-->

Sebelah Sayap

Sunday 10 June 2012

Krisis UNISEL Dan PTPTN. (Part 2)

kalau korang tak nak tahu apakah sebelum part 2 ini.. sila kelik SINI yea..

Krisis UNISEL dan PTPTN ini telah mengukir banyak persoalan yang bermain dalam minda masyarakat malaysia terutamanya dalam kalangan mahasiswa. Mengapa perlunya pihak PTPTN mengambil tindakan menggantung pemberian pinjaman PTPTN kepada UNISEL?

Jika dilihat dari sudut politik, tindakan ini akan membunuh salah satu pihak tidak kira kerajaan mahupun pembangkang. Mat lihat dengan jelas bagaimana ianya dapat membunuh kedua-dua pihak jika tindakan yang betul diambil oleh salah satu pihak.

Jika pembangkang serius dalam menjalankan pendidikan percuma, mereka akan mengambil peluang ini untuk membuktikan yang mereka ini mampu untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat dan hal ini akan membunuh politik kerajaan. Malangnya, kenyataan dari pihak pembangkang yang menyatakan kerajaan bertindak kejam ke atas pelajar UNISEL telah memakan diri sendiri. MENGAPA???

Ini kerana pembangkang telah membuktikan kepada rakyat bahawa mereka tidak cukup kuat dari segi ekonomi dan pentadbiran untuk memastikan pendidikan percuma diberikan kepada pelajar UNISEL. Mat berkata begini adalah kerana dari segi kemampuan kerajaan negeri selangor ketika ini adalah lebih daripada mampu. Kenyataan menteri besar selangor dalam sidang media mengatakan Selangor telah mendapat keuntungan RM1.8 billion, tetapi kemanakah keuntungan itu dibelanjakan?? Di manakah keuntungan hasil galian yang bernilai RM32.2 juta yang dimomok-momokkan kepada rakyat?? 

Mat amat terkejut dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan pakatan selangor iaitu dengan mencairkan aset UNISEL bagi membantu pelajar yang bakal masuk ke sana. Adakah itu satu tindakan yang bijak? Mengapa cairkan aset UNISEL? Mengapa tidak digunakan sahaja keuntungan kerajaan negeri yang bernilai RM1.8 bil yang tak tahu ke mana perginya itu?? Sekali lagi kerajaan pakatan selangor telah membunuh kepercayaan politik rakyat kepada mereka. 


Khalid Ibrahim telah membuat kenyataan bahawa "Kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN." Kenyataan yang inilah yang membuatkan mat tertanya-tanya adakah kerajaan selangor tidak mempunyai aset lain ataupun alternatif lain.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menarik balik pembekuan itu susulan rayuan pentadbiran UNISEL yang mengaku kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak ada sebarang perancangan menawarkan pendidikan percuma kepada pelajar institusi itu. Pihak UNISEL telah membuat rayuan kepada pihak PTPTN yang menyatakan mereka amat memerlukan bantuan pinjaman itu untuk memastikan perjalanan universiti tidak terganggu.

Naib Censelor UNISEL, Profesor Dr Anuar Ahmad telah berterima kasih kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan menterinya kerana bersetuju untuk meneruskan semula pinjaman kepada pelajar universiti tersebut. Apakah mungkin kenyataan dari Naib Canselor UNISEL ini merupakan sandiwara? Adakah ianya hanya untuk memastikan wang terus dijana oleh UNISEL dan pelajar digalakkan untuk tidak membayar PTPTN seperti yang disarankan oleh Anwar Ibrahim??

P/S: Nantika Part Terakhir Krisis UNISEL dan PTPTN.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...