-->

Sebelah Sayap

Tuesday 10 July 2012

Nik Aziz Kaku DiTanyaKan Jumlah Kerusi DAP PRU-13

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, enggan mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa DAP bakal bertanding di 90 kawasan Parlimen pada PRU13 nanti. Bagaimanapun, beliau hanya berkata "karut semua tu". 
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung perkara itu selepas majlis perjanjian pusat kitar semula dan kompas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam di sebuah hotel, di sini petang tadi. 
Katanya, beliau tidak mahu mengulas berhubung perkara itu apa lagi ianya tidak membabitkan soal PAS. "Saya hanya nak jawab apa yang berkaitan dengan PAS sahaja," ujarnya. Walaupun bila ditanya adakah ianya hanya spekulasi murahan Umno, Tuan Guru tetap tidak mahu mengulasnya. 
Pada masa yang sama beliau turut menyangkal PAS telah sasar beberapa kerusi yang ingin ditandingi, sebaliknya memberitahu selepas sahaja parlimen dibubarkan, ianya akan ditentukan jumlah kerusi yang bertanding dan bukannya sekarang.-HaramkahDaytambi
Adakah Nik Aziz cuba untuk menyembunyikan perkara sebenar apabila enggan menjawab isu jumlah kerusi DAP yang bakal bertanding? Jika benar mengapa Nik Aziz tidak mengatakan "YA" dan sebaliknya. Jika benar DAP akan bertanding 90 kerusi pada PRU nanti, adakah Syiar Islam akan berkembang seperti yang dimahukan oleh PAS? 

Mat melihat seakan-akan DAP mempelopori kuasa dalam perikatan Pakatan Rakyat. Tidak akan ada keputusan yang akan dilakukan jika DAP tidak bersuara. Ini menunjukkan bertapa DAP telah menunjukkan sedikit belangnya dalam Pakatan Rakyat. Tapi apa yang kita sedia maklum, PAS akan tetap dengan manifestonya iaitu negara berkebajikan walaupun PAS tahu ianya akan ditentang oleh DAP. 

Apatah lagi dengan hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud yang telah lama di mainkan di media massa pembangkang. Soalan yang mudah untuk dijawab mengenai kerusi yang akan diambil oleh DAP untuk bertanding dalam PRU nanti pon tidak berani untuk dijawab, inikan pula soal-soal yang berat. Mat bukan berniat untuk menafikan kekuatan PAS dalam Pakatan Rakyat, tetapi setelah respon yang diberikan oleh Nik Aziz, Mat dapat melihat kuasa PAS disekat oleh parti adik rasict PAP iaitu DAP.

BUKTIKAN PADA RAKYAT MALAYSIA YANG PAS BUKANLAH LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG. JIKA BENAR KATAKAN YA DAN JIKA SALAH KATAKAN TIDAK. BANGKIT DAN TUNJUKKAN YANG SEBENARNYA PAS MERUPAKAN "IMPORTANT PART OF PAKATAN RAKYAT".

Pendirian PAS dalam isu jumlah kerusi DAP dalam PRU menjadi tanda tanya kepada ramai rakyat Malaysia. HeHe..Kenapakah PAS mengambil sikap berdiam diri..Adakah kerana berdiam diri itu lebih baik atau mulut PAS dikawal oleh remote kawalan jauh DAP. 

KAH!! KAH!! KAH!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...