popeye, korang mesti penah tengok adegan Olive campak barang-barang dapur dekat Popeye. Tulah yang jadi semalam apabila samseng PR ni datang dekat tempat orang dan buat huru-hara. Hadoii..!!

Mungkin contoh yang lebih tepat adalah seperti Israel Menyerang Palestine. Menyerang kawasan orang dengan sesuka hati. Lepas tuh duk kata Palestine negara pengganas. HEHE.

Korang tengok laa macam mana puak tajaan Yahudi ni menyerang PEMUDA UMNO. Sampai bermandi darah. Tapi bagi aku takpa, biar darah yang mengalir itu menjadi saksi di akhirat nanti. Menjadi bukti yang PEMUDA UMNO mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.

Korang tengoklah video ni dan sedarlah.. INI BUKAN BUDAYA ORANG KITA..!!



Dah Singgah Komen Sikit

DAP Pulau Pinang Menindas Rakyat


Parti Gerakan Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri itu mengkaji semula pelaksanaan garis panduan kepadatan penduduk yang baharu bagi menangani pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintas.

Ketua Biro Kerajaan Tempatan parti itu, Teh Leong Meng berkata di bawah garis panduan yang berkuat kuasa 28 Jun 2010 itu, kepadatan bangunan bertingkat dinaikkan daripada 30 unit kepada 87 bagi setiap 0.4 hektar.

Sejak tempoh itu sebanyak 14 projek diluluskan iaitu di Jalan C.Y. Choy, Jalan Macalister, Jalan Seang Teik, Lorong Perak, Sungai Ara, Bukit Gambier (dua projek), Lembah Permai, Jalan Jelutong (dua projek), Jalan Paya Terubong, Jalan Perak, Jalan Tanjung Tokong dan Jalan Pantai Jerejak.

Pelaksanaan projek terbabit akan menyumbang kepada kesesakan trafik pada masa depan selain turut menjejaskan kualiti kehidupan rakyat, katanya kepada media, di sini Selasa.

"Dalam garis panduan baharu itu pemaju diminta mengemukakan laporan penilaian impak trafik tetapi ia sebenarnya langsung tidak berguna kerana pertambahan jumlah kenderaan tetap berlaku sejajar kepadatan penduduk," katanya. - BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday 4 December 2012

Tun M Mahu DS Najib DiGulingkan.


Aku baru lepas tengok theater Tun Siti Hasmah semalam, menangis aku melihat pengorbanan Sri Kandi Malaya ni. Tapi belom sempat sedih tu hilang, aku ada terbaca artikel dari Dr MiM yang mendakwa Tun M mengarahkan DS Najib digulingkan. 

Korang tak tak sapa yang buat cerita nie..?? Tak lain tak bukan adalah orang yang sudah lama kempunan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sejak zaman Tun M jadi Perdana Menteri lagi. Siapa lagi kalau bukan si bangsat yang bernama Anwar Ibrahim.


Ketua pembangkang itu mendakwa bahawa Tun M telah mengarahkan pemimpin-pemimpin UMNO negeri supaya menangguhkan rancangan mereka untuk membunuh karrier politik dan menggulingkan Najib. Ianya ditangguhkan sehingga selepas Pilihanraya Umum 13 berlangsung.

Memang sudah menjadi bahan makanan anwar di medan ceramah untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO. Busuk dan tengik perangai si bapa Nurul Izzah ni. 

Selanjutnya korang baca dekat SINI.



Dah Singgah Komen Sikit

Tegakkan Islam Jangan Bergantung Pada PAS


Umat Islam di negara ini perlu mencari alternatif dan kaedah baru untuk memastikan agama Islam terus dimartabat, berbanding bergantung kepada PAS serta pakatan pembangkang, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau berkata tindakan DAP yang seringkali membangkang apa jua usaha PAS memartabatkan Islam, serta sikap keakuran kepimpinan PAS, yang dikatakan memperjuang agama, terhadap bangkangan itu jelas mengecewakan rakyat.

Terbaru, Pengerusi DAP Karpal Singh turut campur tangan dalam isu berkaitan dengan penggunting/pendandan rambut wanita tidak dibenarkan memotong/mendandan rambut lelaki termasuk yang bukan Islam yang menyebabkan Jawatankuasa PAS Pusat secara tergesa-gesa meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengkaji semula tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh mereka.

"Apa yang hendak ditimbulkan di sini bukan soal penguatkuasaan peraturan seperti yang terdapat dalam enakmen yang telah berkuatkuasa sejak sekian lamanya. Tetapi lebih kepada soal tentangan dan halangan terhadap peraturan itu yang datangnya daripada DAP rakan politik PAS dalam pakatan pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Hasan berkata tindakan Karpal Singh menggambarkan bahawa DAP tidak sesekali bersedia menerima apa sahaja peraturan yang mempunyai roh Islam, sehinggakan hal-hal yang diterima baik oleh rakyat daripada sudut akhlak turut disanggah. - BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Monday 3 December 2012

Rumah Ketua Pemuda UMNO DiPecah Masuk

Polis sudah mendapat beberapa petunjuk berhubung kejadian rumah Ketua Pemuda UMNO bahagian Permatang Pauh di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini, dipecah masuk semalam sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM100,000.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, polis menemui petunjuk berdasarkan barangan seperti sepasang selipar dan kesan tapak kaki yang ditinggalkan suspek.

Hadoiii.. Sapa pulak yang buat keja macam ni.. Kalau DAP tak bantu rakyat dekat sana, Minta laa dekat UMNO. Jangan mencuri. Hahaha
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Tun Mahathir Sentiasa Memantau DS @NajibRazak


Datuk Seri Najib Razak mengakui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN), mengatakan bahawa perdana menteri keempat itu masih “memantaunya”.

Sementara melancarkan perhimpunan agung tahunan (AGM) Parti Progresif Rakyat (PPP) hari ini, Najib mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir kerana wawasannya menuju Wawasan 2020, pelan untuk Malaysia mencapai negara maju yang dilancarkan pada tahun 1991.

“Dia ada tugas yang mudah, tapi tugas saya susah,” kata Najib dalam nada bergurau.

“Dia umumkan wawasan tersebut, tetapi saya perlu mengisi wawasannya. Sebab dia masih memantau saya.”

Dr Mahathir juga disebut oleh presiden PPP Datuk Seri M Kayveas dalam ucapannya, dengan berterima kasih kepada bekas perdana menteri tersebut kerana sumbangannya kepada negara.Kayveas menggambarkan Dr Mahathir sebagai “sebutir mutiara yang tidak ternilai harganya” dan arkitek Malaysia moden, yang beliau katakan punca pengaruh PPP untuk terus relevan.

“Tidak salah saya katakan, PPP diberi pengiktirafan dan sokongan yang padu pada zaman Tun (Dr Mahathir Mohamad) sehingga menjadi parti yang mantap dari zaman kegelapan,” kata Kayveas dalam ucapannya di hadapan 4,000 ahli PPP hari ini.

Dr Mahathir hadir dalam acara hari ini dan berkata BN boleh mendapat majoriti dua pertiga majoriti parlimen dalam pilihan raya nanti.

“Saya rasa hari ini kita boleh nampak, PPP contohnya, mempunyai semangat yang cukup baik,” kata Dr Mahathir selepas perhimpunan PPP hari ini.

“Anda boleh lihat, anda boleh merasainya. Saya percaya kita boleh lakukan dengan lebih baik dari pilihan raya yang lalu, dan mungkin boleh mendapat dua pertiga majoriti.”

Bekas perdana menteri itu masih aktif sejak meletak jawatan dari pemimpin tertinggi Umno pada Oktober 2003, tetapi menjadi semakin penting setiap kali BN menghadapi pilihan raya.

Pemimpin pembangkang sering mengkritik Umno dan Najib kerana takut dengan pengaruh Dr Mahathir dan enggan untuk mendiamkan beliau, dan memberi amaran bahawa kenyataan radikal bekas perdana menteri itu mungkin menggoyangkan sokongan golongan pertengahan Najib.

Najib, tidak mengkritik Dr Mahathir, seperti presiden sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah, yang dipilih oleh Dr Mahathir sebagai perdana menteri selepas meletak jawatan, telah menjadi ahli politik yang sangat berkuasa dengan menggunakan polisinya sendiri dan enggan merujuk nasihat Dr Mahathir dalam pentadbiran.

Dalam pilihan raya 2008, BN mengalami kekalahan paling teruk menyaksikan Umno dalam keadaan paling lemah apabila tidak berjaya mendapatkan dua pertiga majoriti dan tewas empat negeri kepada pembangkang.

Najib semalam memuji bekas perdana menteri itu kerana secara “sukarela” berkempen untuk Umno.

Dr Mahathir, yang duduk di kerusinya di Dewan Merdeka, kelihatan terkejut apabila menyebut namanya.

Apabila orang ramai di dewan memberi tepukan gemuruh kepada bekas perdana menteri itu, Dr Mahathir tersenyum dan melambai tangan tanda menerima penghargaan kepada beliau.

Dah Singgah Komen Sikit

Kelab UMNO Luar Negara Mementingkan Ukhuwah

Kelab UMNO Luar Negara ni bukan semata-mata politik. UMNO ni universal laa. Semua benda dia buat adalah untuk rakyat. Tak kire laa rakyat tuh ada dekat mana, dia tetap ada untuk membantu. Bagi pelajar yang ada dekat luar negara tuh, jangan laa anggap kelab UMNO luar negara ni untuk meluaskan kuasa politik UMNO je.

Kalau korang tak percaya apa yang aku cakap korang dengar sendiri apa yang Pengerusi Kelab UMNO Cawangan Mansoura ni cakap masa aku interview dia.



Dah tengok..?? Ni semua adalah inisiatif Kelab UMNO untuk bantu pelajar Malaysia dekat luar negara, bukan nak berpolitik sangat tapi nak membantu, membantu untuk menjadikan pelajar Malaysia dekat luar negara ni senang dan selesa berada di tempat orang.

Aku bagi korang tengok beberapa gambar event korban anjuran Kelab UMNO Cawangan Mansoura semasa Eidul Adha.





So aku nak nasihat laa dekat pelajar Malaysia dekat luar negara tuh, janganlah korang ni terikut sangat dengan parti yang korang sayang tuh. Korang sendiri tahu yang ukhuwah sesama Islam tuh penting. Kalau dia UMNO sekali pon, bila ia ada kaitan dengan ukhuwah, aku rasa korang boleh tolak tepi parti korang tuh tak kire laa dia bulan penuh ke.. bulan sabit berkembar ke.. roket ke.. Bila perkara tu baik maka eloklah korang join.

Bile aku bersembang dengan beberapa orang pengerusi kelab UMNO luar negara ni, rata-rata cakap yang korang takot nak join sebab tak tahu halal ke haram sumber tu. Aku nak tanye korang kalau dari belah sana korang tahu ke dari sumber mana sampai korang boleh takot nak join aktiviti yang kelab UMNO buat? Sumber yang diorang bagi tuh dari mana? Halal ke Haram? Aku yakin yang korang sendiri pon tak mampu bagi jawapankan..??

akhir kalam dari aku.. Jagalah ukhuwah korang dekat sana. Jangan kerana korang berlainan ideologi politik, korang menolak usaha untuk menguatkan ukhuwah sesama korang.


Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...