-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 18 July 2012

FGVH Merugikan Warga FELDA. [WAJIB BACA]

Kelmarin Badan Generasi Perihatin 1Malaysia (GP1M) mendakwa kerajaan PAS Kedah turut memiliki saham FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) sebanyak 500,000 unit.

Selain pegangan diperoleh melalui anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), GP1M juga mendakwa beberapa pegawai kanan kerajaan negeri turut memiliki saham FGVH, kebanyakannya 50,000 unit setiap seorang.



Bendahari GP1M, Mansor Ahmad, sehubungan itu, meminta pihak ‘talam dua muka’ berhenti menghasut anak muda dan peneroka FELDA.

Beliau turut mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjawab persoalan itu serta menasihatkan pembangkang berhenti mempolitikkan isu FGVH.

Katanya, sikap pembangkang bertentangan dengan apa yang dilaungkan mereka ketika menentang FGVH, malah mendakwa PKNK sudah menjual 50,000 unit daripada saham itu.

“GP1M mendapat maklumat orang dalam PKNK sendiri, mereka terima dan turut berasa nikmat FGVH,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis.

Apabila artikel itu disiarkan, ramai yang tidak puas hati malah menuduh ia merupakan NIAT JAHAT pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan kerajaan Pas Kedah khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Rata-rata blog pro-pembangkang menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah untuk memalukan Pas terutama penganjur Himpunan Oren yang diadakan Sabtu lalu.

Tetapi ternyata ia bukan gosip kosong atau sembang kedai kopi kerana rupa-rupanya apa yang didakwa GP1M memang benar dan tepat sekali.

Lebih mengejutkan, ia disahkan oleh orang kuat PKNK sendiri yang juga Ketua Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

Elok kita baca apa yang beliau katakan seperti mana yang tersiar di Sinar Harian;
[BACA SINI SELANJUTNYA]

Agak-agak laa kalau nak masuk poket sendiri pon!! Hasut orang cakap tak elok..kau penuhkan poket sendiri!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...