-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 4 July 2012

Penyokong PAS Tolong Jangan Baca Artikel Ini, Taksub Dan Fanatik Membawa Padah!!


Mat rasa adalah perlu untuk menulis artikel ini selepas mat terbaca satu entry dalam Facebok..
Nasihat Ustaz Ridhuan Tee kepada kepemimpinan negeri Kelantan dan penyokong FANATIK PAS....  
Jauhi sifat fanatik dan taksub. 
Pada 24 Jun 2012, dengan niat baik, saya menerima jemputan menjadi tetamu dan panel Wacana Perdana PRU 13: Masa depan Islam, anjuran Kerajaan negeri Kelantan, bersama dengan panel gandingan lain Dr Fadzli (exco Kerajaan Negeri Kelantan), Ustaz Fathul Bari (ulamak muda Umno), dan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, dipengerusikan Amin Idris (TV9). Apa yang mengejutkan adalah tingkah laku sebahagian peserta yang hadir membanjiri Balai Islam, Kota Bharu.

Tingkah laku mereka yang bersorak, menjerit-jerit, mengejek, tidak meraikan perbezaan dan sebagainya, langsung tidak mencerminkan akhlak Islam. Begitu mengejutkan! mengalahkan wacana bukan Islam yang pernah saya hadiri. Inikah yang dikatakan rakyat Serambi Mekah? Hilang sudahkah ajaran ‘tok guru’ yang selama ini mereka pelajari? Saya dan Fathul Bari, seolah-olah tidak diberikan ruang untuk berhujah. Mereka tidak dapat menerima perbezaan pendapat. Sedangkan kami hanya berkata benar. Isu partisan langsung tidak dibangkitkan, kecuali Dr Fadzli. 
 
Ingatlah wahai umatku! sikap fanatik dan taksub adalah dilarang oleh Allah S.W.T. terhadap umat yang dahulu seperti yang ditujukan khas kepada Ahli Kitab. FirmanNya yang bermaksud: 
 "Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul". (Surah al-Ma'idah:77)

Saya lihat sebahagian besar mereka yang hadir teramat taksub dan fanatik kepada pendapat sendiri, mahu pun guru atau kumpulan mereka. Perbuatan mereka begitu melampau. Kejumudan pemikiran mereka begitu terserlah. Kebekuan pemikiran mereka tidak mampu untuk berbincang bagi membandingkan pendapat sendiri dengan pendapat orang lain, terutama dalam mengambil pendapat yang lebih kuat dalil dan alasannya.
Sikap taksub dan fanatik ini dikutuk kerana, ia mahu mengikat orang lain dengannya dan menafikan peranan orang lain. Justeru itu, mana-mana orang atau kumpulan yang taksub dan fanatik tidak mungkin bertemu dengan pihak lain. Keadaan akan menjadi lebih buruk, apabila ia mahu mewajibkan pandangannya ke atas orang lain dengan kekerasan seperti mengutuk dan menuduh orang lain melakukan tidak betul, bidaah, kufur dan keluar dari agama.
Pada saya, inilah sebenarnya yang menjadi punca kemunduran umat Islam ialah kerana salah faham umat Islam terhadap akidah mereka. Dalam hal ini, bukan akidah itu yang salah, tetapi cara memahami akidah itu yang salah. Di manakah sikap kesederhaaan (berimbang) atau wasatiyyah yang sepatutnya menjadi pegangan kita semua? Lebih menyedihkan lagi, mereka bersorak dan mengejek-ngejek ketika ayat-ayat Quran dan Hadis dibacakan.

Maka benarlah kata-kata Syaikh Al-Albani yang mengatakan, umat Islam masa kini, semakin jauh tersasar. Mereka hanya berpegang kepada pendapat pemimpin mereka. Tatkala terjadi perselisihan, pendirian mereka pada dasarnya kembali kepada pemimpin mereka, jika ada ayat yang sesuai, mereka ambil, jika tidak, mereka sisihkan.

Saya ingatkan pimpinan negeri Kelantan, sebagai pemimpin umat Islam hari ini, hendaklah berhati-hati dalam memimpin anak buahnya agar jangan sampai menjadi penyebab kerosakan umat. Mereka hendaklah takut kepada Allah SWT. Bacalah surah Ibrahim : 21-22, Al-Ghafir : 47-48, dan As-Saba’ : 31-33. Mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk kepada kita semua, menjadi pemimpin yang mengajak umat ke jalan benar dan hak, bukannya batil. [SUMBER]
Sifat taksub nie dah lama dah mat perasan dalam kalangan penyokong Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Mat akui penyokong PAS nie kebanyakkannya adalah orang yang ingin berjuang dan menegakkan Islam. Tapi mereka kena sedar bahawa perjuangan PAS bukan perjuangan menegakkan Islam tetapi lebih kepada perjuangan menjaga hak individu berbanding agama.

Mereka menggunakan agama untuk menarik minat masyarakat untuk menyokong perjuangan mereka. Tidak pernah tidak memberi peluang kepada orang muda ataupun pelapis untuk menggantikan mereka.


Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat misalannya, telah memegang jawatan sebagai wakil rakyat selama 44 tahun tetapi mengapakah masih terdapat rakyat di kawasannya sendiri yang hidup dalam keadaan daif.


Menurut Kak Yam sejak menetap di rumah usang hampir 20 tahun , tiada kelibat Nik Aziz Bin Nik Mat iaitu wakil rakyat ADUN Chempaka merangkap Menteri Besar Kelantan datang menjenguk atau menghulurkan bantuan kepada beliau serta dua anaknya. [SUMBER].
Malah Sikap taksub dan fanatik penyokong PAS telah memakan diri mereka sendiri. Walaupun bukan semua yang terkene tempiasnya, tepi yang kene tempias tue sangat teruk. Kak Yam adalah contoh terdekat, disebabkan "tok guru" pilihannya, nasibnya tidak terbela. 

Penyokong PAS perlu sedar yang sudah terlalu lama PAS menjanjikan hukum hudud, tapi isu ini hanya akan timbul apabila menjelang pilihanraya. Trend nie memang akan terjadi seperti kebiasaan, tetapi kali ini PAS perlu lebih tegas kerana mereka berhadapan dengan seteru Islam paling besar dalam Malaysia iaitu DAP. PKR sudah semestinya tidak akan masuk campur kerana Anwar tidak mahu perpecahan yang menidakkan kemenangan dia dalam PRU nanti. 


P/S: Artis yang masuk PAS kebanyakkannya adalah untuk berubah menjadi orang yang lebih baik kerana mereka menyangkakan PAS akan membawa mereka ke jalan yang benar. TAPI?? Mereka melebarkan lagi tahap kejahilan  mereka, misalnya BOB LOKMAN. Senang-senang nak mengkafirkan AC Mizal sebab masuk UMNO. Dosa apabila seorang muslim mengkafirkan muslim yang lain. 

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...