-->

Sebelah Sayap

Monday, 18 June 2012

Teka-Teki Yang Masih Belom Terjawab.

NAIB Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ceramahnya di Batu Caves, malam Selasa lalu, antara lain membangkitkan persoalan bila pilihan raya umum akan diadakan.

Beliau juga bertanya kepada hadirin mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melengahkan pembubaran Parlimen walaupun gendang pilihan raya sudah lama dipalu dan pelbagai insentif diberikan kepada rakyat.

Berdasarkan analogi Salahuddin, bolehlah kita katakan bahawa PAS dan pakatan pembangkang sememangnya meramalkan pilihan raya akan diadakan sebelum Mei atau Jun dan sudah membuat pelbagai persiapan. Bagi Salahuddin, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sepatutnya membubarkan Parlimen pada Mei atau selewat-lewatnya Jun bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya pada awal Julai, iaitu sebelum Ramadan yang jatuh pada minggu ketiga Julai. 

Itulah telahan Salahuddin dan mungkin juga semua pemimpin pakatan pembangkang. Malah, sebelum ini banyak pihak, termasuk pemerhati politik rasmi dan tidak rasmi di kedai kopi meramalkan pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan kerana Kerajaan BN sudah menawarkan pelbagai insentif dan menunaikan kebanyakan daripada janjinya kepada rakyat.

Malangnya, semua jangkaan itu tidak tepat kerana berdasarkan situasi semasa, termasuk persidangan Parlimen yang sedang berlangsung sehingga akhir bulan ini, tidak mungkin pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan.

Malah, Salahuddin memberikan rasional sendiri. Antaranya, pilihan raya tidak mungkin diadakan ketika umat Islam berpuasa. Ogos pula adalah bulan Syawal yang mana umat Islam akan sibuk dengan sambutan Aidilfitri dan rumah terbuka. 

Ia kemudian diikuti dengan musim haji di mana sehingga 28,000 umat Islam akan ke Makkah. Pada masa sama, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan pada September, diikuti Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sehingga November.

Beliau pergi lebih jauh dengan menyatakan pilihan raya tidak mungkin diadakan pada Disember kerana ia musim tengkujuh dan negeri Pantai Timur, Utara dan Selatan lazimnya dilanda banjir pada Januari dan Februari, selain sambutan Tahun Baru Cina.

Berdasarkan analogi Salahuddin, bolehlah kita katakan bahawa PAS dan pakatan pembangkang sememangnya meramalkan pilihan raya akan diadakan sebelum Mei atau Jun dan sudah membuat pelbagai persiapan. 

Namun, ia tidak menjadi. Strategi menghadapi pilihan raya mereka kini perlu dirombak sedikit dan ditambah baik mengikut perkembangan terkini. Manifesto pilihan raya yang mungkin siap juga perlu dirombak. Senarai calon yang sudah tersedia juga mungkin berubah.

Dalam hal ini, ramai yang mungkin beranggapan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan berbanding pakatan pembangkang. Bagaimanapun, ia tidak semestinya kerana pembangkang yang selama ini sudah membuat persediaan rapi juga ada kelebihan dan mempunyai lebih masa untuk merancang strategi.

Teka teki bila pilihan raya juga masih belum ada penyelesaiannya. Hanya Najib yang ada jawapannya. Namun, belum ada tanda-tanda ia akan diadakan dalam tempoh terdekat walaupun beberapa hari lalu khabar angin melanda semula Parlimen akan dibubarkan minggu ini.

Tambahan pula persidangan Parlimen yang sedang berlangsung sekarang akan diadakan sehingga akhir bulan ini. Selain itu, pembentangan Bajet 2013 sudah ditetapkan pada 28 September. Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa lagi insentif untuk rakyat, termasuk pemberian BR1M pusingan kedua dalam bajet berkenaan.

Justeru, jika benar ramalan Salahuddin, Najib akan terus menjadi Perdana Menteri sehingga tamat tempoh penggal Parlimen sekarang pada April tahun depan dan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas itu. Dan jika itu berlaku, Najib akan mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri pertama memegang jawatan sehingga tamat penggal lima tahun Parlimen.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...