-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 18 April 2012

#PANAS :: Hukum Agama Kita Tak Boleh Main Rasa-Rasa Safwan Wilcha..

Sebelum panjang lebar lagi.. mat nak korang baca dulu apa yang Safwan Wheelcha nie cakap apa mengenai isu kalungan bunga pada gamba tue..

sampai sekarang empunya wilcha masih menunggu safwan anang
 memulangkan kembali wilcha kepunyaan nya

Pada awalnya, saya tidak mahu memberi respon berkenaan tindakan mengkalungkan bunga dalam demonstrasi tempoh hari. Tetapi memandangkan isu ini masih tidak reda, saya mengambil pendirian untuk menjawab beberapa persoalan.

Saya secara peribadi berpendirian, tindakan mengkalungkan bunga adalah tidak salah. Dari perspektif hukum, ia tidak menjadi sesuatu yang haram memandangkan ia digunakan sebagai adat. Selain dikalungkan kepada orang yang hidup seperti pengantin dalam majlis perkahwinan, ia juga dikalungkan kepada si mati. Justeru bagi saya ia tidak menjadi masalah.

Kalungan bunga kepada gambar dua pemimpin adalah simbol tamat atau mati. Kita mahu tindakan-tindakan kezaliman yang dilakukan dua pemimpin ini ditamatkan, dimatikan dan dihentikan segera. Sama sahaja jika kita meletakkan gambar mereka di dalam keranda, atau di tepi batu nisan. Ia menyuarakan suatu ungkapan bernada tegas dan memberi amaran ; CUKUP!

Saya terbuka menerima apa jua kritikan dalam isu ini. Mungkin ada yang menganggap ianya tidak menggambarkan kesopanan dan kesantunan. Tetapi bagi saya, tindakan tersebut terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan siri-siri korupsi di bawah pemerintahan regim yang ada sekarang.Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya dalam hal ini. Tidak mengapa, kita sama-sama memegang prinsip 'Agree to Disagree'.

Saya juga mengakui mungkin terdapat beberapa perkara yang harus diperbaiki seperti laungan-laungan yang kasar semasa himpunan Sabtu lalu. Kami telah menerima kritikan daripada ramai pihak terutama tokoh ilmuan seperti Dr Asri Zainal Abidin. Saya sangat terharu kerana beliau menyokong perjuangan Mansuh PTPTN di samping menegur beberapa kesilapan kami dengan sangat ilmiah.

Perkara yang menjadi kesilapan harus diperbaiki. Tetapi matlamat yang lebih besar yang harus kita fokuskan ialah perjuangan untuk pemansuhan PTPTN serta menuntut pendidikan percuma. Saya mengharapkan komitmen yang lebih besar dalam isu ini agar kita tidak lari daripada isu yang sepatutnya kita fokuskan.

Walaubagaimanapun, saya sangat berterima kasih kepada semua yang mengambil berat untuk memajukan gerakan ini agar lebih baik dan konsisten. Sebarang cadangan, teguran dan kritikan amat diharapkan.

Terima kasih.
Safwan wilcha

OKE?? dah baca?? apa pendapat korang?? benda pertama yang mat baca dan terus terlintas dikepala mat adalah pernyataan yang diberikan oleh Safwan Wilcha adalah tidak kukuh. antara sebabnya, dia menggunakan perkataan saya rasa..boleh pulak nak main rasa-rasa dalam hukum agama. kita pon tahu dalam Islam nie mana ada yang main rasa-rasa. Semua hukum adalah SHARP and CLEAR. tak ada pon yang main rasa-rasa.

Sekali lagi mat tegaskan, dalam sebuah hadith yang diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah saw bersabda,’Barangsiapa meniru-niru suatu kaum maka dia termasuk dari mereka.” (HR.Abu Daud) . Rasulullah saw melarang setiap umatnya untuk mengambil atau meniru-niru prilaku yang menjadi ciri khas orang-orang bukan islam. Al Munawiy dan al Alqomiy mengatakan bahwa makna “barangsiapa yang meniru suatu kaum” iaitu didalam berhias dengan perhiasan-perhiasan mereka, berperangai dengan perangai mereka, berpakaian dengan pakaian mereka dan sebagian perbuatan-perbuatan mereka.

SO?? apa-apa yang menyerupai adat, perbuatan adalah tidak dibenarkan. Rasulullah sendiri dah melarang tapi kenapa masih ada yang main rasa-rasa. BRO?? AGAMA MANA BOLEH MAIN RASA-RASA!! DOSA!!

P/S : Sudah-sudah laa mempertahankan perkara yang dah memang jelas salah, kita orang islam berpegang pada Al-Quran dan Hadith yang ditinggalkan kepada kita oleh junjungan mulia Muhammad S.A.W. pada apa lagi kita nak sandarkan kalau bukan kepada apa yang ditinggalkan Rasulullah nie??

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...