-->

Sebelah Sayap

Thursday, 5 July 2012

PAS Berang Dengan Pakatan Rakyat. Anwar Tarik Diri?








Masih ingat ke korang dengan adegan Tun Mahathir mengumumkan pengundurannya dalam arena politik semasa Perhimpunan Agung UMNO?? Pada masa tue undi terhadap UMNO naik mendadak tetapi masih lagi tidak mampu menawan Kelantan. Hanya perbezaan kurang dari 10 undi yang membezakan BN dan Pakatan Rakyat pada ketika tue. BN hampir mengambil kembali Kelantan. Tetapi pengunduran yang dilakukan oleh Tun memang benar-benar berlaku.

Adakah Anwar Ibrahim benar-benar ingin mengundur diri atau sekadar berminat dengan statistik yang ditunjukkan semasa pengunduran Tun dari arena politik?? Mat melihat nie sebagai tindakan terdesak Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dengan mengharapkan undi kasihan dari rakyat Malaysia yang berkemungkinan mampu merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Apakah lagi yang mampu Anwar Ibrahim lakukan jika Pakatan Rakyat tidak mampu memenangi pilihanraya depan. Jika gabungan PAS-DAP-PKR yang merupakan parti paling tegar dan lantang mengkritik kerajaan nie belom mampu untuk menandingi BN. Anwar Ibrahim membayangkan beliau mungkin bersara daripada politik.

PRU-13 ini mungkin menjadi peluang terakhirnya untuk ‘merasa’ kuasa perdana menteri yang diidam-idamkannya sekian lama. Sebab itu dalam wawancara dengan akhbar yang beroperasi dari London, Financial Times baru-baru ini, Anwar memberitahu hasratnya itu supaya akan timbul rasa simpati di kalangan pemujanya.

Apa yang akan dilakukan Anwar? Dengan nada lembut, Anwar berkata “Kita persembahkan manifesto, dasar-dasar kita, dan sudah tentu sekiranya diberikan mandat, saya teruskan, atau pun saya akan fikirkan kembali untuk mengajar." Anwar sendiri mungkin membayangkan kedudukan pakatan pembangkang dengan masalah dalaman masing-masing dan satu demi satu tembelang diri sendiri dan PKR, DAP dan Pas dibongkarkan dalam media, menjejaskan peluang mereka pada PRU-13.

Sebagai orang yang sudah masak dengan politik Malaysia dan bijak menanam rasa simpati rakyat kepadanya, kesempatan membangkitkan ‘fenomena baru’ adalah kepakaran yang ada pada Anwar. Sesetengah pemerhati politik berpandangan nyawa politik Anwar sudah hampir ke penghujung, tetapi dia masih mahu ‘menjentik’ hati rakyat supaya memberi peluang terakhir untuknya menjadi perdana menteri.

Dalam permainan ini, pengundi yang memegang amanah rakyat dan negara perlu berwaspada. Mana mungkin dengan begitu mudah Anwar mahu melupakan cita-citanya untuk duduk di kerusi perdana menteri. Ucapan ‘bersara’ sekiranya pakatan pembangkang tewas pada PRU-13 belum begitu meyakinkan kita.

Pemimpin-pemimpin parti pembangkang tidak seperti pemimpin parti komponen Barisan Nasional. Lihat Presiden UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain sudah silih berganti. Bagaimana dengan pemimpin PKR, DAP dan Pas. Lebih sedekad, dua dekad malah ada tiga dekad masih menonjolkan muka peneraju yang sama.

Tak ada peluangkah bakat-bakat yang ada untuk ambil alih tampuk kuasa parti? Kalau ada pun mungkin kaum kerabat dan kroninya sahaja yang punya kelebihan. Cerita pemimpin pembangkang menyatakan hasrat untuk bersara jika partinya tewas bukan baru, Lim Kit Siang sudah berapa kali meluahkan hasrat itu. Tapi sampai sekarang masih pegang jawatan dalam DAP. Pas juga sama, berapa kali kita mendengar Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata dia sedia mengundurkan diri.

Kata-kata pemimpin PKR, DAP dan Pas dalam soal ‘bersara’ politik tidak boleh dipercayai. Jadi janganlah bersedih bila mendengar kenyataan terbaru Anwar itu. Ia hanya satu episod sandiwara Anwar untuk meraih simpati rakyat.

Anwar tidak akan mudah mengalah untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan merampas Putrajaya. Kalau tewas dalam PRU-13, jika umurnya panjang Anwar pasti terus berjuang dan tidak mudah berundur begitu sahaja. Banyak komitmen yang perlu dibereskannya.

Jangan lupa, kalau Anwar bersara, siapa akan menggantinya - bolehkah PKR mengharapkan kepada Azmin Ali atau Nurul Izzah? Atau kalau Anwar bersara, ini peluang terbaik untuk Abdul Hadi Awang. Ataupun mungkin peluang terbaik Kit Siang, Lim Guan Eng atau Karpal Singh jadi perdana menteri.

Pada masa itu jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya, usia pemimpin mereka pun sudah terlalu tua untuk Malaysia. Mungkin juga Anwar akan terus bersara selepas PRU-13 sebab usianya pun tidak begitu mengizinkan untuk menghadapi PRU-14.

Sumber untuk artikel nie dari penulis (Pahit-Pahit Kopi)

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...