-->

Sebelah Sayap

Friday, 13 July 2012

Tolak LGBT Bermakna Sokong Anwar Ibrahim??

Kenapa pilih DS Najib dan bukan DS Anwar Ibrahim? Kesimpulan awal yang mat dapat buat adalah kalau sokong DS Najib, LGBT tidak boleh sesekali dibenarkan kewujudannya. Jika pilih DS Anwar Ibrahim, LGBT adalah sesuatu yang pasti terlaksana.

Ketika mat membaca blog SISWA UTARA, mat rasa amat terkejut (padahal tak) dengan artikel yang dikeluarkan. Satu email yang ditulis dan dimuat naik sebagai artikel dari pembaca telah di "publish" oleh MalaysiaKini iaitu portal penipuan paling agung di Malaysia.



Dalam artikel SISWA UTARA...
Surat di Malaysiakini ini membuktikan bahawa inilah jawapan mengapa DS Najib tidak henti-henti diserang oleh pembangkang. Lihat sahaja pelbagai isu yang dipermainkan semata-mata untuk menggulingkan Kerajaan kepimpinan DS Najib. Isu Scorpene, kematian Altatuya serta isu-isu yang melibatkan keluarga DS Najib terus dicanangkan oleh pembangkang.

Jatuhkan DS Najib jika DS Najib tidak sokong LGBT? Dikaitkan pula dengan konsep 1Malaysia? Jika untuk memperjuangkan LGBT undi rakyat adalah untuk mereka, maka kesilapan yang besar untuk mereka. Ya, silap besar. 
[Sambung BaCa]
Mat  tak laa nak menafikan golongan LGBT nie dalam kalangan rakyat Malaysia nie.. Tapi mat sebagai seorang muslim tidak akan sama sekali membenarkan golongan nie membiak.. Akan ramai lagi golongan yang tidak mempunyai hormon yang seimbang akan tertarik untuk menjadi ahli golongan LGBT nie..


Sepatutnya golongan seperti nie patut dibimbing supaya tidak terjerumus ke lembah yang jauh lebih gelap dari apa yang mereka bayangkan. LGBT tidak patut disokong oleh mana-mana pihak, tetapi LGBT memerlukan sokongan untuk mereka berubah menjadi seperti fitrah asal mereka.. LGBT yang dibawa oleh puak pembangkang sebenarnya menggalakkan pertumbuhan bilangan golongan LGBT nie..

Yang menghairankan mat, takde pulak PAS membuat bantahan pasal perkara nie.. diam seribu bahasa.. suaranya pon ibarat tiupun angin yang sepoi-sepoi bahasa.. Dikatakan menegakkan agama hilang entah ke mana.. cehh!! Mana hilang ulama-ulama PAS yang di-Agungkan oleh "jutaan" pengikutnya..

[Baca Sini Untuk Tahu perangai ulama PAS]


Dari satu sudut yang berbeza mat melihat kedaulatan Islam dalam negara nie cuba diganggu gugat.. Terdapat pelbagai cubaan menjatuhkan Islam dalam negara nie.. Contoh yang terdekat adalah gerakan Kristianisasi yang mula menarik golongan umat Islam yang lemah pegangan agamanya.. Golongan sasaran mereka adalah golongan LGBT.. Bukan ingin menjadi seorang yang racist tetapi mat berasa ada tanggungjawab atas apa yang berlaku kepada umat Islam.


Walaubagaimana pun, Mat dapat merasakan sedikit kelegaan dan gembira apabila terbaca beberapa komen mengenai LGBT nie.. 


Rupanya baru Mat tahu yang dalam mana-mana agama menolak LGBT nie.. Semua perkara nie adalah perkara yang dilarang dalam setiap agama untuk menjaga kesucian agama tue.. Ohhh.. Kalau macam tue kenapa Anwar dan juak-juaknya memperjuangkan LGBT?? Diorang nie FREEMASON ke ape??

Apakah hukum orang yang mengikuti manusia yang menentang hukum Allah?? Layakkah mereka diangkat sebagai pemimpin?? Bak kate nabil.. uolls makan..uolls fikirlah sendiri!!



Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...