-->

Sebelah Sayap

Sunday, 15 July 2012

17 Tahun Kisah Flat Seri Pulau Pinang.

Bukan mudah untuk mengekalkan keharmonian dalam sesebuah komuniti. Bagi penduduk Flat Seri Pulau Pinang menjaga keharmonian penduduk adalah perkara tunjang dalam memastikan "feel" duduk dirumah flat nie sentiasa ada.

Mat terkejut apabila mendapat tahu terdapat pelbagai program yang dijalankan oleh Jawatankuasa Flat Seri Pulau Pinang nie untuk "make sure" keharmonian dan sifat kejiranan dipupuk dalam jiwa setiap penghuni flat ini. 

14 Julai 2012 membuktikan yang ukhwah dalam kalangan warga flat nie masih ada apabila mereka berjaya menjalankan satu Majlis Tahlil Arwah dan Sambutan Ramadhan Al-Mubarak. Majlis bertujuan untuk meraikan 37 orang anak yatim dari rumah anak yatim.

Majlis ini sebenarnya telah menjadi tradisi Flat Seri Pulau Pinang sejak ianya dimulakan 17 tahun yang lalu. Sehingga hari ini ianya masih lagi dijalankan kerana majlis seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah malah dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Antara tetamu VIP yang telah hadir dalam majlis ini adalah




  1. Yang Berkhidmat Tn Syed Naqib bin Datuk Syed Abd Rahman Al-Habshi
  2. Iman Hatta (Iman Satu Masjid Azzubair Ibnu Awwam)
  3. Ustaz Latif b Hj Idris
  4. Tn Syed Ibrahim b. Syed Hamid (Pengerusi Badan Kebajikan Islam Blok 12 Seri Pulau Pinang)
  5. Puan Noorhidza Binti Ahmad ( Ketua Kaum Ibu Blok 12 Seri Pulau Pinang)
  6. Ayahanda Asri Ismail.
  7. En Amir Ahmad (Pemangku Ketua UMNO Cawangan Seri Pulau Pinang)
  8. MD Khir b.Iwahi
  9. Rahim Abas (Ketua Pemuda Blok 12 Seri Pulau Pinang)
Dalam majlis ini juga terdapat dermawan yang tampil memberi sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik..


Tapi sebelum tue mat sempat jugak bersama-sama dengan warga flat Seri Pulau Pinang dalam bacaan tahlil yang diketuai oleh Imam Hatta. Selepas tue dapat pulak pengisian rohani apabila ustaz memberi ceramah ringkas tentang Ramadhan.. (Tak Sabar Mat nak tunggu puasa. n_n!!)




Selepas bacaan tahlil.. Masa untuk makan!!



Mat mahukan majlis seperti ini dapat diteruskan oleh jawatankuasa Flat Seri Pulau Pinang nie.. Biar seratus tahun lagi pon majlis yang mulia seperti ini dapat dilaksanakan!! Good Job!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...