-->

Sebelah Sayap

Tuesday, 12 June 2012

Mati DiTikam Selepas Cuba Dapatkan Penjelasan.

Seorang pekerja kilang yang pulang bercuti di kampungnya sejak dua minggu lalu, mati ditikam di Kampung Belian, Palekbang Tumpat malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Al-Serenadi Mat Rahim berumur 26 tahun mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata terdapat satu kesan tikaman senjata tajam pada dada kiri mangsa.


Tambahnya lagi, mangsa dikatakan ke tempat kejadian bersama lima rakan, termasuk seorang adiknya dengan menaiki tiga motosikal untuk mendapatkan penjelasan mengenai satu pergaduhan.  "Mangsa dikatakan cuba menemui suspek yang berada di rumahnya (rumah suspek) untuk mendapat penjelasan mengapa suspek menampar adiknya yang didakwa menunggang motosikal dalam keadaan laju," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mat Rahim Junoh, 58, ketika ditemui di rumahnya berkata, Mohd Al-Serenadi yang juga anak ketiga dari lapan beradik itu pulang ke kampung itu bercuti sejak dua minggu lalu.  "Dia akan pulang ke tempat kerjanya semula di Kuala Lumpur dua hari lagi," katanya.

P/S: takziah buat keluarga mangsa.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...