-->

Sebelah Sayap

Monday 9 July 2012

Yuna Bersama John Travolta??



Yunalis Zarai atau Yuna, dilahirkan pada 14 November 1986 di Alor Setar Kedah kini sudah boleh menitiskan air mata kejayaan apabila lagu cover nyanyiannya kini telah dipilih untuk menjadi lagu tema filem lakonan John Travolta.

Lagu cover nyanyian Yuna yang berjudul Here Comes The Sun nyanyian kumpulan lagenda THE BEATLES menjadi pilihan produksi antarabangsa  untuk dimuat masukkan kedalam filem yang berjudul Savages arahan Oliver Stone.

Mat amat berbangga kerana Yuna telah berjaya mengangkat martabat Malaysia dalam industri muzik. Walaupun kita nampak macam biasa je..tapi sebenarnya bukan mudah untuk orang asia terutamanya orang Malaysia untuk mengorak langkah seperti yang dilakukan oleh Yuna.

Artis-artis di Malaysia khususnya yang baru menceburi bidang seni nie patut menjadikan Yuna sebagai idolanya. Jadikan Yuna sebagai tanda aras untuk kejayaan korang. Jangan korang ingat dah dapat menang AJL tue dah cukup hebat..kerja keras lagi..Sampaikan mesej yang betol kepada orang yang mendengar dan melihat hasil karya kita..

Janganlah jadi macam BOB LOKMAN, niat dah betul untuk menjadi lebih baik..tapi duk hambur kata-kata kurang manis kepada orang lain..Mat nampak yang BOB LOKMAN sebenarnya nak diri dia menjadi lebih baik..tak buat perkara-perkara yang tidak baik..Dia nak environment di sekeliling dia penuh dengan islamik..tapi cara dia melaksanakan adalah tidak betol..

Apa-apa pon Mat nak ucapkan tahniah kepada Yuna kerana kecomelan suaranya dapat menawan hati penerbit filem luar negara..ALL THE BEST YUNA!! We Are All Yuna!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...