-->

Sebelah Sayap

Friday, 29 June 2012

PTPTN Kehilangan RM474.046 Juta?

TEMERLOH 29 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman pendidikan sebanyak RM475.046 juta kepada 16,959 graduan yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama sehingga 31 Mei lepas. 
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata daripada jumlah itu, seramai 12,529 pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman bernilai RM359.26 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa. 
Katanya seramai 4,430 bekas pelajar tahun 2005, 2006 dan 2007 yang lulus cemerlang dengan mendapat Ijazah Sarjana kelas pertama turut menikmati pengecualian itu yang membabitkan peruntukan RM116.2 juta. 
"Sebelum ini graduan cemerlang ini tidak mendapat pengecualian tersebut tetapi kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada membayar balik pinjaman," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Wang Pendahaluan Pembiayaan (WPP) kepada 124 pelajar kawasan Parlimen Kuala Krau yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi awam tahun ini di sini, hari ini. 
Ismail, yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau, berkata kerajaan membelanjakan antara RM5 bilion hingga RM6 bilion setahun bagi pinjaman kepada pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggai awam dan swasta dan sehingga 31 Mei lalu, PTPTN telah memberi pinjaman kepada 1.98 juta pelajar membabitkan peruntukan RM44.18 bilion. 
Menurutnya, kerajaan tidak bercadang memberhentikan pemberian pinjaman itu bagi melahirkan lebih ramai rakyat berilmu untuk mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. - BERNAMA

Tahniah mat ucapkan kepada graduan yang telah berjaya menghapuskan beban mereka dengan PTPTN dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Mereka kini mampu untuk menarik nafas lega tanpa perlu memikirkan masalah hutang.

Tak sia-sia dulu perah otak macam nak gile.. hasilnya sekarang diorang tak perlu lagi melunaskan hutang dengan PTPTN. Macam nie baru golongan intelek menghapuskan hutang. takde laa macam golongan yang mempunyai pemikiran yang cetek.. nak hapuskan PTPTN.. semua nak percuma.. kalau nak percuma buat laa macam golongan intelek.. belajar bersungguh-sungguh..budak-budak bangsa lain tak pernah bising pon pasal PTPTN sebab diorang tengok nie macam peluang diorang untuk mendapatkan PENDIDIKAN PERCUMA..


Golongan bodoh yang selalu mengisi ruang-ruang jalan, padang dengan demonstrasi adalah golongan yang tidak mengambil berat tentang masa depan..sebab tue semua nak percuma..belajar malas nak pendidikan percuma..

Anwar Ibrahim cakap kita mampu beri pendidikan percuma.. semua manusia yang tidak berotak nie sokong je.. dari sudut politiknya.. setiap yang keluar mestilah kene ada return.. baru laa berbaloi.. Belajar susah payah dan pulangannya adalah PTPTN tak payah bayar.. kalau malas belajar pulangannya pula adalah hutang laa..

Yang duk lawan untuk pendidikan percuma laa nie semua kene gantung pembelajaran.. ada ke anwar ibrahim kisah?? mana ada.. yang dia tahu.. dia nak jadi perdana menteri.. dah lama dia simpan hasrat untuk menjadi perdana menteri.. siapa yang terkorban dia tak amek peduli.. janji hasrat dia tercapai..

tapi yang peliknya, budak-budak separa akal nie tak nampak pon.. dia rasa perjuangan dia suci.. betol.. haha.. mat taknak laa tengok budak-budak nie bergelimpangan lepas nie.. haha.. Baca SINI dan SINI.


Penutupnya mat menyeru kepada semua golongan mahasiswa supaya menuntut pendidikan percuma dengan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.. Macam nie baru laa PENDIDIKAN PERCUMA yang dimahukan.. mahasiswa yang dilahirkan adalah lebih bijak dan tidak perlu jadi kotor dan mengotorkan diri dengan demonstari jalanan.. jijik!!

Dah Singgah Komen Sikit

Mahasiswa Bangang Sudah Dapat Surat Cinta.


Hamboiii.. dah lama mat tak nampak surat macam nie.. last mat terima surat macam nie bile dapat Anugerah Dekan. HaHa!! SO UM dah buat apa yang patut pada mahasiswa kurang bijak nie. Minta penjelasan dulu atas apa komen yang telah dibuat terhadap Sultan Johor.

Mat tak rasa pon tindakan yang keras patut dikenakan kepada mahasiswa bangang nie..sebab benda nie akan berulang dan ulang banyak kali.. dan komen dia dulu tidaklah boleh mengubah apa-apa.. mat rasa pihak UM kene minta mahasiswa bangang nie buat permohonan maaf secara terbuka.. ambil video dan upload laa dekat youtube.. Tak perlulah nak gantung budak bangang nie lagi.. nanti tak cukup pulak masa dia nak habiskan degree dia dkt UM tue.. Dah laa pointer teruk.. [BACA SINI]

Mat berharap yang mahasiswa bangang nie dapat berubah, ubahlah diri kau dahulu sebelum kau nak ubah benda lain.. mengubah diri sendiri adalah lebih susah dari nak mengubah sebuah negara.. macam orang selalu cakap.. Mesir ditumbangkan hanya melalui pergerakan kecil twitter je.. tapi mampu mengubah keseluruhan struktur organisasi kerajaan tue.

Dah Singgah Komen Sikit

Saturday, 23 June 2012

Bapa Merogol Anak. Anak Yang Di Dapati Bersalah.

Seorang bapa merogol anaknya, siapakah yang bersalah? Si anak atau si bapa yang merogol? Kalau jawapan korang si anak yang bersalah bermakna korang ada masalah mental yang sangat teruk kerana tidak dapat berfikiran secara waras. Jika jawapan yang korang berikan adalah si bapa yang merogol, mat mengucapkan jutaan tahniah kerana korang masih boleh meneruskan membaca blog mat nie.

Apa yang mat akan kongsi dengan korang nie lebih kurang je macam soalan dekat atas tadi. Patut ke mat gelarkan orang yang lebih kurang macam diatas nie sebagai manusia? Mungkin patutlah mat panggil orang diatas sebagai manusia kerana mungkin si bapa yang merogol nie akan insaf apabila dikenakan tindakkan undang-undang ke atasnya. Tapi ada tersebutnya al-kisah seorang mamat jambu idaman gay semalaysia yang telah membuat kesalahan tetapi masih taknak  terima hukuman atas apa yang dia dah buat dan apa yang lebih teruk dia nie telah memfailkan hukuman yang dijatuhkan kepadanya oleh universiti ke tempat yang lebih tinggi. 

Mamat jambu yang mat maksudkan Adam Adli.

KUALA LUMPUR 21 Jun - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini membenarkan permohonan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd. Halim mencabar tindakan institusi pengajian tinggi itu yang menggantung pengajiannya selama tiga semester sehingga September 2013.
Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan demikian selepas selesai mendengar hujah daripada kedua-dua pihak di kamar beliau di sini.
Menurut peguam, Fadiah Nadwa Fikri yang mewakili Adam Adli, hakim tersebut memutuskan demikian selepas mendapati permohonan yang difailkan April lalu mempunyai merit untuk didengar dan bukan satu permohonan yang remeh.
Dalam permohonan tersebut, Jawatankuasa Rayuan Tatatertib universiti terbabit, UPSI dan Kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai responden pertama hingga ketiga diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Effendi Nazila Abdullah.
Adam Adli memfailkan permohonan semakan kehakiman itu selepas UPSI menggantung pengajiannya selama tiga semester bermula semester kedua sesi 2011/2012 kerana didakwa melanggar peraturan universiti.
Pada Januari lalu, lima ahli Jawatankuasa Tatatertib UPSI yang dipengerusikan Naib Canselornya, Datuk Dr. Zakaria Kasa sebulat suara mendapati Adam Adli telah mencemar nama baik universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.
Sabitan salah itu dibuat mengikut Kaedah 3(a)(i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
Adam Adli dibicarakan oleh jawatankuasa itu ekoran tindakannya menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika perhimpunan haram pada 17 Disember tahun lalu.
Dia turut dibicarakan kerana tindakannya menyertai satu lagi demonstrasi di hadapan bangunan universiti tersebut pada malam sambutan Tahun Baru 2012.-Utusan
Gelanggang sudah dibuka, biar kita lihat siapakah yang benar atau tidak. Korang ada rasa tak si adam adli nie akan menang? Secara logiknya, kita akan lihat bahawa perbuatan si Adam Adli nie memang salah. Kerosakkan harta awam, mengganggu ketenteraman awam.. kalau dekat luar negara dia buat macam nie..terus dibawa ke mahkamah.. mana ada pertimbangan dalam universiti lagi.. dan kebiasaannya.. atas statement yang mat buat nie.. diorang akan cakap itu dekat luar negara..bukan dekat Malaysia..HEHE..

KEPUTUSAN PERBICARAAN ADAM ADLI.



Untuk mengetahui lebih lanjut. kelik HARAPAN ESOK .

P/S: Kalau takda anak mesti kes bapa rogol anak takde kan?? HEHE

Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday, 20 June 2012

Lynas : Che Rosli Sahkan Kadar Radiasi Lebih Rendah Tetapi Tidak Tahu Selamat Atau Tidak?




Alahai.. macam mana nak buat nie?? Pakar yang sebelum ini membuat penyelidikan tentang kadar radiasi Lynas dikatan telah dibeli oleh UMNO-BN, bagaimana pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar yang merupakan ahli parlimen Hulu Langat daripada PAS ini?? Ahli Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menegaskan, tahap radiasi di projek memproses nadir bumi, Lynas berada pada paras rendah berbanding yang dibenarkan.

Malah, Beliau yang merupakan seorang pakar nuklear juga berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat hari ini.  "Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa mengutip pandangan-pandangan dan masalah-masalah masyarakat. Kalau baca daripada muka surat 17 hingga 18 laporan itu, memang betul, itu bagus dan saya setuju.

"Saya tidak berani kata projek Lynas ini selamat atau tidak, tetapi daripada segi radiasi saya tahu ia rendah sebab saya sendiri ukur benda itu. Tahap radiasi memang rendah daripada yang dibenarkan, bagaimanapun banyak faktor lain perlu diberikan perhatian,". Kenyataan yang diberikan "saya tidak berani kata projek Lynas ini selamat atau tidak" adalah satu kenyataan untuk menyelamatkan diri. Kenapa mat cakap macam itu? Sebab kenyataan yang sebelum ini telah mendapat kritikan yang hebat dari semua penjuru dalam pakatan rakyat terutamanya PAS.

Che Rosli sendiri sebelum ini telah menimbulkan kontroversi dalam pakatan pembangkang apabila mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun dalam satu sesi temu bual dengan stesen televisyen TV3 sebelum ini, Che Rosli menyifatkan tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat sebagai tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik. Ditanya mengenai pemberian lesen sementara operasi kepada Lynas untuk beroperasi, Che Rosli memberitahu bahawa ia merupakan tindakan yang betul. 

Che Rosli telah menasihati supaya Lynas perlu membuat 'lapscale' dari awal. Bagaimana ingin menyimpan (nadir bumi) dan pemberian lesen sementara operasi perlu supaya rakyat boleh melihat sendiri tiada aktiviti penyebaran (radiasi) ke Sungai Balok seperti didakwa.

Mat tertarik dengan satu ayat dari blogger no.1 pembangkang AMENOWORLD, "Hello, ada jek mereka2 yang pro mca pun bantah lynas. So what? Isu lynas bukan isu kepartian or kepolitikkan oke. Ini isu alam sekitar dan kesihatan ". Apa yang mat nak tekankan dekat sini adalah Lynas tidak menjadi isu yang besar sekiranya pakatan rakyat tidak highlightkan isu ini. Isu Lynas ini naik selepas video omputih cakap melayu yang sibuk suruh boikot Lynas, kalau takde video tue maka tidak akan ada rakyat yang prihatin dengan isu ini.



P/S: Hadoii.. macam mana nie.. mati pon takde.. tembak pon tak kene..

Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday, 19 June 2012

Pakatan Rakyat Harus Malu Dengan Sumbangan Johor Dalam Pembangunan Negara.

Sebanyak 30 peratus pelaburan yang dibawa dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) datang dari negeri Johor sekaligus melonjakkan lagi ekonomi negeri ini. Datuk Lee Hong Tee ( JEMENTAH ) berkata pelaburan terutamanya dari wilayah Iskandar Malaysia bukan sahaja menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi Johor, malah menjadi ikon dan imej kejayaan negeri ini.

Kejayaan ini merupakan bukti kukuh bahawa dakwaan pembangkang yang menyatakan negeri ini akan muflis adalah satu pembohongan besar dalam sejarah negeri ini. Ini adalah satu permainan politik yang tidak bertanggungjawab untuk mengikis imej kerajaan Johor yang direncanakan semata-mata bagi kepentingan politiknya. 

Mat tertanya-tanya dimanakah sumbangan dari negeri dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Adakah cukup sekadar cakap sahaja yang mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda tapi tidak sekalipun rakyat merasa nikmat keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan PR. Jika PR menyatakan yang terlalu banyak pembaziran yang berlaku dalam kerajaan BN, mat sendiri nak melihat dimanakah wang yang tidak dibazirkan oleh kerajaan PR??

Kerajaan BN mampu memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada 3.8 juta rakyat negara ini, dimanakah kemampuan PR memberikan bantuan kewangan kepada 3 buah negeri dibawah naungannya?? RM1.8 billion keuntungan yang dinyatakan oleh Khalid Ibrahim nampaknya tidak disalurkan ke mana-mana. Jumlah wang yang banyak itu tiba-tiba lenyap tanpa diketahui ke mana hilangnya. Di mana pula keuntungan negeri Pulau Pinang yang dikatakan mengaut keuntungan berkali ganda jika dibandingkan dengan kerajaan BN dahulu??

Jika PR mampu mengotakan satu janji dari puluhan ribu janji yang ditabur, mat merasakan akan ramai rakyat yang akan menyokong PR. Malangnya, dari puluhan ribu janji yang ditabur tiada satu pun yang mempu dibuat. Alasan yang diberikan adalah kami masih belum boleh tunaikan janji kerana kami masih belum ke Putrajaya. 

P/S: Pegang negeri pon tak mampu tunai janji, nie pulak nak pegang negara. Puji nak puji.. yang hidup jadi mayat.. Janji tinggal janji.. Jangan undi Pakatan Rakyat.. 



Dah Singgah Komen Sikit

Nazmi Mendapat Pujian Dari Mourinho.


Pengendali Real Madrid, Jose Mourinho menyifatkan pemilihan pemain muda negara Nazmi Faiz Mansor mewakili S.C Biera Mar sebagai satu keputusan yang tepat kerana liga Portugal mampu memberikan banyak pengalaman kepada pemain berusia 17 tahun itu.

Menyifatkan liga Portugal mempunyai pengaruh kuat bola sepak Brazil, jurulatih yang berasal dari Setubal itu berkata, Nazmi akan mempelajari variasi taktikal dan teknik yang boleh meningkatkan tahap permainannya.

“Liga Portugal mempunyai ramai pemain Brazil dan Argentina, malahan kebanyakan pemain utama dunia dari kedua-dua negara itu akan meraih pengalaman bermain di sana sebelum bermain di liga negara lain.

“Liga Portugal dianggap sebagai liga bola sepak Brazil di Eropah kerana kebanyakan kelab mempunyai kreativiti dan teknik yang cukup baik.

“Portugal setanding dengan liga utama negara-negara Eropah lain seperti Itali, England dan Sepanyol jika mahu berkata daripada segi kualiti, ” katanya yang ditemui pada sidang media di Berjaya Times Square Hotel, semalam.

Mourinho mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan dan pengasas Yayasan Olimpik Singapura yang juga jutawan terkenal Singapura, Peter Lim.

Sebelum itu, Mourinho mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat beliau di Putrajaya.

Mourinho pemergian Nazmi ke Biera-Mar yang mengikat kontrak selama tiga tahun bersama kelab itu mulai Ogos ini.

Dia berjaya menyertai pasukan Gold and Blacks itu selepas menjalani pemilihan selama seminggu mulai 13 hingga 20 Mei lalu.

Walaupun mengakui perbezaan budaya mungkin menjadi sedikit cabaran kepada Nazmi, Mourinho yakin ia mampu ditangani oleh bintang muda negara itu.

“Mungkin sedikit sukar buat pemain muda anda apabila tiba ke sana pada awalnya kerana perbezaan budaya yang ketara dengan benua Asia tetapi itu tidak menjadi masalah.

“Rakyat Portugal mempunyai sikap terbuka dan sentiasa peramah terhadap orang luar, saya yakin kehadiran Nazmi akan dialu-alukan,” katanya.[SUMBER]

 P/S: Gunakan kesempatan yang ada...

Dah Singgah Komen Sikit

Monday, 18 June 2012

Osman Kering Masih Kritikal.


KEADAAN kesihatan pelakon dan pelawak veteran, Osman Kassim, 57 atau Osman Kering (kiri) yang dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman, masih kritikal.

Osman yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, difahamkan bakal menjalani pemeriksaan imbasan otak hari ini.

Anak Osman, Nur Ain Osman, 25, memberitahu HIP melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam, ayahnya masih kritikal.

“Sebelum ini, doktor beritahu kuman sudah merebak ke paru-paru, otak, buah pinggang dan jantung. Apa yang kami mampu lakukan hanyalah berdoa supaya pulih,” katanya.

Osman terbabit dalam bidang seni sejak 1985 dan sering ditawarkan watak pelakon pembantu. Antara filem lakonannya, Man Laksa; Tentang Bulan; 9 September; Pontianak Menjerit dan Mr Cinderella.

Dah Singgah Komen Sikit

Amukkan Golongan Mahasiswa Senyap. Pro-Mahasiswa Angkat Tangan.


Air yang tenang jangan disangka tiada buaya, mahasiswa yang senyap jangan disangka tiada daya. Mat beranggapan kewujudan page ANTI MAHASISWA BIADAP ini adalah respon bagi golongan "senyap" yang telah sememangnya telah terbakar dengan perilaku kurang ajar segolongan mahasiswa yang kurang daya fikir. 

Golongan ini mungkin sudah tidak dapat menahan cemuhan yang dilontarkan oleh masyarakat terhadap mahasiswa walaupun golongan senyap ini tidak berbuat apa-apa yang salah. Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. So, page ini adalah untuk menunjukkan kepada rakyat malaysia bahawa terdapat golongan mahasiswa yang ramai jumlahnya menolak parasit-parasit yang telah memburukkan nama mahasiswa.

bak kate brader jai..
Brader menyokong baik lah usaha admin page ini untuk menyatakan bantahan.Dah banyak sangat budak yang serupa tak sekolah ni kat Malaysia.Nak kata tak bagi pendidikan percuma,kerajaan dah bagi sampai peringkat menengah.Bodohnya masih kat situ.Lagi satu mereka ni brade rasa dah kempunan sangat nak jadi artis.Biasalah perlukan publisiti murahan.Tapi memang murah kan? LOL
mat mengucapkan tahniah kepada admin page ANTI MAHASISWA BIADAP kerana telah berani membuktikan kepada Malaysia yang ada lebih ramai lagi mahasiswa yang berhemah tinggi.  kalau korang nak tahu lebih banyak lagi info tentang page nie kelik [SINI]

P/S: Tahniah dan mari tunjukkan kepada mereka-mereka yang kurang bijak itu akan kelebihan mahasiswa golongan senyap.

link untuk ke Anti Mahasiswa Biadap
https://www.facebook.com/AntiMahasiswaBiadap?sk=wall&filter=2&notif_t=wall

Dah Singgah Komen Sikit

Lima Pelajar Maut Serangan Bom.

QUETTA: Lima pelajar maut manakala lebih 50 lagi cedera apabila bom meletup di dalam sebuah bas di barat daya Pakistan, hari ini.

Serangan bom itu berlaku di Bandar Quetta, ibu negeri Wilayah Baluchistan.
Polis bagaimanapun enggan mengesahkan siapa suspek terbabit dalam serangan bom terbaru di wilayah berkenaan.

Ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan ke Baluchistan University of Information Technology yang terletak di pinggir bandar Quetta.

Pegawai Polis Wilayah, Mir Zubair Mahmood, berkata lima pelajar terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala mereka yang cedera dibawa ke hospital oleh orang ramai yang melalui jalan berkenaan. - AP

Dah Singgah Komen Sikit

Teka-Teki Yang Masih Belom Terjawab.

NAIB Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ceramahnya di Batu Caves, malam Selasa lalu, antara lain membangkitkan persoalan bila pilihan raya umum akan diadakan.

Beliau juga bertanya kepada hadirin mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melengahkan pembubaran Parlimen walaupun gendang pilihan raya sudah lama dipalu dan pelbagai insentif diberikan kepada rakyat.

Berdasarkan analogi Salahuddin, bolehlah kita katakan bahawa PAS dan pakatan pembangkang sememangnya meramalkan pilihan raya akan diadakan sebelum Mei atau Jun dan sudah membuat pelbagai persiapan. Bagi Salahuddin, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sepatutnya membubarkan Parlimen pada Mei atau selewat-lewatnya Jun bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya pada awal Julai, iaitu sebelum Ramadan yang jatuh pada minggu ketiga Julai. 

Itulah telahan Salahuddin dan mungkin juga semua pemimpin pakatan pembangkang. Malah, sebelum ini banyak pihak, termasuk pemerhati politik rasmi dan tidak rasmi di kedai kopi meramalkan pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan kerana Kerajaan BN sudah menawarkan pelbagai insentif dan menunaikan kebanyakan daripada janjinya kepada rakyat.

Malangnya, semua jangkaan itu tidak tepat kerana berdasarkan situasi semasa, termasuk persidangan Parlimen yang sedang berlangsung sehingga akhir bulan ini, tidak mungkin pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan.

Malah, Salahuddin memberikan rasional sendiri. Antaranya, pilihan raya tidak mungkin diadakan ketika umat Islam berpuasa. Ogos pula adalah bulan Syawal yang mana umat Islam akan sibuk dengan sambutan Aidilfitri dan rumah terbuka. 

Ia kemudian diikuti dengan musim haji di mana sehingga 28,000 umat Islam akan ke Makkah. Pada masa sama, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan pada September, diikuti Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sehingga November.

Beliau pergi lebih jauh dengan menyatakan pilihan raya tidak mungkin diadakan pada Disember kerana ia musim tengkujuh dan negeri Pantai Timur, Utara dan Selatan lazimnya dilanda banjir pada Januari dan Februari, selain sambutan Tahun Baru Cina.

Berdasarkan analogi Salahuddin, bolehlah kita katakan bahawa PAS dan pakatan pembangkang sememangnya meramalkan pilihan raya akan diadakan sebelum Mei atau Jun dan sudah membuat pelbagai persiapan. 

Namun, ia tidak menjadi. Strategi menghadapi pilihan raya mereka kini perlu dirombak sedikit dan ditambah baik mengikut perkembangan terkini. Manifesto pilihan raya yang mungkin siap juga perlu dirombak. Senarai calon yang sudah tersedia juga mungkin berubah.

Dalam hal ini, ramai yang mungkin beranggapan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan berbanding pakatan pembangkang. Bagaimanapun, ia tidak semestinya kerana pembangkang yang selama ini sudah membuat persediaan rapi juga ada kelebihan dan mempunyai lebih masa untuk merancang strategi.

Teka teki bila pilihan raya juga masih belum ada penyelesaiannya. Hanya Najib yang ada jawapannya. Namun, belum ada tanda-tanda ia akan diadakan dalam tempoh terdekat walaupun beberapa hari lalu khabar angin melanda semula Parlimen akan dibubarkan minggu ini.

Tambahan pula persidangan Parlimen yang sedang berlangsung sekarang akan diadakan sehingga akhir bulan ini. Selain itu, pembentangan Bajet 2013 sudah ditetapkan pada 28 September. Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa lagi insentif untuk rakyat, termasuk pemberian BR1M pusingan kedua dalam bajet berkenaan.

Justeru, jika benar ramalan Salahuddin, Najib akan terus menjadi Perdana Menteri sehingga tamat tempoh penggal Parlimen sekarang pada April tahun depan dan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas itu. Dan jika itu berlaku, Najib akan mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri pertama memegang jawatan sehingga tamat penggal lima tahun Parlimen.

Dah Singgah Komen Sikit

Putera Nayef Mangkat.


Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdul Aziz Al Saud mangkat di "luar negara" hari ini. Putera Nayef, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, berlepas ke luar negara untuk bercuti dan pemeriksaan kesihatan lewat bulan lepas.

Putera Mahkota Arab Saudi, Nayef bin Abdul Aziz Al Saud mangkat hari ini, memetik laporan media kerajaan yang masih merahsiakan secara tepat lokasi kematian. Namun, menurut laporan televisyen Al-Arabiya, Putera Nayef telah mangkat di Switzerland.


Putera yang berusia 78 tahun yang merupakan saudara tiri kepada Raja Abdullah telah dibelenggu penyakit kencing manis, osteoporosis dan juga kanser telah berlepas ke luar negara untuk bercuti dan melakukan ujian perubatan penghujung bulan lalu. Baginda juga mengetuai Jawatankuasa Arab Saudi untuk intifada Al-Quds yang menyediakan bantuan kepada pelarian Palestin.

Putera Nayef, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri turut bertindak sebagai Jawatankuasa Tertinggi Haji diumumkan menjadi Putera Mahkota pada Oktober tahun lalu mengantikan pewaris sebelum itu yang turut mangkat, Sultan Bin Abdul Aziz.

Kemangkatan Baginda bermakna Raja Arab Saudi, Raja Abdullah akan melantik pewaris yang kedua dalam tempoh sembilan bulan. Menteri Pertahanan, Putera Salman, 76 dilihat mungkin bakal pewaris baru kerajaan Arab Saudi.(SUMBER)

Dah Singgah Komen Sikit

Sunday, 17 June 2012

Rakyat Yang Biadap Cc: @hishammuddinH2O dan @NajibRazak


Raja atau Sultan bukan diminta untuk disembah, bukan juga untuk dijunjung tinggi oleh seluruh rakyat jelata. Bagi Mat hormat itu adalah perlu. Contoh paling senang mat bagi, bapa adalah ketua keluarga dan menjadi kewajiban kepada kita menghormati bapa. Sama seperti Sultan atau Raja, mereka adalah ketua untuk agama islam, kita mesti menghormati mereka. Jika mereka ada melakukan kesilapan maka tegurlah dengan baik. 

Cube korang bayangkan bapa korang adalah seorang raja dan dihina seperti itu, apakah perasaan korang??
mat nak tunjukkan dua makhluk kurang bijak ini yang bercakap hanya berteraskan amarah dan tidak sesekali menggunakan akal yang diberikan.











P/S: please ambil tindakan kepada mereka ini. 

Dah Singgah Komen Sikit

Cipta Bukti.

KETIKA banyak isu moral, biseksual dan integriti Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim masih belum terjawab, muncul pula pendedahan terbaru.

Anwar didakwa mengarahkan peguamnya mencipta bukti mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Maknanya beliau mencipta fitnah terhadap Najib dalam isu tersebut yang dijadikan modal politik sejak 2002. Sampai begitu sekali sikap Anwar. Itu belum berkuasa, sekiranya menjadi Perdana Menteri, bayangkanlah musibahnya nanti.

Walaupun tersentak dengan pendedahan itu tetapi Awang tidak terkejut. Ramai yang tahu reputasi Anwar dalam soal integriti. Beliau tidaklah sebersih mana. Apatah lagi perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin yang ketika itu menjadi peguam bela Anwar.

Berikut antara sedutan kenyataan beliau semasa perbahasan di Dewan Rakyat, Selasa lalu yang disiarkan media.

‘‘Selaku peguam bela Anwar pada ketika itu, saya membuat pelbagai semakan undang-undang untuk mencari bukti bagi mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan berkenaan. Namun tiada sebarang petunjuk Najib terlibat tetapi pembangkang cukup galak melemparkan fitnah.

Tiada sebesar zarah pun bukti Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan apabila saya memberitahu Anwar, dia marahkan saya.

Anwar kata, kalau tiada bukti, kamu kena adakan bukti tersebut tetapi sebagai peguam yang berprinsip, saya tidak mengikut arahan berkenaan.

Kalau ada bukti, sudah lama saya gunakan untuk menyerang Perdana Menteri tetapi hari ini, isu pembelian kapal selam Scorpene ditimbulkan lagi. Apa tujuan mereka timbulkan isu ini, tujuannya tidak lain untuk kembali mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang terbukti fitnah.

Saya peguam Anwar, saya lebih tahu. Mereka mendakwa kononnya ada surat akuan bersumpah yang mengaitkan Najib, semua itu bohong sebagaimana akuan sumpah palsu (diarah Anwar dalam kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan),’’.

Kenyataan di Dewan Rakyat itu cukup kuat. Ini disusuli kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang juga bekas sahabat Anwar bahawa Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang asas untuk mengaitkan Najib dalam kedua-dua isu tersebut. Menurut beliau, kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian Scorpene pada 2002 manakala penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mula mengenali wanita itu pada 2004. Tiada kaitan sama sekali Altantuya dalam isu Scorpene lebih-lebih lagi dengan Najib. Perdana Menteri sendiri telah bersumpah di dalam masjid pada 2007 bagi membuktikan beliau tidak bersalah. Setakat ini, Anwar tidak memberikan reaksi berhubung pendedahan Zulkifli, sama keadaannya dengan pendedahan bahawa beliau mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Kalau ada pun penjelasannya sudah boleh dijangka - tidak menjawab persoalan sebenar dan menuding jari pula kepada pihak lain. Tidak perlu untuk Awang ulas panjang tetapi Anwar sudah menjadi liabiliti kepada rakyat dan negara.

Selain dua kali dihadapkan ke mahkamah atas kes liwat dan isu biseksual, Anwar juga berdepan dengan banyak isu pembohongan dan dolak-dalik. Itulah ‘kehebatan’ Ketua Pembangkang Malaysia berbanding negara lain. Antara yang Awang ingat adalah muslihat mendapatkan bantuan IMF ketika krisis kewangan 1997, isu cubaan rampasan kuasa 16 September, kehilangan jam Omega, rakaman video seks bersama wanita dipercayai pelacur dan sokongan kepada Israel.

Sekali lagi bayangkan sekiranya Anwar menjadi ketua kerajaan, imej Malaysia yang disegani terutama sejak kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan sahaja merudum malah diperlekehkan dunia.

Awang tidak kisah kalau Anwar mahu berbohong kepada isteri dan keluarganya tetapi janganlah terus berbohong kepada rakyat. Dalam Islam, ditekankan betapa pemimpin yang selalu berbohong apatah lagi memfitnah, perlu dihindari. Persoalannya, apa lagi fitnah yang Anwar reka, yang kita semua tidak tahu.

-Awang Selamat


Dah Singgah Komen Sikit

Saturday, 16 June 2012

Terima Kasih Kepada Pembaca Blog Mat Despatch Otai.


Terima kasih mat ucapkan kepada semua pembaca blog mat despatch otai. Mat akan meningkatkan kualiti dalam menyampaikan matlumat dan informasi kepada semua. *dah macam menang award pulak.

Untuk tahu kedudukan blog pro kerajaan yang lain sila kelik sini..

Dah Singgah Komen Sikit

Friday, 15 June 2012

Safwan Anang Bidas DS Najib.



Kenyataan seorang presiden SMM tidak seharusnya membuta tuli. Pemikiran yang dimiliki oleh presiden SMM nie adalah seperti kebudak-budakkan. Adakah apabila PRU dibuat pada musim haji, seluruh ahli PAS dan Pembangkang akan melakukan ibadah haji?? Jika terdapat 10 000 ahli PAS di kawasan Shah Alam, adakah 10 000 itu kesemuanya akan melakukan ibadah haji??

Kuota haji untuk rakyat malaysia menunaikan haji adalah 26 pada setiap tahun, mat yakin dan pasti yang tidak akan ada 100% jemaah hari malaysia adalah dari PAS dan PR sahaja. Mat pasti tidak akan ada sebarang masalah walaupun PRU musim haji. 

26 000 jemaah haji ini bukanlah penentu kemenangan semasa PRU nanti. 27 juta rakyat malaysia masih ada untuk memastikan kemenangan mereka dalam PRU nanti. Tapi sebelum tue mereka terpaksa menolak dahulu bilangan budak-budak sekolah, bilangan belia yang belum layak mengundi dan belum berdaftar dan sewaktu dengannya. 

P/S: Patut laa Haziq Abd Aziz nie lembab, ketua pon lembab.. hahah

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday, 14 June 2012

Kebodohan Mahasiswa Ini Sama Macam Nizar.


Belom lagi mampu untuk mengundi..sudah banyak bising..tapi apa yang menarik tentang manusia bernama HAZIQ ABD AZIZ ini pemikirannya sama seperti NIZAR JAMALUDDIN..







Tak hairanlah mengapa dia nie digantung 3 sem.. ingat kene gantung dia insaflaa sikit.. tapi macam tak ada apa yang berubah pon.. mat nak nasihatkan dekat adik haziq ek.. kalau dh kene gantung 3 sem tue.. pi laa study.. dah laa sem 1 pointer bawah 2.. 3 subjek fail.. apa kau nak lagi?? study doe..

kau jangan pening-peningkan kepala pasal negara ok?? kalau kau dh grad nak pening-pening pasal negara pon takde masalah.. mat risau kalau kau tak sempat nak habiskan sem dkt UM.. kau tiada nilai di mata Anwar Ibrahim.. dia bukan nak orang bawah dia yang bangang-bangang.. 

Si Azmin ali tue pon ada degree.. Nizar pon ada degree.. siap ada Ir lagi.. kau nak jadi orang kuat anwar jugak kan?? SO?? study der.. hahaha..

Lepas dah jadi menteri nanti.. tarik balik subsidi pendidikan yang kerajaan peruntukkan.. bagi pendidikan percuma ok??


P/S: Lepas nie adakah Sultan Johor akan meminta mahasiswa kurang bijak ini meminta maaf??

Dah Singgah Komen Sikit

No Plat, Jenis Kenderaan Tidak Menjadi Isu. Nizar Harus Bertaubat.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa membuat penjelasan berhubung pemilikan nombor pendaftaran kenderaan BBM 3 yang digunakan pada kereta Toyota Camry miliknya.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, beliau hairan bagaimana Azmin mampu memiliki nombor pendaftaran 'panas' berkenaan sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu hanyalah seorang pegawai kerajaan ketika mula menggunakannya.
Anuar juga mempersoalkan sama ada Azmin membeli nombor pendaftaran tersebut atau memperolehnya secara percuma semasa berkhidmat dengan Anwar di pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.
"Saya ingin bertanya kepada Azmin bagaimana beliau memperoleh nombor pendaftaran kenderaan BBM 3? Nombor tersebut beliau peroleh ketika masih berkhidmat di pejabat Timbalan Perdana Menteri. 
"Jika beliau 'membeli' nombor tersebut semasa berkhidmat dengan Anwar, beliau perlu tampil menjelaskan berapa bayaran yang telah dibuat memandangkan Azmin ketika itu hanyalah pegawai kerajaan.
"Adakah ini juga ada kaitan dengan dakwaan Azmin mempunyai kekayaan melebihi pendapatan ketika itu?," tanya beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 
Isu nombor pendaftaran kenderaan sebelum ini menarik perhatian ramai apabila salah seorang ahli pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Berikutan tindakan Nizar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu, beliau menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak dan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Malah, pihak pembangkang juga dilihat cuba memperbesarkan isu pemilikan nombor pendaftaran kenderaan apabila turut mengheret Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berikutan bidaannya terhadap nombor WWW 15.
Sementara itu, siasatan Utusan Malaysia mendapati kereta yang menggunakan nombor pendaftaran BBM 3 itu mempunyai sebanyak 40 saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga semalam.
Kenderaan jenis Toyota Camry 2.4 cc berwarna hitam sebelum ini didaftarkan untuk kereta jenis BMW 325i yang juga menggunakan nama pemiliknya iaitu Mohamed Azmin Ali. 
Selain 40 saman, Azmin turut dikesan memiliki tujuh saman untuk sebuah kenderaan lain bernombor pendaftaran WEU 3838.
Malah apa yang mengejutkan, selain 47 saman trafik yang dikenakan terhadap Azmin sejak Jun 2002, kenderaan yang menggunakan nombor BBM 3 itu juga telah tamat cukai jalan sejak 2 Jun lalu namun sehingga kini belum diperbaharui.
Kebanyakan saman yang dikenakan adalah atas kesalahan memandu melebihi had laju dan paling banyak kesalahan itu dikesan di sekitar ibu negara.
Difahamkan sebelum ini, Azmin menggunakan plat BBM 3 itu untuk kereta BMW. (1peluru.blogspot.com
Tue baru petikan yang mat ambil khas untuk azmin ali.. yang nie pulak adalah kereta hak milik bos dia pulak.. Anwar Ibrahim.


Kereta dah mahal, kalau no plat dia tue agak-agak berapa yea?? boleh dapat dengan harga seribu je ke??

Orang atasan pembangkang boleh laa pakai kereta mahal yea dak?? tapi kalau nik abduh nie nak kire macam mana pulak?? kereta mahal..no plat mahal.. mana dapat duit?? ayah ajis bagi ek?? haha..



Mat tak perlu laa sibuk-sibuk hal mereka nie.. itu adalah hak mereka.. tapi janganlah sampai nak menafikan hak orang lain pulak.. sultan tue bukannya miskin sampai tak mampu untuk membeli no plat.. sedangkan orang yang biasa-biasa nie pon mampu untuk memiliki no plat idaman mereka.. kenapa bukan dia kan??

Sebelum terlambat.. mat ada nak bagi korang tengok dua gamba yang membezakan dua insan nie.. hehe..




Pernah memegang jawatan no 1 dalam negara tetapi masih mampu untuk memandu kenderaannya sendiri.. sedangkan.... ish..ish..ish.. kesian...




Dah Singgah Komen Sikit

Wednesday, 13 June 2012

Nik Aziz Patut Malu.

Saya ingin ucapkan syabas kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana mengambil sikap beristiqamah dalam memperjuangkan perpaduan umat Islam di negara ini meskipun tidak disenangi sesetengah pihak.

Beberapa hari lalu akhbar melaporkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kuliah Jumaatnya berkata, Mufti Perak ‘gatal mulut’ kerana didakwa memberi ulasan mengenai politik.

Sebagai seorang tokoh ulama seperti Nik Abdul Aziz menggunakan ungkapan sedemikian tentulah dilihat tidak manis, malahan tidak wajar sama sekali.

Ini kerana umum tahu bahawa ulama itu adalah warisatul anbia (pewaris Nabi). Sedangkan Nabi itu sendiri dihiasi dengan akhlak yang mulia, bukan sahaja daripada segi tingkah laku tetapi termasuk juga perkataan yang diungkapkan.

Umum juga tahu bahawa Nabi dan Rasul diutuskan bukan sahaja untuk memperbetulkan akidah manusia tetapi pada masa sama memberi didikan akhlak yang sempurna atau mulia.

Masyarakat umum Islam di negara ini sentiasa ingin menjadikan ulama sebagai ikon mereka di dalam melayari kehidupan seharian, apatah lagi kehidupan dalam zaman yang tercabar serba-serbi ini.

Oleh itu, para ulama pula hendaklah sentiasa memelihara makam (kedudukan) mereka sebagai warisatul anbia yang sentiasa dihiasi dengan akhlak yang baik di samping menguasai serta menghayati ajaran agama secara mendalam dan holistik.

Politikus Muslim dan mufti dari segi tertentu mungkin terdapat perbezaan. Namun hala tujunya haruslah ada persamaan iaitu untuk menyebarkan ajaran agama dalam semua aspek serta berpegang teguh dengan ajaran dan syariat.

Memberi nasihat misalnya merupakan satu cabang dari prinsip dan ajaran syariat Islam. Justeru, salahkah sekiranya seorang mufti memberikan pandangannya atas dasar menasihati umat agar tidak terlanjur?

Matlamat politik mungkin satu hal yang berbeza dengan matlamat dakwah agama. Matlamat politik semestinya kuasa. Justeru, dalam keghairahan menghambat kuasa itu adakalanya tingkah laku seseorang yang mendukung sesuatu parti politik itu, termasuk para pemimpinnya, mungkin ada kalanya ‘terlajak’ dari segi syariat agama.

Maka dalam konteks ini tidak salah bagi seorang yang berjawatan mufti itu memberikan pandangannya atas dasar menegur atau menasihati saudara seagamanya, sungguhpun mufti itu bukan ‘orang politik’.

Oleh itu, dalam hal sedemikian orang politik pula tidak boleh menganggap mufti itu jahil dalam politik dan justeru itu tidak layak untuk ‘campur tangan’ dalam urusan politik.

Umat Islam seluruhnya di negara ini akan merasa bangga jika ulama yang diangkat darjatnya menjadi seorang politikus dapat mengimbangi antara keperluan politik dan tuntutan agamanya.

Melabelkan seseorang yang seagama dengan label tertentu yang mengandungi unsur-unsur penghinaan harus dielakkan, apatah lagi sekiranya individu yang dihina itu seorang yang bertaraf mufti.

Pas, sebuah pertubuhan politik yang dikenali sebagai sebuah parti ‘Islam’, haruslah bersandarkan kepada prinsip dan ajaran syariat Islam dalam semua ruang lingkup pergerakannya, termasuk tutur kata pemimpin dan pengikutnya.

Manakala perbuatan memperlekehkan orang lain sama ada menerusi perkataan dan lain-lain amat dilarang di dalam syariat Islam. Hukum ini dipercayai telah diketahui oleh kebanyakan masyarakat Islam di negara ini. Oleh itu, kenapa tidak diamalkan?

SALLEH SAAD

Sungai Petani, Kedah

P/S: Terima Kasih kepada Salleh Saad kerana sudi berkongsi pendapat.

Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday, 12 June 2012

Mati DiTikam Selepas Cuba Dapatkan Penjelasan.

Seorang pekerja kilang yang pulang bercuti di kampungnya sejak dua minggu lalu, mati ditikam di Kampung Belian, Palekbang Tumpat malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Al-Serenadi Mat Rahim berumur 26 tahun mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata terdapat satu kesan tikaman senjata tajam pada dada kiri mangsa.


Tambahnya lagi, mangsa dikatakan ke tempat kejadian bersama lima rakan, termasuk seorang adiknya dengan menaiki tiga motosikal untuk mendapatkan penjelasan mengenai satu pergaduhan.  "Mangsa dikatakan cuba menemui suspek yang berada di rumahnya (rumah suspek) untuk mendapat penjelasan mengapa suspek menampar adiknya yang didakwa menunggang motosikal dalam keadaan laju," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mat Rahim Junoh, 58, ketika ditemui di rumahnya berkata, Mohd Al-Serenadi yang juga anak ketiga dari lapan beradik itu pulang ke kampung itu bercuti sejak dua minggu lalu.  "Dia akan pulang ke tempat kerjanya semula di Kuala Lumpur dua hari lagi," katanya.

P/S: takziah buat keluarga mangsa.

Dah Singgah Komen Sikit

Monday, 11 June 2012

Pemikiran PAS KOLOT.


NIK Aziz Nik Mat ialah ahli politik. Harussani Zakaria pula ialah seorang mufti.

Nik Aziz, dalam istilah sains politik ialah seorang political animal. Ini kerana kerjayanya, mata pencariannya ialah sebagai seorang ahli politik.

Harussani pula ialah penjawat awam yang dilantik sultan sebuah negeri.

Tugasnya ialah berkaitan hal ehwal agama Islam. Antara tugas besarnya ialah menasihati raja atau sesiapa sahaja mengenai hukum-hakam agama Islam serta menegur jika perlu.

Beliau ialah ejen untuk memastikan kesejahteraan umat Islam terbela.

Oleh itu, apabila Nik Aziz menyifatkan Harussani ‘gatal mulut’ kerana menegur atau menasihatinya itu bermakna, Nik Aziz menafikan peranan Harussani sebagai mufti.

Mufti tidak boleh hanya menutup mulut dan berpeluk tubuh memerhati tingkah laku ahli-ahli politik seperti Nik Aziz yang sudah menyimpang jauh daripada landasan.

Sebagai ulama dan mufti, Harussani boleh bercakap walaupun ia ditujukan kepada seorang ahli politik.

Nik Aziz yang mengaku dirinya ulama tidak boleh memandang rendah orang lain. Beliau tidak boleh berbangga diri mengatakan dialah yang hebat daripada orang lain.

Itulah masalahnya Nik Aziz yang merasakan dirinya sudah terlalu hebat akibat dipuja oleh manusia.

Sehubungan itu Awang bersetuju dengan cadangan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris bahawa Nik Aziz sepatutnya bermuzakarah dengan Harussani.

P/S: Terima Kasih Awang atas artikel ini.

Dah Singgah Komen Sikit

Sunday, 10 June 2012

Sekitar Himpunan Skuad Muda Sukarelawan KDN. Syabas @Hishammuddinh20!!











Rakyat Malaysia semakin bijak dalam memilih aktiviti yang berfaedah. Jika dahulu BERSIH 3.0 telah menghimpunkan ribuan manusia yang bertindak mengikut hawa nafsu, kini ribuan insan yang berhati mulia telah hadir ke Himpunan Skuad Muda Sukarelawan KDN.

Mat melihat ini sebagai sesuatu yang positif selepas hari yang paling menjijikkan BERSIH 3.0. Pelbagai golongan masyarakat yang hadir telah menunjukkan minat untuk menjadi sukarelawan dalam pelbagai jenis badan sukarelawan.

P/S: Terima Kasih kepada blogger pengasih atas sumbangan gambar. hehe

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...