-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 6 June 2012

UNISEL Tolak PTPTN. Mahasiswa Jadi Mangsa.


Apa lagi yang mereka akan perkatakan kali ini. PTPTN kini telah menurunkan jumlah bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam dan kebanyakkan mahasiswa gembira akan keputusan yang dibuat oleh pihak PTPTN tetapi ada satu isu yang kini menjadi isu besar kepada mahasiswa yang berada di Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Mahasiswa UNISEL kini terpaksa menjana wang sendiri untuk membayar yuran pengajian di UNISEL. Mat melihat perkara ini sebagai sesuatu yang membebankan mahasiswa disana. kenapa mat cakap macam itu?? Sebelum mat terangkan pasal beban mahasiswa UNISEL nie, mat nak bagitau korang graft kemasukkan mahasiswa ke UNISEL sejak beberapa tahun ini.


Jumlah pelajar yang masuk ke UNISEL adalah semakin berkurangan saban tahun, perkara ini jelas dan pihak UNISEL sendiri tahu akan data ini. Jumlah kemasukkan semakin berkurangan akibat oleh yuran yang tidak mampu ditanggung oleh mahasiswa disana. Cuba korang bayangkan jika mereka ini tidak memperolehi pinjaman PTPTN?? adakah mereka mampu untuk melanjutkan pelajaran mereka ke UNISEL?? Berikut adalah surat penolakan PTPTN yang diberikan kepada pelajar UNISEL.

Klik Untuk Gamba Lebih Jelas.



UNISEL dan kerajaan negeri mesti bertanggungjawab atas bebanan yang mereka berikan kepada mahasiswa UNISEL. Mahasiswa yang masih mempunyai baki semester di UNISEL terpakasa berhadapan masalah yang besar dalam menjelaskan bayaran yuran pengajian mereka selepas ini akibat pihak UNISEL telah meminta untuk menolak pinjaman PTPTN yang sedia ada. Mat rasa tak ada masalah bagi mereka yang berada tapi bagi yang tidak, mereka tidak mempunyai sumber lain untuk meneruskan pengajian mereka kecuali membuat kerja part time dan ini akan mengganggu pelajaran mereka.

Lagi menyedihkan mat adalah pelajar yang baru ingin merasa nikmat belajar di universiti terpaksa berhadapan dengan masalah untuk membayar yuran. mereka terpaksa memikirkan cara lain untuk memastikan yuran pengajian mereka dijelaskan. Korang boleh bayangkan tak survival mereka di universiti nanti macam mana??

OK laa, kalau korang cakap PTPTN takde tetapi mereka boleh bergantung harap kepada yayasan selangor. Mat nak bagitau korang yang Yayasan Selangor tidak akan memberi pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke DIPLOMA, IJAZAH mahupun SIJIL. yang diorang nak bagi pinjaman adalah kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke SIJIL KEMAHIRAN. (SUMBER 1) dan (SUMBER 2)

Setahu mat, Menteri Pengajian Tinggi takde pulak cakap yang PTPTN ini ada sekatan untuk pelajar UNISEL, menteri nak pastikan yang PTPTN dapat bagi pinjaman kepada semua tidak kira mahasiswa dari IPTA ataupun IPTS.

Disini mat nak syorkan kepada SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA, MALAYSIA BANGKIT dan PRO-MAHASISWA untuk menganjurkan OCCUPY DATARAN paling gempak dan terbesar pernah diadakan. FAHMI REZA dan rakan-rakan perlu untuk menolong adik-adik seperti Syahid Zaini dan keluarga, Safwan Anang dan keluarga, Khalid Ismath dan Keluarga, serta LONE RANGER Adam adli.. 

P/S: BANTAH KERAJAAN SELANGOR!! BANTAH YAYASAN SELANGOR!! BANTAH UNISEL!! STUDENT POWER!!!!!! kahkahkah!!! Psssttttt!!! jangan buat laa.. nanti anuar ibrahim marah!! kahkahkah!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...