-->

Sebelah Sayap

Tuesday, 31 July 2012

Ning Selesa Dengan PAS. Milosuam Ucapkan Syabas.


"Alhamdulillah.. Selepas Berhijrah masuk PAS nie Ning dapat rasakan hidup Ning dipenuhi rahmat.. Semua kerja yang Ning buat rasa lancar je.. Nie semua sebab PAS"-Impian je laa korang nak dengar Ning cakap macam nie.. Sebab?? Sebab Cerita Ning masuk PAS adalah fitnah cybertroop yang tak berapa nak pakai akal..!! 

Alahai.. Gerak kerja PAS yang HAMPAS.. Semua artis yang bertudung semua dia balun jadi ahli diorang. Tapi Ning bukanlah artis yang diorang cari.. Ning memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada.. Macam nie laa baru ada keberanian.. Siap bawak perkara yang boleh merosakkan reputasi Ning ke peringkat yang lebih serius..
Dalam kenyataan terbaru kepada Malaysian Digest, Ning Baizura menyatakan hasrat beliau untuk membawa perkara ini ke peringkat yang lebih serius — undang undang. 
“Saya ingin menyatakan yang saya menyokong kerajaan yang sedia ada. Saya bangga apa yang saya lihat sekarang. Itulah prinsip saya sejak dari dulu lagi,” jelas Ning Baizura. 
Menurut Ning Baizura, beliau tiada masalah dengan penyebaran gambar bertudung kerana ia’nya sesuatu yang baik tetapi tidak senang dengan pihak yang mengambil kesempatan. 
Kenyataan melalui akaun Twitter beliau baru baru ini jelas Ning Baizura adalah tindakan terbaik & jangka pendek beliau untuk membersihkan nama dan menjelaskan keadaan.

“Apapun perkara ini masih belum selesai. Saya serahkan segalanya pada peguam saya. Mungkin pihak-pihak yang menyebarkan berita ini harus membuat sesuatu seperti meminta maaf atau menarik semula kenyataan yang dikeluarkan,” tambah Ning Baizura lagi.-RotiKaya
Kronologi mudah yang boleh buat tentang gerak kerja PAS ketika nie.. Carik golongan artis yang ingin mendalami Islam dan jadikan diorang ikon dalam PAS.. Memandangkan artis-artis nie mempunyai "crowd" mereka yang tersendiri dan mampu untuk menarik lebih lagi "crowd"..

So nie peluang keemasan bagi PAS untuk meraih undi.. Tak berapa mempunyai ilmu dalam agama namun masih mempunyai peluang untuk berkongsi peluang sambil-sambil menambah dosa dengan mengutuk orang lain.. PAS AJAR ORANG YANG INGIN BERHIJRAH KE JALAN YANG SESAT..

Bukan setakat tue sahaja.. ada blogger pembangkang nie yang nak selamatkan maruah cybertroopnya yang lain juga sanggup menipu untuk menjaga maruah PAS.. tengok nie..


Mungkin MiloSuam nak berlagak jadi hero.. tapi dia nie memang dilahirkan untuk menjadi kaki putar alam.. Dalam Islam pon ada ajar kalau benda tue tak pasti..waswas..jangan dekati.. Nie boleh pulak buat statement.. Kata PARTI ISLAM SE-MALAYSIA.. Takkan perkara macam nie pon tak tahu.. 

Paling melucukan dia boleh buat kelas Bahasa Melayu.. kah kah kah!! Dia ingat orang bodoh..


Karekter MiloSuam dan PAS sama jer.. Lidah pusing dan terbelit-belit.. Mat puji kepandaian MiloSuam dalam "spin" isu Ning Baizura nie.. Alek-alek dia boleh tuju seolah-olah Ning pulak yang Fitnah PAS.. Mat lihat nyata apa yang Ning luahkan adalah benar.. Jika apa yang bakal korang cakap nie akan menimbulkan pelbagai spekulasi negatif.. Tak payah laa cakap.. Lagi satu perkara.. Kenapa dalam beribu nama artis yang ada.. Kenapa mesti NING.. Kenapa bukan Siti Nurhaliza.. Kenapa bukan Fazura..

Sekarang nie kita tunggu je keputusan yang bakal dibuat.. Ning pon dah bawak perkara nie ke peringkat lebih serius.. KITA TUNGGU DAN LIHAT JE LAA.. 

 Sudahlah sesat.. Lagi nak menyesatkan orang.. Cybertroop PR harus bertaubat..

Dah Singgah Komen Sikit

Lim Guan Eng Tolak Penubuhan Negara Islam.


DAP mengulangi pendirian bahawa parti tersebut tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini dan perlaksanaan undang-undang hudud seperti yang disarankan Pas dan Umno.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP selama ini adalah konsisten dan tidak pernah berubah, namun menegaskan DAP dan Pas bersama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“DAP dan Pas boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita.

“Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,” katanya sebentar tadi.

Kata Guan Eng lagi, atas sebab ini, DAP dan Pas telah menandatangani dasar bersama yang menyatakan kerangka kerjasama dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat (PR) masa depan.-SinarHarian

Dah Singgah Komen Sikit

Monday, 30 July 2012

Karpal To PAS : Dont Stop Me Marching To Putrajaya.


The DAP leader tells the Islamic party’s youth chief to stop giving BN the ammunition to attack Pakatan Rakyat over the hudud issue.

Teoh El Sen, FMT

DAP chairman Karpal Singh has again warned PAS not to spoil Pakatan Rakyat’s chances in the 13th general election by continuing to make contradictory statements regarding its stand on setting up an Islamic state and instituting hudud laws.

“PAS is only scuttling Pakatan Rakyat’s march to Putrajaya in the coming elections with contradictory statements on its stand on Islamic state,” he said today.

“Hudud is not included in the Pakatan Rakyat’s common policy framework, Buku Jingga. Likewise, it will not be included in the common manifesto of Pakatan Rakyat.”

He was responding to a statement by PAS youth chief Nasrudin Hassan Tantawi that those rejecting God’s laws would be considered “kufur”, an Arabic word often translated as “disbelievers”.

According to the New Straits Times, Nasrudin, in a posting on Twitter, said: “Karpal is consistent in rejecting hudud because he is a kufur. PAS must continue with its struggle to uphold Islam.

Karpal urged PAS to “stop supplying cannon fodder to the Barisan Nasional to be aimed at Pakatan”, saying that it was “counter productive and politically naive”.

He also warned Nasrudin to “mind his language” and also questioned if Nasrudin was the “spokesman of PAS”.

“I must warn this political upstart to mind his language. No one, no party, no organisation can claim to have a monopoly on God.

“I must state with all the force at my command that I believe in God. There is only one God and all religions reflect that.”


Karpal noted that PAS president Abdul Hadi Awang had publicly stated on June 3 last year that the Quran mentioned a “welfare state”, not an “Islamic state”.

“This reflects beyond the pale of a doubt that PAS has given up its aim to set up an Islamic state,” he said. “PAS has, clearly, opted for a welfare state.”

He said that since hudud was a component of the Islamic state, “any attempt by PAS now to espouse introduction of hudud in the country badly reflects the bona fides of what was decided at PAS’s Muktamar last year.”

He also noted that on June 8 last year, the New Straits Times quoted PAS spiritual adviser Nik Aziz Nik Mat as saying that the party was right in shifting its focus from “Islamic state” to “welfare state”.

The hudud question has long been a thorny issue between Islamist PAS and secular DAP, and critics of Pakatan Rakyat have constantly picked on this, saying the opposition bloc had not been able to communicate a clear stance to put the issue to rest.


In a related development, MCA Youth chief Wee Ka Siong said Karpal’s warning to MCA to stop bringing up the hudud issue was a “misdirected arrow”.

Rather than warning MCA, the deputy education minister said that Karpal should be warning the rakyat instead as MCA was merely addressing concerns of the rakyat, especially the Chinese and
non-Muslim community, noting that this was something “DAP has failed to do”.

“It is only right that MCA demands answers.”

“Instead of trading barbs with us, Karpal should instead be shifting his attention to why his own DAP comrades, in particular Lim Kit Siang and Lim Guan Eng are still continuing to keep silent, leaving him alone in his battle with PAS and their Islamic agenda.”

Read more: FreeMalaysiaToday

Dah Singgah Komen Sikit

Selepas Ning Masuk PAS.. Kini Giliran Fazura Dan Neelofa


Pantang ada artis perempuan pakai tudung.. semua masuk PAS.. alahai.. macam laa PAS nie satu kemestian dan platform untuk berubah.. Jumud laa pemikiran juak-juak PAS dan Pakatan Rakyat nie.. Hamek!! Ning sendiri keluarkan statement yang dia nie adalah penyokong kerajaan.. Undi tue rahsia tapi sebab juak-juak yang kerjanya nak balun artis bertudung je.. Ning kene dedahkan jugak rahsia..
Sebelum ini saya tidak pernah bercerita secara terbuka mengenai pendirian politik saya.

Justeru, apabila terbaca kenyataan berbaur fitnah itu di sebuah akhbar, saya memang terkejut.
Terus terang, fitnah itu boleh menjejaskan kerjaya seni saya.

Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin memberikan penjelasan, saya menyokong pemerintahan kerajaan sedia ada, kata Ning yang hadir ditemani suami, Omar Dalton.

Apa yang dikesalkan Ning, mengapa mereka tergamak menipu khalayak semata-mata bersandarkan kepada gambarnya mengenakan tudung?

Gambar itu diambil ketika saya menjalani penggambaran drama terbitan Erma Fatima tahun lalu. Saya muat turun di Twitter sebagai koleksi peribadi. Tak sangka pula ia disebarkan di blog dan terus dijadikan isu kononnya saya berhijab kerana mahu menyertai PAS, seperti yang berlaku ke atas beberapa artis sebelum ini, ujar Ning yang sudah pun menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.

-Berita Harian (Julai 28, 2012)
Dah laa jumud pemikiran juak-juak nie.. bebal dan tak boleh terima pandangan yang sememangnya betol.. Bagi diorang.. PAS tue je laa betol.. sebab PAS bawak nama Islam.. Walaupun ada kenyataan yang salah.. diorang akan cakap perkara tue sebagai pandangan peribadi.. (Jawapan selamat untuk yakinkan balik penyokong).. Orang yang pandai pon akan jadi bodoh.. Yang belajar dekat luar negara tue.. dengan bantuan kerajaan.. bile ditarbiyah oleh PAS dekat luar negara.. Yang sebelum nie rasional jadi bodoh tiba-tiba..

Ape sebenarnya yang ditarbiyah oleh PAS kepada anak-anak muda nie.. Kalaulah kerana Islam.. Mat rasa UMNO patut tukar nama jadi United Malays Muslim National Organization (UMMNO).. Tapi sebenarnya nama tue tak penting sebagaimana pentingnya perjuangan..Perjuangan untuk menjaga Agama, Bangsa dan Tanah Air..

Berbalik kepada isu artis perempuan yang bertudung nie.. Mat ada cadangan dekat juak PAS nie.. taknak cakap artis-artis dekat bawah nie masuk PAS jugak ke??

Alamak neelofa masuk PAS!!

Fazura mungkin menjadi ahli PAS seumur hidup

Kalau bakal isteri Mat pon masuk PAS.. Mat pon kene masuk PAS jugak laa.. kikiki
Kalau semua pakai tudung masuk PAS.. masak ah macam nie..Macam mana Mat nak cari bini artis.. Mat tolak bini ahli PAS.. kah kah kah!!

Dah Singgah Komen Sikit

Sunday, 29 July 2012

DAP Terasa Dengan Tanda Putera.



Usai tayangan khas filem Tanda Putera di Damansara, minggu lalu, rata-rata penonton yang diundang, larut dalam perasaan masing-masing malah ada yang menitiskan air mata.

Rasa terharu, sedih, dan bangga bercampur aduk menghasilkan semangat kecintaan terhadap tanah air yang disayangi ini.

Mungkin ada yang skeptikal dengan apa yang mampu ditawarkan oleh filem patriotik seumpama ini, melainkan fakta sejarah yang hanya mengundang kantuk.

Namun percayalah, formula diadun Datin Paduka Shuhaimi Baba selaku sutradara sepanjang 117 minit durasi filem ini bakal mengubah persepsi klise tersebut.

Tanda Putera, judul yang dipilih bagi menggambarkan petanda seorang pemimpin berjiwa besar, bukanlah sekadar filem sejarah.

Ya, tidak dinafikan filem ini antara lain mengangkat kisah benar insiden-insiden penting yang berlaku sepanjang tampuk pemerintahan perdana menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein bersama timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Menurut Shuhaimi atau lebih mesra dengan panggilan Shumi, Tanda Putera sebenarnya dibikin khas bagi mengenang jasa dan pengorbanan dua tokoh hebat tersebut.

"Filem ini melangkaui garisan, ia bukanlah sebuah filem bermotif politik atau cuba mengungkit luka masa lampau negara kita.

"Sebaliknya, saya mahu penonton merasai sendiri apa yang telah dilalui oleh pemimpin negara kita dalam mempertahankan keamanan negara.

"Dua sahabat ini berganding bahu mentadbir negara dan dalam masa sama, masing-masing menderita penyakit tanpa diketahui orang lain.

"Nilai persahabatan dan pengorbanan mereka inilah yang ditonjolkan dalam Tanda Putera agar generasi sekarang sedar nikmat dikecapi kini adalah hasil titik peluh pemimpin terdahulu," katanya.

Tanda Putera dibintangi barisan pelakon hebat, antaranya Rusdi Ramli (Tun Abdul Razak), Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Toh Puan Rahah) dan Linda Hashim (Toh Puan Norashikin).

Shumi tercabar

Berpengalaman menghasilkan filem 1957: Hati Malaya pada 2007 yang juga bergenre sejarah, kali ini cabaran dihadapi Shumi dan kru produksi lebih besar.

Hampir setahun lamanya diperuntukkan oleh Shumi yang menyertai lapan tenaga penyelidik lain untuk membuat kajian.

Apatah lagi, tokoh yang ingin ditampilkan di layar perak itu merupakan bapa kepada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maka, mahu tidak mahu, kajian terperinci diperlukan agar terjemahan Tanda Putera tidak lari daripada kisah yang benar-benar terjadi.

"Cabaran terbesar untuk mengangkat kisah benar adalah bagi memastikan filem ini tidak kelihatan seperti sebuah dokumentari.

"Memandangkan ini adalah sebuah filem cereka, saya memasukkan juga watak-watak fiksyen seperti penuntut universiti bagi menggerakkan jalan cerita.

"Bagaimanapun, kewujudan watak fiksyen ini masih bersandarkan kajian, rujukan dokumen sejarah serta pengalaman orang sekeliling," kata Shumi berkongsi cerita.

Filem hasil kerjasama Pesona Pictures dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) ini juga menelan kos yang bukan sedikit, iaitu RM4.8 juta termasuk promosi.

Menjelaskan hal itu, kata Shumi, kos tinggi itu lebih banyak dihabiskan untuk kerja-kerja kesan khas yang rumit.

"Memandangkan filem ini berlatar belakangkan zaman sekitar 1960/70-an, kita harus membuang semua struktur moden yang kelihatan.

"Bajet besar juga diperlukan untuk membina sendiri set secara digital kerana kita tidak dibenarkan membuat penggambaran di sesetengah lokasi.

"Selain itu, kita juga berdepan dengan masalah footage serta rujukan yang hampir rosak dan memakan belanja tinggi untuk memperbaikinya," katanya yang mengambil masa 10 bulan untuk menyiapkan penggambaran.

Pendedahan berani

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan mengenai Tanda Putera ialah keberanian Shumi memaparkan tragedi rusuhan 13 Mei 1969.

Masih meninggalkan kesan buat rakyat negara ini, mungkin ada yang salah faham niat Shumi memasukkan adegan yang terjadi ketika Tun Razak menjadi timbalan perdana menteri ketika itu.

Bukan mahu mengundang kontroversi jauh sekali memanaskan keadaan, jelas Shumi, wujud relevan di sebalik pemaparan kisah hitam itu.

"Sudah tiba masanya kita berdepan dan mengetahui kisah sebenar mengenai trauma yang selama ini menghantui negara.

"Setelah melakukan kajian secara terperinci, saya yakin dengan interpretasi dalam filem ini iaitu peristiwa 13 Mei bukan bermula daripada rusuhan kaum.

"Apa yang lebih penting ialah rakyat dapat melihat kebijaksanaan pemimpin ketika itu menyelesaikan rusuhan tersebut," katanya yang berharap penonton dapat menerima filemnya ini dengan minda terbuka.

Malah, kata Shumi, dia mengundang sendiri sekelompok penonton yang berbeza fahaman politik untuk menonton filem ini dan memberi pandangan sebelum ia ditayangkan.

"Mereka bersetuju bahawa Tanda Putera bukanlah filem yang menyebelahi mana-mana pihak.

"Atas pandangan mereka jugalah, filem ini terpaksa disunting sebanyak 30 peratus kerana ada adegan yang terlalu 'ganas'.

"Mengangkat kisah benar pastinya ada adegan yang boleh diterima dan tidak, jadi kita kena ambil kira pandangan penonton juga," kata Pengarah
Filem Terbaik sebanyak tiga kali di Festival Filem Malaysia (FFM) ini.

Kecewa tayangan ditunda

Dalam keterujaan untuk melihat filem kelapan arahannya ini memasuki panggung, Shumi akur apabila tarikh tayangan terpaksa ditunda.

Sepatutnya ditayangkan pada 13 September ini, kekecewaan jelas terpancar di wajah Shumi apabila Tanda Putera hanya akan menemui penonton pada satu tarikh yang ditentukan kelak.

Seperti dijelaskan Ketua Pengarah Finas, Mohd Naguib Razak, pihaknya terpaksa menunda tayangan Tanda Putera kerana mahu beri lebih ruang promosi bagi filem sangat berharga ini.

Malah, Naguib turut menolak penundaan itu berkait rapat dengan bahang pilihan raya yang makin hampir.

Biarpun sedikit terkilan, wanita berhati waja ini yakin dengan percaturan Finas yang membuat keputusan untuk tidak menayangkan Tanda Putera pada tarikh asal.

"Sejujurnya, saya dan barisan pelakon tidak sabar menanti tayangan filem ini pada 13 September sempena mood hari merdeka dan Hari Malaysia.
"Walaupun kecewa, saya tiada bantahan dan percaya Finas mempunyai tarikh yang lebih sesuai," katanya.

Dah Singgah Komen Sikit

Kenapa Johan Asyik Ikut Ozlyn Jer??


Alhamdulillah.. rezeki bulan RAMADAN nie.. Bulan yang penuh berkat nie diserikan dengan berita gembira buat pasangan suami isteri, Johan dan Ozlyn apabila bakal menerima orang baru tidak lama lagi.. Ternyata hasrat pasangan ini untuk menambah cahaya mata dimakbulkan Tuhan.

Ozlyn yang kini hamil empat bulan menyatakan perasaan terujanya untuk menantikan kelahiran anak ketiga mereka.. Biarpun menyedari tanggungjawabnya kini akan bertambah namun ianya tidak pernah menghalang Ozlyn dari menjalani ibadah puasa dengan kesabaran..
Ozlyn sekarang nie berjaya berjaya berpuasa walaupun dalam keadaan begini.. Ozlyn menyimpan harapan untuk berpuasa penuh pada tahun nie dengan prestasi kandungannya yang baik memungkinkan Ozlyn untuk berpuasa..

Walaupun Ozlyn mengalami masalah gastrik yang teruk.. tetapi dalam bulan puasa nie masalah gastrinya hilang.. Mungkin nie rahmat dalam bulan ramadhan nie..

Menariknya dalam keadaan yang berbadan dua nie.. Johan sudah mula memberikan banyak perhatian kepada Ozlyn.. Kalau dulu Ozlyn yang ikut Johan.. Tapi laa nie Johan pulak yang ikut Ozlyn.. Dah boleh jadi UTK.. Haha.. Johan banyak meluangkan masa untuk bersama keluarga ketika nie..


TAHNIAH YER YOB..HEHE

Dah Singgah Komen Sikit

Manusia Kejam Atau Buaya?? Saksikan.


Pada mula Mat tertanya-tanye jugak ape laa sebabnya buaya nie diperlakukan sebegini kejam.. Dah laa di bunuh.. di belah perut semua bagai.. Diorang nak carik ape?? Setelah melihat video nie.. Mat tahu kenapa diorang buat macam nie..



Berhati-hati ketika mandi sungai.. usha lu ada buaya ke tak.. 

Dah Singgah Komen Sikit

Saturday, 28 July 2012

Nik Aziz Hina Nabi. Mano Ngaji niii..!!





Dah Singgah Komen Sikit

Mahasiswa UKM Patut Malu..



Bagaimana Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) boleh menunjukkan sokongan kepada entiti BERSIH? Semua orang tahu yang 8 tuntutan yang di minta oleh BERSIH adalah betol.. tapi cara yang dilakukan oleh diorang nie salah..

Mat tak lihat sokongan yang GMUKM nie bagi adalah berpihak kepada 8 tuntutan tue.. tapi lebih kepada parti politik yang turut serta dalam BERSIH.. Memang betol laa BERSIH tue entiti yang legal dari mahkamah.. tapi perbuatan yang peserta bersih lakukan.. dan provokasi yang dilakukan oleh peserta BERSIH kepada pihak Polis tidak dapat diterima dan ianya haram!!

Tengok je laa semasa BERSIH 3.0.. Siapa yang memulakan provokasi terhadap POLIS? Anwar Ibrahim yang memulakan provokasi.. Mat akui yang demo BERSIH 3.0 pada mulanya merupakan demo yang paling besar dan aman pernah diadakan sehinggalah provokasi daripada beberapa orang pemimpin pembangkang yang telah menyebabkan huru hara..

Bagaimana golongan intelek seperti mahasiswa nie boleh bersetuju dan menyokong BERSIH?? Diorang nie tarak akal ke nak fikir yang mana betol ataupun yang mana salah.. ke diorang nie adalah ahli PAS sesat?? Yang telah dibutakan hati untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk??


Apa yang ditunjukkan oleh GMUKM nie bukan lagi berasaskan politik mahasiswa malah lebih kepada politik luar.. Bagaimana blog Mahasiswa boleh diselitkan dengan politik luar.. Mat tengok diorang nie asyik cakap takde unsur politik luar yang masuk campur dalam kampus.. tapi dengan adanya blog nie menunjukkan yang sememangnya diorang nie adalah salinan kepada parti PAS yang memakai topeng  mahasiswa..

Isu mahasiswa tenggelam dan isu nasional pula naik.. menghentam kerajaan dan perdana menteri.. Apakah kaitan politik mahasiswa nie dengan kerjaan dan perdana menteri?? Mat dapat buat satu kesimpulan yang sebenarnya GMUKM adalah satu entiti pembangkang yang bertopengkan mahasiswa.. siapa berani sangkal apa yang mat cakap nie?? 

Buktikan kepada Mat dan mahasiswa UKM yang GMUKM adalah pejuang hak mahasiswa dan bukannya pejuang bangkai pembangkang..

Dah Singgah Komen Sikit

Apakah Disebalik Tanda X nie??



Cubaan untuk sunat diri sendiri.. Apa nak jadi dengan budak nie.. mungkin taknak jadi macam Anwar ibrahim kot.. Ha Ha Ha


Dah Singgah Komen Sikit

Thursday, 26 July 2012

Apakah Yang Sedang Di Lakukan Oleh Perempuan nie??

sekadar gambar hiasan

Apakah yang cuba dilakukan oleh perempuan dalam kereta nie sampai ramai sangat pejalan kaki tengok dia.. Apakah sebenarnya yang terjadi pada perempuan dalam kereta merah nie??



Ouhh.. Perempuan nie cuba nak park kereta dia dan dibantu oleh sekumpulan penyokong bola german.. WELL DONE!! Kalaulah dekat Malaysia boleh tolong menolong macam nie.. Bagusnya..

Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday, 25 July 2012

PUASA WAJIB.. Tapi SOLAT PON WAJIB.. ACANE??

Ibadah jadi adat, ikutan hanya dapat lapar dan dahaga
Amalan puasa orang yang tidak solat, rosak dan tidak diterima Allah kerana ibadah lain hanya akan dilihat Allah selepas ibadah solat. Bagaimanapun, jangan terkejut kerana ramai hari ini yang berpuasa tetapi meninggalkan kewajipan solat.
Pakar motivasi, Halim Din, berkata 80 hingga 85 peratus mereka yang berpuasa tidak menunaikan solat kerana berasakan kewajipan lima kali sehari itu payah untuk dilaksanakan. Sedangkan katanya, nilai ketinggian seorang hamba di sisi Allah dinilai daripada kesempurnaan solat mereka.
Untuk melihat ibadah lain, Allah akan lihat solat dulu. Jika tidak solat, ibadah lain Allah tidak akan lihat. Malangnya, umat hari ini beriya-iya berpuasa, tetapi tidak solat. Mereka hanya dapat lapar dan dahaga saja, katanya pada majlis Ihya Ramadan di surau The New Straits Times Press (NSTP).
Katanya, soalan berkaitan berpuasa, tetapi tidak solat sering ditanyakan selain beberapa perkara yang dilihat sebagai remeh membabitkan ibadah puasa seperti adakah kentut atau mengorek telinga membatalkan puasa.
Orang Islam kian jahil
Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan orang Islam kian jahil perihal agama dan puncanya ialah sikap ambil mudah selain malas belajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang akan mengeluarkan diri daripada kegelapan.
Halim berkata, sepatutnya sebelum kedatangan Ramadan, umat Islam sudah bersedia menelaah bab puasa termasuk perkara membatalkan puasa dan lebih penting, perkara membatalkan pahala puasa seperti digariskan Al-Ghazali dalam kitab tasaufnya.
Disebabkan malas belajar, nilai ibadah kini dilihat lebih sebagai adat atau amalan ikut-ikutan bukan ibadah sebenarnya yang mempunyai hikmah serta matlamat menunaikannya iaitu mendapatkan keredaan Allah.
Beliau memberi contoh jemaah solat tarawih yang jumlahnya ramai pada 10 malam pertama, tetapi kian berkurangan minggu berikutnya dan keadaan bertambah menyedihkan malam-malam terakhir Ramadan.
Satu minggu pertama masjid meriah dengan jemaah, tetapi masuk minggu kedua, kita jadi hairan ke mana perginya yang ramai itu. Cuba kita renungkan kerana inilah yang dilihat apabila amalan hanya ikut-ikutan.
Lebih menyedihkan ketika akhir Ramadan bunyi mercun dan lagu raya lebih kuat hingga sudah tidak mempedulikan tarawih atau tazkirah. Apabila kita langsung tidak ambil peduli ilmu inilah yang berlaku, katanya.
Ilmu pacu umat ke depan
Beliau berkata, jika umat Islam mempelajari asas difardukan ibadat, mereka akan melakukan ibadat puasa dalam keadaan mengetahui dan tidak kira apa yang datang, ia sedikit pun tidak akan menggugat puasa mereka.
Katanya, ilmu akan memacu umat Islam ke depan dan dalam aspek ibadat mereka boleh melihat peningkatan dari sudut kualiti puasa serta sentiasa berusaha memastikan ibadat itu diterima Allah.
Halim turut berkongsi pengalaman ketika di Pusat Zakat Selangor, berdepan isu bayaran kafarah oleh suami yang bersetubuh dengan isteri pada siang hari Ramadan kerana tidak menyangka masih berlaku perkara seperti itu.
Syor umat timba ilmu agama
Saya ingat sudah tiada kes bersetubuh pada siang Ramadan, tetapi masih berlaku. Jika orang ada ilmu mereka akan faham tetapi disebabkan tidak mempunyai ilmu dan tidak mahu belajar, itu yang hancur, katanya.
Kafarah bagi suami yang bersetubuh dengan isteri pada siang Ramadan ialah memerdekakan hamba, jika tidak mampu puasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin.
Justeru, beliau menasihatkan umat Islam supaya menggunakan akal, iman dan hati untuk menimba ilmu supaya mereka tahu tujuan amal ibadat yang dilakukan, bukan beramal kerana terikut-ikut atau sekadar meneruskan budaya. – BHarianOnline

Dah Singgah Komen Sikit

Karpal Singh Akan Sokong Hudud Jika??


Tak payah sembang banyak.. kelik link nie untuk kepastian yang post nie adalah dari NST.. [SINI]
Seorang yang bergelar Ustaz berbohong?? Ingat orang nak percaya ke?? Memanglah Ustaz tue pon manusia tapi kalau keje asyik nak membohong je.. campak longkang nak?? haha..

“I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?” said the DAP stalwart, who is well known for his strong opposition to any attempt to introduce Islamic laws in this country."-Karpal Singh

Cakap pon tak gune.. sepak pon tak kene.. hadoiii.. Tapi macam biasalah juak-juak PAS nie akan mengeluarkan pandangan peribadi atas kenyataan yang dilakukan oleh OSTAD diorang nie.. Muak betollah dengan juak-juak nie.. Macam nie nak diangkat menjadi pemimpin?? Menipu je keje nye.. Korang baca laa dekat link nie kalau nak tahu cerita sebenar.. [ BACA SINI WEYH!!]

OSTAD PAS memang menjadi pilihan orang yang malas berfikir..Terlalu taksub sehingga percaya 100%..


Dah Singgah Komen Sikit

Zed Zaidi Kemalangan??


Mat terkejut baca entri dari brader jai yang mengatakan Zed Zaidi kemalangan.. Mat malas nk tulis panjang.. Kelik SINI untuk tau lebih lagi.

Dah Singgah Komen Sikit

Harimau Muda Nyaris Memalukan Arsenal.



Tahniah diucapkan kepada Harimau Muda kerana berjaya mengekang pasukan Arsenal daripada kenduri besar malam nie.. Nampaknya mutu persembahan yang ditunjukkan oleh anak muda yang bermain nie semakin baik.. Kalau tahun lepas Malaysia kalah 4-0.. tapi kali nie Arsenal hanya mampu menang dengan 2 jaringan.. tue pon pada minit-minit akhir permainan..

kalau tak tercatat satu lagi sejarah selepas zaman mokhtar dahari yang mengalahkan pasukan Arsenal satu ketika dahulu dengan 2-0.. Mat cakap game Harimau Muda kali nie memang terbaik.. Sampai tumpah-tumpah air yang mat minom sebab geram Malaysia tak dapat menambah jaringan gol..

Sebab Mat nie penyokong tegar Manchester United.. Mat memang nak sangat Arsenal dikalahkan oleh Harimau Muda.. Baru fans Arsenal nie terdiam sikit.. HaHa.. Player gah tapi kalah dengan anak muda Malaysia.. Tapi apa-apa pon Mat tetap berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan oleh anak muda nie..
Tapi Mat ada jugak terfikir.. Kalaulah Malaysia menang.. mesti juak-juak PR yang sokong Arsenal nie akan cakap nie mesti ameno yang bayar.. kah kah kah

Dah Singgah Komen Sikit

Lukisan Yang Pastinya Membuatkan Penggemar Tatu Menganga..





Bukanlah nak memuji tatu nie.. tapi nak cakap betapa kreatifnya orang nie sampai benda nie nampak real.. Bagi penggemar tatu (bukan untuk orang Islam).. korang patut try benda alah nie.. lawa kot.. hahhaa.. tapi korang mesti tak boleh lawan tatu paling smart sekali.. Teruja Mat melihat anugerah yang diberikan otak kreatif yang diberikan.. 


Sampai dekat lidah pon boleh bertatu.. pergh!! giler baii.. haha..



Dah Singgah Komen Sikit

Monday, 23 July 2012

Semangat Pejuang Syria..



Lihatlah sendiri kekejaman yang berlaku di Syria.. Apa yang menyayat hati adalah tidak kira umur usia.. mereka berjuang.. Walaupun telah tercedera.. mereka bangkit.. ADAKAH KITA BERSAMA-SAMA dengan MEREKA??

Dah Singgah Komen Sikit

Hinakah Manusia Sebegini??



gambar sebelum
gambar selepas.
Manusia itu dijadikan oleh Allah dalam pelbagai rupa bentuk dan keupayaan.. tapi janganlah kita memandang hina sesuatu ciptaan Allah tue.. Jangan dijangka orang yang buruk rupanya disisi manusia akan buruk juga disisi Allah..

renung-renungkan.. Dan selamat beramal..

Dah Singgah Komen Sikit

Perjuangan UMNO Persis Perjuangan Komunis.


Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis.

Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

"Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya Umno menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Seri Kembangan, di sini.

Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin sebagai usaha Umno dan BN menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.

Dah sangkut dengan JI nak jugak kaitkan ameno dengan komunis.. Kenyataan Mahfuz Omar dalam harakahdaily...

"Malah yang meyakinkan rakyat bahawa Umno diresapi komunis ialah Umno sendiri dan sebab itulah saya percaya masih ada saki baki komunis di dalam Umno hasil perkaderan pemimpin-pemimpin Umno berkenaan," kata beliau ketika menolak tuduhan dalam laporan Bernama kononnya pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat."-Mahfuz Omar
kenapa laa sekarang bile naik isu nie ameno jugak yang dalang.. alahai.. sekarang nie Ahmad Zahid dah jawab.. Mahfuz nak cakap apa lagi.. ingat lagi tak dulu mat sabu penah cakap pasal Mat Indra penjuang negara??

Betollah Mat Indera nie pejuang.. tapi dia menggunakan platform yang salah untuk berjuang.. Sejarah tak pernah silap.. Yang silap adalah status mat indera.. tue je.. sekarang nie Mahfuz cakap pulak ameno pulak yang diresapi komunis..

lantak kau laa Mahfuz Omar nak cakap apa.. cakap kosong baik gi kedai kopi.. cakap sekarang nie nak kene ada bukti.. bukan main cakap je.. orang pon ada akai..pirahhh!!


Dah Singgah Komen Sikit

Kemalangan Ngeri Yang Meragut Nyawa.






Kemalangan tue tak berbau.. Tapi tak logik laa sampai macam nie.. tak terjangkau dek pemikiran Mat macam mana kereta-kerata nie boleh kemalangan sampai macam nie.. Logik ke tak??

Nie mesti salah AMENO.. kah!! kah!! kah!!


Dah Singgah Komen Sikit

Sunday, 22 July 2012

Allah dan Nabi Muhammad DiHina. Cari Perempuan nie!!





Bulan-bulan puasa nie syaitan kene rantai.. mat tak pasti dia nie syaitan ke apa.. len macam je.. selamber je dia hina Allah dan Junjungan mulia Muhammad S.A.W.

Apa bisa kita lihat Allah dan Nabi Junjungan kita dihina sebegini rupa?? Itu yang bakal terjadi kalau DAP mengambil menjadi kuat!!


Dah Singgah Komen Sikit

MiloSuam: Kau Tak Layak Nak Komen Ustaz Kazim...!!!



Lihat apa komen blogger kurang masyuk MILOSUAM ke atas video nie..


Sekurang-kurangnya MiloSuam.. Dia nie adalah Ustaz yang betol-betol berjuang atas nama Islam.. Dia bergerak sendiri dengan usaha dia untuk memperbetolkan akidah umat Islam.. Dia bukan duk pelekeh orang sesuka hati.. 

Biarlah dia baca UTUSAN ke.. HARAKAH ke.. Ilmu dia dalam agama nie sememangnya lagi bagus dari blogger MiloSuam.. Ini ke taraf blogger pembangkang??

U shud shame on you first MiloSuam.. Ustaz Kazim dah lama dalam bidang agama nie.. sudah jauh dia melangkah untuk memperbetulkan akidah orang Islam.. Dan MILOSUAM buat ape untuk memperbetulkan akidah orang ISLAM?? 

Ataupun tugas MILOSUAM hanya memecah-belahkan umat manusia nie.. memasukkan sifat-sifat benci ke dalam hati dan sanubari saudara seIslam untuk membenci saudaranya yang lain?? Macam tue ke??

Ustaz kazim telah mendapat jemputan oleh Polis Australia untuk memberikan ceramah di sana.. Ilmu yang Ustaz kazim share bukan je pada orang Islam Malaysia.. Tapi sampai ke luar negara.. MILOSUAM BUAT APA UNTUK SEBARKAN AGAMA ISLAM....?????!!!!!

Dan seperti biasa Mat tengok orang yang menyokong pembangkang nie seperti tak dapat menerima pandangan daripada orang lain selain OSTAD-OSTAD mereka.. OSTAD diorang laa yang paling betul sekali.. 

Malulah MILOSUAM!!

Dah Singgah Komen Sikit

Apa Di Sebalik Simen Nie..??!!




Apelah salah manusia nie sampai diperlakukan sebegini rupa.. Besar sangatkah dosa yang dia buat sampai kene macam nie?? Kejamnye dunia... [SUMBER]


Dah Singgah Komen Sikit

Saturday, 21 July 2012

Duit Raya Untuk Penjawat Awam??



Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Dengan wajah yang ceria, Najib berkata, beliau akan melihat 'buku kira-kira' kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.
   
"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
   
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.
   
Pada 16 Julai, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan.
   
Najib ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan cek Durian Runtuh Felda Fasa 2 dan pakaian kepada Pegawai-pegawai Masjid serta sumbangan Apron kepada peniaga dan bantuan cermin mata kepada penduduk Pekan di Dewan Umno Pekan, di sini.
   
Dalam ucapannya beliau menegaskan agar pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tidak menghalang usaha kerajaan dalam memajukan negara.
   
Mengambil contoh penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, beliau berkata, pihak yang cuba menghalang disifatkan sebagai busuk hati  kerana tidak suka melihat kerajaan membantu meningkatkan kehidupan rakyat.
   
"Jangan halang usaha kerajaan untuk majukan negara dan rakyat, tidak sokong tidak apa... dalam hal ini (penyenaraian FGVH) kita tak boleh halang sebab ini adalah hal yang baik dan untuk kebaikan rakyat," katanya.
   
Bercakap kepada pemberita kemudian Najib berkata, jika peneroka ingin membeli tambahan saham, mereka perlu membelinya di pasaran saham terbuka.
  
"Pihak Felda perlu membantu peneroka untuk membelinya di pasaran terbuka dengan harga semasa. Walaupun peneroka telah ditawarkan dengan 800 unit saham ketika saham tersebut dilancarkan mereka juga tetap dapat keuntungan kerana 20 peratus saham FGVH telah dimasukkan ke dalam tabung amanah yang akan membayar dividen setiap tahun kepada mereka," katanya.
   
Ditanya mengenai laporan akhbar berhubung senarai awal calon Barisan Nasional yang ditolak 50 peratus daripadanya, Najib berkata:  "Kita belum memuktamadkan calon-calonnya dan kita akan memutuskannya apabila tiba masanya, jadi semuanya hanya spekulasi. Umno pun belum, kita tengah semak-semak dan belek-belek lagi," katanya. - Bernama


harap-harap laa dapat duit ghaye!! 

Dah Singgah Komen Sikit

Pelatih Kolej Maut.

gambar hiasan
Seorang pelatih di sebuah syarikat swasta maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja penyelengaraan di KL Sentral hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pelatih berumur 20an dari sebuah kolej di Melaka maut kira-kira pukul 7 pagi tadi.

"Ketika kejadian, pelatih itu sedang melakukan kerja penyelenggaraan kabel elektrik di tingkat bawah bersama penyelia dan seorang lagi rakannya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, penyelianya yang berumur lingkungan 40-an itu dan rakan mangsa hanya cedera kerana sempat menyelamatkan diri.— BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Friday, 20 July 2012

Aku Adalah Nabi Akhir Zaman.


Ayer Keroh – Seorang bekas kapten kapal didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam kerana mengaku dirinya Allah dan Nabi akhir zaman.
Bagaimanapun, tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Rembia Perkasa 14, Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, jam 3.15 petang kelmarin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengejek agama Islam dengan menyatakan ‘aku mengaku aku Allah’ dan ‘aku ini Nabi akhir zaman’.
Dia dituduh mengikut Seksyen 62, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu mempersenda agama Islam.
Sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih 36 bulan atau kedua-duanya.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Syarie, Che Zam Zam Che Man di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir.
Tertuduh mengejutkan mahkamah apabila tiba-tiba naik berang dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahannya.
“Benda itu (tuduhan wujud) lepas saya ditangkap, lepas semua kecoh. Apa kesalahan saya pada awal ditangkap, atas dasar apa?,” katanya dalam nada tinggi.
Mohd Asri kemudian menasihatkan tertuduh supaya menjawab soalan sama ada dia faham atau sebaliknya pertuduhan dan menyatakan pengakuan bersalah atau tidak.
Selepas keadaan tenang, tertuduh meminta pertuduhan dibacakan sekali lagi oleh jurubahasa yang mana dia kemudian mengaku tidak bersalah.
Che Zam Zam memohon tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin dari kalangan ahli keluarga terdekat.
Tertuduh dalam reaksi spontan dengan nada keras memberitahu tidak mempunyai wang, selain tiada ahli keluarga terdekat.
Mohd Asri membenarkan permohonan Che Zam Zam dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula. (Berita Harian)
Nie laa jadinya kalau tak sedar diri~ Ingatkan zaman mengaku nabi nie dah berakhir.. Huh!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...