-->

Sebelah Sayap

Sunday 8 July 2012

Kelantan Juara Liga Super Benam Perak!!



Hamboiii.. Perak kene Baham dengan pasukan Kelantan dengan rakusnya untuk memastikan kemenangan Kelantan untuk Liga Super walaupun masih berbaki 2 perlawanan. Hancur hati Mat melihat pasukan negeri kelahiran kalah teruk nie.. kalau kalah je Mat masih boleh terima sebab memang adat permainan menang dan kalah nie.. tapi yang kalah teruk nie bukan adat permainan.. HaHa!!

Kelantan telah memastikan kejuaraan Liga Super menjadi milik mereka selepas mengumpul 57 mata meninggalkan pencabar terdekat LIONS XII dengan 50 mata. 6 jaringan yang telah memastikan Kelantan merangkul kejuaraan nie telah oleh Indra Putra yang telah menjaringkan hatrik sementara 3 lagi gol masing-masing telah disumbangkan oleh Ghaddar , Badri (piya) dan juga Azwan Roya.

Mat mengucapkan sekalung tahniah ke atas Pasukan Kelantan kerana menjuarai Liga Super kali nie.. Walaupun berbaki 2 lagi perlawanan..kejuaraan sudah pasti menjadi milik Kelantan!! Kepada Pasukan Perak..Tanamkan azam untuk membenam kelantan pada season depan okeh?? kita kasi 7-0 bila main dekat Perak nanti!! HAHA!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...