-->

Sebelah Sayap

Monday 9 July 2012

Anwar Ibrahim Bersara Hanya "Test Market" Popularitinya Sahaja.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu "test market" apabila mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan berundur dari politik jika perikatan itu gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, kenyataan itu hanyalah satu cubaan Anwar untuk melihat bagaimana persepsi masyarakat, terutama penyokong PR sekiranya berundur daripada memimpin perikatan tersebut. 

Beliau berkata, jika Anwar mengundurkan diri, bagaimana PR akan menang dan menawan Putrajaya jika tidak berjaya dalam cubaan kali ini. 
"Kelemahan PR ialah rakyat tidak kurang percaya kepada PKR dan kepimpinan Anwar. “Anwar digambarkan pihak tertentu sebagai gila kuasa dan sanggup buat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR PRU13 di Sunshine Square di sini, hari ini.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kejutan minggu lalu apabila mengumumkan akan mengundurkan diri jika gagal membawa PR menduduki Putraja dalam PRU13. 

Serentak dengan itu, beliau mahu pakatan itu mencari pemimpin baru untuk meneruskan perjuangan dalam arena politik tanah air. 

Pengumuman beliau mengejutkan ramai pihak dan beberapa pimpinan PR kerana masih memerlukan kepimpinannya untuk terus menerajui komponen parti itu. 

Kenyataan itu diulangi Anwar pada satu ceramah di Rawang dan Selayang kelmarin dengan alasan adalah cubaan terakhirnya dalam perjuangan politik.-Sinar Harian.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...