-->

Sebelah Sayap

Monday, 4 June 2012

Perhimpunan Hijau Dan Hari Belia DiBandingkan. (WAJIB BACA)

Persamaan antara kedua-duanya adalah mendapat sambutan ramai atau disertai ramai orang namun mempunyai ciri-ciri yang jelas berbeza. 

Untuk Himpunan Hijau, ulamak selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjadi tarikan manakala Himpunan Sejuta Belia pula membawa penyanyi K-Pop dari Korea. 

Yang menariknya, angka RM2.4 juta bayaran untuk membawa K-Pop ke Himpunan Sejuta Belia menjadi sorotan pelbagai pihak termasuk akhbar MCA, The Star.
Berikut merupakan beberapa komen yang dilemparkan oleh Haprak Harian. mat tak nak laa kata diorang nie tak berapa nak guna akal ketika bercakap, Himpunan Hijau tue dihadiri oleh orang Islam, Melayu dan ahli PAS. Tapi Hari Belia Negara (HBN) bukan sahaja dihadiri oleh oleh Islam dan melayu, malah dihadiri oleh jutaan belia yang mempunyai pelbagai agama dan bangsa.

secara logik akalnya.. adakah Hari Belia Negara nie patut dipenuhkan dengan slot Ustaz-ustaz sahaja?? jika begitu terdapat ketidak adilan yang berlaku semasa hari belia tue.. SO?? apa mat boleh kate semasa hari belia tue terdapat slot untuk orang yang beragama islam dan bukan untuk beragama islam.

Kenapa slot ceramah yang ada dalam HBN tidak diperkatakan?? kenapa mesti K-POP?? Sebab K-POP menelan belanje yang besar?? mat nak jelaskan dekat sini, K-POP tue ditaja oleh



RM900k untuk kumpulan K-POP masuk adalah hasil tajaan. OKE?? Tak guna duit rakyat pon. Tak guna main sembur je dan tabur fitnah. mat ada terbaca beberapa post di facebook, bukan main seronok share pelbagai perkara walhal kita tak tahu sama ada sahih atau tak benda tue.. 

mat fikir-fikir balik, adalah tidak munasabah untuk juak-juak pembangkang nie main hentam je KBS dan kerajaan. Diorang tak nak tahu apa yang kerajaan cakap, dan hanya dengar sebelah pihak. Malah mereka meminta lebih dari kerajaan sedangkan apa yang ingin dijelaskan tidak mahu didengar.

mat bagi anologi senang laa.. seorang cikgu nak menerangkan kepada anak muridnya bagaimana nak menyelesaikan masalah maths.. tetapi anak muridnya tidak mahu untuk mendengar penjelasan malah menuduh cikgunya tidak mengajar yang sepatutnya.. apabila keputusan peperiksaan keluar dan mereka gagal untuk mendapat keputusan yang cemerlang mereka menyalahkan cikgu.. Siapa salah?? adakah cikgu yang bersalah???

P/S: Kalau artis yang masuk PAS nie selalu cakap UMNO yang salah.. dia tonggang arak.. UMNO jugak yang salah.. Dia tak tahu pasal agama pon UMNO yang salah.. KAHKAHKAH!!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...