Alahai.. macam mana nak buat nie?? Pakar yang sebelum ini membuat penyelidikan tentang kadar radiasi Lynas dikatan telah dibeli oleh UMNO-BN, bagaimana pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar yang merupakan ahli parlimen Hulu Langat daripada PAS ini?? Ahli Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menegaskan, tahap radiasi di projek memproses nadir bumi, Lynas berada pada paras rendah berbanding yang dibenarkan.
Malah, Beliau yang merupakan seorang pakar nuklear juga berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat hari ini. "Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa mengutip pandangan-pandangan dan masalah-masalah masyarakat. Kalau baca daripada muka surat 17 hingga 18 laporan itu, memang betul, itu bagus dan saya setuju.
"Saya tidak berani kata projek Lynas ini selamat atau tidak, tetapi daripada segi radiasi saya tahu ia rendah sebab saya sendiri ukur benda itu. Tahap radiasi memang rendah daripada yang dibenarkan, bagaimanapun banyak faktor lain perlu diberikan perhatian,". Kenyataan yang diberikan "saya tidak berani kata projek Lynas ini selamat atau tidak" adalah satu kenyataan untuk menyelamatkan diri. Kenapa mat cakap macam itu? Sebab kenyataan yang sebelum ini telah mendapat kritikan yang hebat dari semua penjuru dalam pakatan rakyat terutamanya PAS.
Che Rosli sendiri sebelum ini telah menimbulkan kontroversi dalam pakatan pembangkang apabila mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Namun dalam satu sesi temu bual dengan stesen televisyen TV3 sebelum ini, Che Rosli menyifatkan tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat sebagai tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik. Ditanya mengenai pemberian lesen sementara operasi kepada Lynas untuk beroperasi, Che Rosli memberitahu bahawa ia merupakan tindakan yang betul.
Che Rosli telah menasihati supaya Lynas perlu membuat 'lapscale' dari awal. Bagaimana ingin menyimpan (nadir bumi) dan pemberian lesen sementara operasi perlu supaya rakyat boleh melihat sendiri tiada aktiviti penyebaran (radiasi) ke Sungai Balok seperti didakwa.
Mat tertarik dengan satu ayat dari blogger no.1 pembangkang AMENOWORLD, "Hello, ada jek mereka2 yang pro mca pun bantah lynas. So what? Isu lynas bukan isu kepartian or kepolitikkan oke. Ini isu alam sekitar dan kesihatan ". Apa yang mat nak tekankan dekat sini adalah Lynas tidak menjadi isu yang besar sekiranya pakatan rakyat tidak highlightkan isu ini. Isu Lynas ini naik selepas video omputih cakap melayu yang sibuk suruh boikot Lynas, kalau takde video tue maka tidak akan ada rakyat yang prihatin dengan isu ini.

P/S: Hadoii.. macam mana nie.. mati pon takde.. tembak pon tak kene..