-->

Sebelah Sayap

Sunday, 3 June 2012

Demokrasi dan Liberal.

Di mana-mana di dunia dan sistem apa juga digunakan, persepsi rakyat terhadap kerajaan biasanya berbelah-bahagi. Ada yang berpandangan positif dan tidak kurang melihat apa juga yang dilakukan kerajaan dari sudut negatif. Persepsi berpilih ini tidak boleh dihapuskan walaupun rakyat mempunyai alasan berpegang kepada persepsi mereka yang ditentukan oleh kecenderungan politik masing-masing. 

Dalam negara demokrasi liberal yang menjadi dokongan kebanyakan negara di dunia hari ini, khasnya negara Barat mereka menyuburkan percanggahan pendapat ini. Lebih besar konflik di kalangan rakyat dan kerajaan, lebih suburkan amalan demokrasi liberal itu. Demokrasi liberal menuntut kebebasan dan keterbukaan tanpa batas walaupun pengertian asas demokrasi liberal adalah memberi hak kepada rakyat untuk memilih kerajaan dengan adil dan saksama menerusi proses undi.

Dalam mana-mana sistem sekali pun, kerajaan yang dipilih rakyat tidak boleh memberitahu segala-galanya yang dituntut rakyat walaupun mereka mengambil sikap terbuka. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menghadiri Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-26 anjuran ISIS di Kuala Lumpur, Khamis lalu menjawab persoalan mengenai keterbukaan tanpa batas dalam sistem demokrasi liberal.

“Terpulang kepada pemerintah. Jika pemerintah cekap dan rakyat masih mahu kepada pemerintah, itu hak rakyat untuk mengekalkan pemerintah yang ada. Tetapi, jika pemerintah mengamalkan rasuah dan sebagainya, rakyat akan menunjuk pendirian dengan menolak kerajaan itu,” - Dr Mahathir. Menurut Dr Mahathir tidak wajar semua perbincangan dan keputusan kerajaan dimaklumkan kepada umum.

“Jika mahu benar-benar terbuka, panggil semua orang untuk hadir mesyuarat Kabinetlah. Ini tidak boleh dilakukan,” katanya.

Dr Mahathir melihat pelbagai perubahan cuba dilakukan untuk mempromosi demokrasi liberal dan keterbukaan tanpa batas. Di Malaysia, beliau yakin rakyat tahu batasan kebebasan dan keterbukaan serta mempertahankan nilai hidup murni. Ini kerana 60 peratus penduduk beragama Islam yang mempunyai nilai moral yang tinggi. Begitu juga dengan penganut agama lain di negara ini yang berpegang kuat kepada nilai hidup mulia. Selagi rakyat mempertahan nilai yang baik ini, mereka tidak akan terpengaruh dengan nilai yang dibawa dari Barat. Mereka akan menolak apa juga nilai liberal Barat.

“Saya harap kita lebih berpengetahuan, lebih berpengalaman supaya tahu memilih antara yang baik dan buruk. Saya juga harap pada masa depan kita tidak menjadi lemah hingga terbawa-bawa kepada pandangan dan nilai hidup Barat,” katanya. 
Dr Mahathir tidak bimbang dengan kesan pengaruh demokrasi liberal yang menyebabkan kerajaan bertukar ganti.

“Terpulang kepada pemerintah. Jika pemerintah cekap dan rakyat masih mahu kepada pemerintah, itu hak rakyat untuk mengekalkan pemerintah yang ada. Tetapi, jika pemerintah mengamalkan rasuah dan sebagainya, rakyat akan menunjuk pendirian dengan menolak kerajaan itu,” kata Dr Mahathir.

Untuk berkuasa, kerajaan mesti mengutamakan rakyat, bukan mengutamakan keluarga dan mengamalkan nepotisme. 

Di Malaysia, Dr Mahathir tidak nampak sebab perlu bertukar kerajaan.“Pertukaran tidak menjamin kebaikan. Pertukaran tidak menjamin masa depan yang lebih baik,” katanya.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...