Nik Aziz Membina Lebuhraya ‘Syurga’ Di Kelantan. Dalam artikel kronologi yang seringkas mungkin ini, penulis hanya ingin berkongsi latarbelakang serta hanya sedikit ulasan berkenaan projek lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) yang sekarang sedang hangat digebang merata alam oleh pemimpin dan penyokong PAS.
Umum sedia maklum sejak seawal bulan Disember 2010, dunia politik tanahair telah dihangatkan dengan desas desus dan khabar angin yang bertiup kencang menjangkakan parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya umum ke 13 bakal dilangsungkan dalam bulan Mac 2011. Ramalan tersebut kemudiannya tersasar lantaran itu ia dianjak pula dengan jangkaan ianya akan diadakan pada akhir tahun yakni bulan November 2011.
Tidak semena-mena pada tanggal 10 Ogos 2011 (Sinar Harian 11082011), Husam Musa mengumumkan kerajaan PAS Kelantan akan membina lebuhraya KB-KK yang panjangnya 63 km secara penswastaan dengan kos sekitar RM1.9 bilion dan apabila ‘siap’ kelak mungkin pengguna akan dikenakan tol. info sampingan: pada 18 Mei 2011 iaitu kira-kira tiga bulan sebelum Husam dan kerajaan PAS Kelantan mengumumkan lebuhraya ‘syurga’, Kerajaan Pusat melalui agensinya JKR ada menjawab persoalan seorang pembaca Berita Harian berkaitan jalan baru Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang-Simpang Pelangai (Central Spin Road sebahagian dari Central Spin Expressway). sekian.
Pada 24 Ogos 2011 (Sinar Harian Online 24082011), Husam Musa mendakwa tiga (3) syarikat kelas A berminat telah menghantar tawaran masing-masing untuk membida projek lebuhraya sepanjang 63 kilometer itu. Seterusnya pada 15 September 2011 (Haprakdaily 15092011 & Sinar Harian 16092011), sekali lagi beliau mengulangi pengumuman bahawa kerajaan PAS Kelantan telah tekad akan membina lebuhraya KB-KK itu secara penswastaan dan diikuti dengan pengesahan kadar tol yang akan dikenakan adalah pada tahap minima yang tidak membebankan pengguna.
Selanjutnya kata Husam lagi, kutipan tol akan dibatalkan sebaik sahaja pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan pusat dan royalti minyak dikembalikan. Dengan duit royalti itu, lebuhraya tersebut akan diambil alih oleh kerajaan negeri. Respon terakhir bagi tahun 2011 berkaitan ura-ura lebuhraya tersebut datangnya dari Nik Aziz melalui kenyataannya pada 18 Oktober 2011 semasa sidang DUN Kelantan.
Kata Nik Aziz, kerajaan Kelantan sedang meneliti cadangan tersebut yang akan dibangunkan dengan kerjasama swasta. Kelihatan seakan bersungguh benar kerajaan PAS Kelantan tika itu mahu membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai sekalipun kantung kewangannya tipis dan belanjawan negeri acapkali mengalami defisit manakala di masa yang sama hutangnya dengan kerajaan pusat terus meningkat kepada lebih satu billion. info selingan: salah satu sumber kewangan negeri ialah konsesi kayu balak. kebetulan tahun 1978 PAS jatuh di Kelantan selain kes tikam belakang kawan, juga turut melibatkan skandal kawasan balak.
kebetulan juga, ladang rakyat di Gua Musang turut dibangunkan di kawasan yang ada kayu balak. sekian. Bagaimanapun barangkali disebabkan ramai pihak telah tampil secara lantang mempertikaikan kenapa perlunya diwujudkan kutipan tol sedangkan selama ini pakatan pembangkang khususnya PAS dan PKR sering mendakwa kutipan tol adalah bentuk penindasan kapitalis terhadap rakyat, maka untuk seketika isu lebuhraya tidak lagi kedengaran. Dan tarikh 11.11.11 yang dikhabarkan parlimen akan bubar akhirnya berlalu begitu sahaja, turut berlalu dan senyap sepi ialah perkhabaran berkenaan lebuhraya ‘syurga’.
Tahun baru 2012 kemudiannya menjelang tiba, tika itu hangat isu Anwar Ibrahim dan pemecatan Hasan Ali dek angkara tangan ghaib dari PKR dan DAP. Saat ini tidak kedengaran walau sebutir kata perkhabaran terkini perihal lebuhraya yang gah diwar-warkan beberapa ketika sebelum ini. Tika ini juga kembali hangat desas desus dan ura-ura pilihanraya umum ke 13 kemungkinan akan berlangsung sekitar Jun 2012 selepas beberapa ramalan sebelumnya tidak menepati sasaran.
Tiba-tiba pada 12 Februari 2012 (Haprakdaily 12022012), Husam Musa kembali membuka mulut katanya, kerajaan negeri telah menerima cadangan dari lima (5) buah syarikat yang berminat dengan projek lebuhraya KB-KK sepanjang 73 kilometer itu sejak tawaran dibuka dari 2 Januari 2012 hinggalah ditutup pada 9 Februari 2012. Agak menghairankan kerana sebelum ini dalam kenyataannya pada 24 Ogos 2011, Husam mendakwa telah menerima cadangan dari tiga syarikat kelas A.
Kenapa pula sekali lagi tawaran dibuka pada 2 Januari hinggalah tawaran ditutup pada 9 Februari 2012 yang menyaksikan lima syarikat dikatakan telah menghantar cadangan projek? Pada 3 April 2012, semasa berucap di majlis Makan Malam Dana Piliharaya PAS Kawasan Kota Bharu, Husam mendakwa “tiga dari tujuh tender syarikat yang memohon tander untuk mengambil bahagian dalam pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, akan dibawa ke mesyuarat exco pertengahan April”. Sekali lagi timbul persoalan dalam benak penulis, kenapa angka syarikat yang memohon boleh berubah-ubah. Dari tiga menjadi lima dan sekalipun tawaran telah lama ditutup, tiba-tiba sekarang menjadi tujuh pula? Ada sesiapa yang mahu memberi penjelasan?
Kemudian pada 10 Mei 2012 (Haprakdaily 10052012), Husam mengumumkan pembinaan lebuhraya akan dimulakan pada akhir bulan ini disamping itu katanya lagi konsep lebuhraya tersebut adalah bebas tol kerana ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Bagaimanapun pada 16 Mei 2012, konsep bebas tol dengan tanggungan sepenuhnya oleh kerajaan negeri telah ditukar menjadi konsep gotong royong dengan mengharapkan derma dari rakyat serta pihak lain bagi menjayakan projek berkenaan.
Menurut Husam, konsep tersebut diperkenalkan bukan kerana ketidakmampuan kerajaan negeri sebaliknya untuk menanam semangat kerjasama dikalangan rakyat yang sebelum ini hanya pernah terdedah terlibat langsung menderma dalam pembinaan masjid dan surau sahaja. Jelasnya lagi, jajaran pertama lebuhraya tersebut akan melalui kawasan Hutan Lipur Bukit Bakau. Untuk makluman, Hutan Lipur Bukit Bakau juga adalah antara hutan simpan yang digazetkan oleh Jabatan Perhutanan. Boleh tahan banyaknya kayu balak di sana
Akhirnya pada 28 Mei 2012, Nik Aziz menyempurnakan majlis pecah tanah untuk permulaan projek tersebut di Kampung Berangan Mek Nab, Machang, Kelantan. Juak-juak PAS bersorak sakan bangga seolah-olah sebaik sahaja majlis pecah tanah selesai, lebuhraya ‘syurga’ juga sudah terbentang siap untuk diguna. Tiada terdetik walau sekelumit persoalan, semuanya angguk dan gembira.
Ada penyokong PAS yang sudah tidak sabar menderma wang ringgit sebagai jaminan penghubung menuju ‘syurga’ dek kerana kata Nik Aziz adanya pahala untuk sesiapa menderma menjayakan projek lebuhraya tersebut tanpa terfikir risiko tragedi tabung memali mungkin berulang kembali. Agaknya, jika mereka mengikuti kronologi dan percanggahan demi percanggahan dengan banyak persoalan bermain di minda sejak awal cetusan idea Husam Musa, adakah mereka berani menyatakan lebuhraya KB-KK tidak akan menerima nasib sama seperti projek kambing jamnapari?
Pesan penulis cuma satu, bila dekat pilihanraya pandai-pandailah jaga duit dan harta benda kalian semua, bukan apa menjelang pilihanraya akan banyak tabung dan kutipan derma datang dan pergi. Banyak wayang dan banyak temberang, gitulah selalunya.
Sebuah artikel yang mat jumpe semasa sibuk bermuka buku.. mat terbaca artikel di atas.. jujur mat katakan mat amat kagum dengan perlaksanaan lebuhraya ke "syurga" nie.. bukan satu perkara yang mudah untuk sesebuah kerajaan membina sebuah lebuhraya yang menelan kos bukan ratusan juta.. tapi berbillion..
1. kenapa mesti tunggu pilihanraya?? adakah masa pilihanraya adalah masa terbaik untuk menunjukkan yang sesebuah kerajaan tue berupaya untuk membuat sesuatu untuk rakyat??
2. Jika dahulu UMNO-BN dikira parti yang mengangkat kroni, bagaimana pula kes lebuhraya ke syurga nie?? waktu yang singkat diberikan untuk mendapatkan tempat bagi projek mega nie.. nak cakap orang lepas tue kene muka sendiri??
3. Jika UMNO-BN didesak untuk kes kapal selam, PAS-PR akan didesak konsesi balak??
4. Adakah Lebuhraya nie sebenarnya nak lawan pembinaan stadium baru untuk kelantan???
P/S: Tn Guru Nik Aziz dahulu hanya merupakan cikgu tadika.. yang selalu memberi ceramah..