-->

Sebelah Sayap

Monday 4 June 2012

Nizar Patut Malu. Anggaran RM2.4 Juta Pernah Di Bazirkan.


KATA orang, kalau hendak seribu daya kalau kaau tak hendak sanggup cipta berjuta-juta dalih. Dalam isu nombor plat kereta WWW 1 yang bidaannya dimenangi oleh Sultan Johor tidak perlu perkara ini diungkitkan oleh mana-mana pihak. Jika itu kemahuan baginda dan berada dalam kemampuannya, kita perlu redha sebagai orang Islam.

Namun apabila Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin mencari publisiti murahan dengan mengaitkan jumlah RM520,000.00 hasil bidaan yang dibayar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) patut digunakan untuk orang miskin sebaik-baiknya, beliau mencerminkan diri sendiri.

Semasa beliau menjadi Menteri Besar Perak, selepas dilantik kerana beliau orang Melayu mengikut syarat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak antara perkara pertama yang beliau lakukan adalah menukar kereta Proton Perdana yang diguna Menteri Besar dan exco kepada Toyota Camry. Kalau sudah tukar sudah pasti nombor plat kereta pun turut sama menjadi pilihan istimewa.

Sultan JOHOR menyumbang pendapatan Negara RM520K untuk Plat WWW 1, sedangkan Sultan Johor mempunyai PLAT KHAS untuk setiap kereta yang Baginda miliki ..  
Sekali lagi Mohammad Nizar Jamaluddin (Nizar DERHAKA) mohon DERHAKA kepada Sultan! Kali ini beliau cuba mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli no Plat WWW 1 yang berharga RM 520,000.00 dalam laman twitternya.  
Lebih memalukan lagi Nizar membidas Tengku Mahkota Johor dengan tuduhan palsu yang menyatakan bahawa keluarga DiRaja Johor telah menggunakan duit Rakyat untuk membida nombor kenderaan "WWW1".  
Di bawah kenyataan Tengku Mahkota Johor di twitter berhubung isu no plat WWW1...
"Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Selesa untuk tidak meminta dari MB atau dari mana-mana pegawai Kerajaan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik."
Mungkin Nizar Bangsat lupa bahawa keluarga Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. -Warta Taman Eshan (SUMBER)
Mat hairan jika manusia itu selalu mencari kesalahan orang lain, adakah kesalahan yang dia buat dulu tak sama macam yang dilakukan sekarang? Bagi mat, Sultan Johor berhak untuk melakukan seperti itu kerana dia adalah seorang pemimpin. Jika Nizar kata dulu pembelian Camry adalah untuk kesenangan ahli exco, baginda sultan membeli no plat tue untuk apa? kesenangan baginda ka??


P/S: mat pesan dekat Nizar jangan meroyan sebab no plat camry dia AGS 10 tak ada orang nak bida tinggi-tinggi. 

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...