-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 11 July 2012

Anwar Ibrahim Di Tikam Dari Belakang Lagi.


Pembangkang pasti akan kata ini tidak lain dari satu lagi usaha jahat untuk pecahbelahkan mereka.Hakikatnya jika benar apa yang didakwa ini ia adalah satu fakta yang mereka ramai-ramai kena telan dalam impian hendak berkuasa di Putrajaya dibawah payung Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa agaknya reaksi Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Datuk Seri Haji Hadi Awang mendengar kata-kata macam ini terhadap Parti Islam Semalaysia pimpinan mereka. Khasnya,Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang baru-baru ini dedah video mendakwa Zamil Ibrahim jadi ejen Barisan Nasional (BN) untuk membeli ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Gwo Burne Loh perlu susun ayat yang mantap kalau wartawan minta ulasan mengenainya.

Jika akhirnya didapati benar apa yang didakwa oleh Zamil ini pula sekurang-kurangnya Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor akan lebih mengenali siapa itu Anwar. Zamil bekas Ketua Angkatan Muda PKR Kedah dan bekas Exco Angkatan Muda PKR mengadakan sidang akhbar di Kota Damansara dekat Kuala Lumpur Isnin mendedahkan apa yang didakwannya Anwar pernah mengeluarkan kenyataan menghina dan menikam pemimpin PAS dan DAP dari belakang.

Ini berdasar rakaman suara yang dibuat melalui telefon bimbit, selama lima minit dua puluh saat itu yang dirakam seorang ketua cabang PKR dalam mesyuarat PKR Zon Kedah sebelum pilihanraya umum 2008.
Beliau tunjuk pada wartawan sekeping CD yang didakwannya mengandongi rakaman suara perbualan berkenaan.

"Saya desak Anwar sahkan pada 9 Januari 2008, anda pernah maki PAS, anda pernah hentam DAP dan pelbagai lagi. "Percakapan ketika itu anda berada dalam PR dan bukan lagi BN," katanya dalam sidang media di Kota Damansara, Selasa.

Pada sidang media itu, Zamil yang kini menunggu pengesahan dari pihak Pendaftar Pertubuhan samaada layak sandang jawatan sebagai presiden parti KITA atau tidak, hanya membacakan transkrip dan tidak memperdengarkan rakaman dari CD.

Katanya, dalam rakaman itu ada suara tiga lagi pemimpin PKR iaitu Pengerusi PKR Kedah ketika itu, Zamri Yusof, (bekas) Ketua PKR Jerai, Kalai Vanan dan Ketua PKR Pulau Langkawi, Wan Salleh yang sedang berbual bersama Anwar mengenai isu pembahagian kerusi di Kedah.

Antaranya, Anwar mempersoalkan kenapa PKR takut kepada PAS dan DAP yang dikatakan memilih kawasan selamat untuk bertanding manakala PKR diagihkan kerusi yang mencabar. Beliau menyebut angtara apa yang didakwanya kata-kata Anwar waktu itu : " Saya benar hairan mengapa kamu takut sangat dengan PAS...kenapa? Mereka harus faham,orang India tidak sokong PAS,Orang Cina tidak sokong PAS.Cuma orang Melayu kampong sokong mereka.Saya mahu kamu buat semula perjanjian,yang sudah ditandatangai ialah cerita lain.Tidakkah kamu fikir saya tahu bagaimana kamu dapat kerusi-kerusi ini,ini adalah yang paling teruk.Kerusi-kerusi baik diambil oleh PAS."

Zamil berkata, sikap Anwar yang sering tikam belakang memberi kesan besar kepada negara dan sepatutnya beliau lebih sepakat dalam membawa haluan parti yang dipimpinnya itu. Sehubungan itu, beliau mahu Anwar menafikan dakwaannya itu atau berdepan kandungan CD akan didedahkan kepada umum.

"Saya tahu Anwar tak akan tampil beri penjelasan, tapi saya akan tetap dedahkan rakaman tersebut kepada umum. "Ini adalah mukadimah untuk siri pendedahan klip video rakaman seterusnya yang dibuat oleh beberapa orang sahabat mengenai sikap sebenar Anwar," katanya.

Menjawab satu soalan, Zamil mendakwa Anwar memang tidak jujur dengan pemimpin pakatan rakyat lain dari dulu malah hingga sekarang berdasarkan proses pembahagian kerusi menjelang PRU ke 13 yang belum selesai.

Sebab itu juga katanya, ramai wakil rakyat PKR melompat atau meletak jawatan selain kepimpinan parti yang cacamarba membabitkan pertembungan Presidennya Datin Seri Wan Azizah Ismail dan timbalannya, Azmin Ali.

Zamil turut mendedahkan bahawa DAP dan PAS juga tidak senang dengan PKR kerana isu wakil rakyat melompat dan keluar parti selepas kegagalan pelan 16 September 2008.- 9/7/2012 - OLEH ROSLAN BIAN

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...