-->

Sebelah Sayap

Tuesday 19 June 2012

Nazmi Mendapat Pujian Dari Mourinho.


Pengendali Real Madrid, Jose Mourinho menyifatkan pemilihan pemain muda negara Nazmi Faiz Mansor mewakili S.C Biera Mar sebagai satu keputusan yang tepat kerana liga Portugal mampu memberikan banyak pengalaman kepada pemain berusia 17 tahun itu.

Menyifatkan liga Portugal mempunyai pengaruh kuat bola sepak Brazil, jurulatih yang berasal dari Setubal itu berkata, Nazmi akan mempelajari variasi taktikal dan teknik yang boleh meningkatkan tahap permainannya.

“Liga Portugal mempunyai ramai pemain Brazil dan Argentina, malahan kebanyakan pemain utama dunia dari kedua-dua negara itu akan meraih pengalaman bermain di sana sebelum bermain di liga negara lain.

“Liga Portugal dianggap sebagai liga bola sepak Brazil di Eropah kerana kebanyakan kelab mempunyai kreativiti dan teknik yang cukup baik.

“Portugal setanding dengan liga utama negara-negara Eropah lain seperti Itali, England dan Sepanyol jika mahu berkata daripada segi kualiti, ” katanya yang ditemui pada sidang media di Berjaya Times Square Hotel, semalam.

Mourinho mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan dan pengasas Yayasan Olimpik Singapura yang juga jutawan terkenal Singapura, Peter Lim.

Sebelum itu, Mourinho mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat beliau di Putrajaya.

Mourinho pemergian Nazmi ke Biera-Mar yang mengikat kontrak selama tiga tahun bersama kelab itu mulai Ogos ini.

Dia berjaya menyertai pasukan Gold and Blacks itu selepas menjalani pemilihan selama seminggu mulai 13 hingga 20 Mei lalu.

Walaupun mengakui perbezaan budaya mungkin menjadi sedikit cabaran kepada Nazmi, Mourinho yakin ia mampu ditangani oleh bintang muda negara itu.

“Mungkin sedikit sukar buat pemain muda anda apabila tiba ke sana pada awalnya kerana perbezaan budaya yang ketara dengan benua Asia tetapi itu tidak menjadi masalah.

“Rakyat Portugal mempunyai sikap terbuka dan sentiasa peramah terhadap orang luar, saya yakin kehadiran Nazmi akan dialu-alukan,” katanya.[SUMBER]

 P/S: Gunakan kesempatan yang ada...

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...