-->

Sebelah Sayap

Monday, 16 July 2012

Si Anak Yang Berani Terbakar Demi Menyelamatkan Ibu Bapanya.

Jika seorang anak itu sayang akan ibubapanya, tiada apa yang mampu menghalang si anak daripada menyelamatkan ibubapa walaupun si anak terpaksa berhadapan dengan maut. Seorang remaja tingkatan empat dari Pekan telah bertindak nekad menyelamatkan ibubapanya yang terbakar. 

Muhammad Amri Abu Bakar menyedari terdapat kebakaran apabila terhidu bau asap sebelum kedengaran jeritan ibu bapanya. Dalam kejadian itu ibu dan bapanya melecur teruk diseluruh tubuh selepas bilik tidur mereka terbakar. Ibu dan bapa Amri dihantar dan dirawat di Hosptal Tengku Ampuan Afzan .

Amri menceritakan detik cemas itu apabila dia melihat kepulan asal dari bilik ibu dan bapanya sebelum bertindak nekad memecahkan pintu bilik berkenaan. Apabila pintu sudah terbuka, Amri melihat bapanya sudah separuh terbakar dan ibunya sudah terbakar keseluruhan badan.

Amri kemudiannya membawa dua orang adiknya yang sedang tidur di ruangtamu untuk keluar daripada rumah. Amri Berlari ke bahagian dapur rumahnya unutk mendapatkan bekalan air sebelum memadamkan api yang sedang membakar ibu bapanya ketika itu.

Amri bertindak mengheret ibu dan bapanya keluar dari bilik yang sedang rakus diratah api kemaraan. Bilik yang terbakar itu berjaya dipadamkan dengan bantuan jiran tetangga. Sementara itu ketua kampung berkata pasangan suami isteri itu sedang tidur ketika kajadian itu.

sekadar gamba hiasan.
Kalau anak nak berkorban nyawa demi ibu bapa tue kira bagus.. Tapi kalau berkorban nyawa demi Pakatan Rakyat tue kire BENGONG!! Kah!! Kah!! Kah!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...