Lemah.Lembik.Lembab. 3L adalah singkatan untuk menggambarkan betapa teruknya kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor. Rakyat Selangor selepas nie terpaksa berhadapan dengan masalah keperluan asas yang utama iaitu air. Disebabkan pentadbiran yang lemah, lembik dalam menentukan arah kemajuan negeri serta lembab dalam membuat keputusan.Maka sekarang rakyatlah yang akan menanggung beban ini.
sekadar hiasan. |
Pakatan Selangor sepatutnya bagi kelulusan untuk bina loji rawatan air dekat Langat 2 sebab catuan air yang dilaksanakan tue tidak boleh bertahan lama. Catuan air bukanlah solusi terbaik yang mampu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Selangor..
SYABAS dah takde pilihan lain selain buat catuan, diorang pon tahu bertapa susahnya kalau air kene catu. Tapi kalau diorang tak buat macam tue diorang akan kerugian besar. Catuan air nie dibuat bagi mengatasi kekurangan bekalan air disebabkan kadar rizab yang rendah di Selangor.
MB Selangor laa nie duk cuba selamatkan rakyat dengan menipu rakyat. Duk cakap air cukup..jangan duk kalut..Tapi sebenarnya air di Selangor semakin berkurangan.. Bekalan air di Selangor akan terus menerus berlaku selagi kerajaan Pakatan tidak menambah rizab air yang dirawat kepada standard industri sebanyak 20 percent atau kadar penimbal lebih selesa sebanyak 10 percent.
Kadar penimbal yang mencukupi perlu untuk menangani keadaan naik turun bekalan pada musim panas.
Ketua Eksekutif SYABAS, Datuk Ruslan Hassan cakap SYABAS akan memohon kebenaran untuk menjalankan catuan air serta merta di kawasan Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Lembah Klang disebabkan kekurangan bekalan air yang semakin teruk dan hampir nazak.
Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang mengalami krisis air sebab paras rizab di 34 loji rawatan menurun kepada purata dua percent, jauh di bawah "paras selamat" sekurang-kurangnya 20 percent. Hotline Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (PAKAR) mendapati 30 percent aduan yang diterima di Selangor adalah berkaitan dengan air.
Macam mana nie?? Mat duk dekat area Lembah Pantai.. Susah laa nak cuci kereta Kia Sportage Mat selalu macam nie.. Kah!! Kah!! Kah!!