-->

Sebelah Sayap

Saturday, 21 July 2012

Pelatih Kolej Maut.

gambar hiasan
Seorang pelatih di sebuah syarikat swasta maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja penyelengaraan di KL Sentral hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pelatih berumur 20an dari sebuah kolej di Melaka maut kira-kira pukul 7 pagi tadi.

"Ketika kejadian, pelatih itu sedang melakukan kerja penyelenggaraan kabel elektrik di tingkat bawah bersama penyelia dan seorang lagi rakannya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, penyelianya yang berumur lingkungan 40-an itu dan rakan mangsa hanya cedera kerana sempat menyelamatkan diri.— BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...