-->

Sebelah Sayap

Thursday, 24 January 2013

Salam #MaulidurRasul 1434H: Ingat hukum @NikAbdulAziz , HARAM sambut #MaulidurRasul hari ini!!!

Salam Maulidur Rasul 1434H kepada semua pembaca MyMassa. Sebagai umat Islam yang beriman dan bertaqwa, hari ini seharusnya menjadi hari yang cukup istimewa buat kita semua kerana ia merupakan hari diutuskan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW ke dunia ini. Kelahiran beliau telah membawa rahmat kepada kita semua, dan hasilnya kita semua dapat lahir dan hidup di dalam nikmat Islam.

Apa akan jadi jika Allah SWT mentakdirkan tiada lagi rasul selepas ISA AS?!! Sudah tentu kehidupan kita, malahan tamadun manusia tidak mencapai kemajuan seperti yang ada sekarang ini! Usah salah faham dengan menganggap bahawa tamadun Kristian yang membawa perubahan kepada peradaban manusia, kerana tanpa syiar Islam dan Al-Quran melalui Muhammad bin Abdullah, sudah tentu manusia akan terus hidup dalam zaman kegelapan dan jahiliyyah.

Begitulah pentingnya kita sebagai umat Muhammad mengingati dan menyambut hari ini sebagai satu hari penting dalam hidup kita semua. Tidak timbul soal bida'ah ataupun meniru perayaan Krismas. Malah, kalau ditanya tentang Hari Krismas kepada penganut Kristian sekali pun, mereka masuh lagi bercanggah yang tarikh 25 Disember itu sama ada hari kelahiran Jesus ataupun hari ia disalib.

Namun apa yang amat menyedihkan buat kita semua, sambutan Maulid Nabi ini mulai diperlekehkan oleh sesetengah pihak yang begitu terhutang budi dengan puak kafiruun. Dan yang lebih menyedihkan, orang yang mempunyai ilmu agama sendiri yang mengepalainya dengan mengaitkannya pula dengan ajaran Kristian/bid'ah! Dan kerana perbuatan-perbuatan seperti inilah umat Islam terus menerus menjadi keliru dan berpecah belah, sehingga ada di antara kita yang menghina perarakan Maulidur Rasul yang menjadi tradisi kita selama ini!

"Sebagai makluman, Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1431H/2010M dalam mesyuaratnya bertarikh 3 Februari 2010 telah memutuskan bahawa majlis perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul adalah dibatalkan dan diteruskan dengan Majlis Perhimpunan Ummah pada 26 Februari 2010 yang akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang"berikut adalah surat pekeliling yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir.

                                                 

Jika Perarakan mengingati Rasulullah SAW dianggap Bid'ah dan meniru Kristian, maka apakah pula hukumnya bagi perarakan di jalan-jalanraya yang tidak mendapat permit dan restu orang ramai atas kerana mahu membela orang cina yang membunuh diri (TBH) dan menuntut pilihanraya yang adil (ikut acuan mereka)?!!

                                              

Dan jika menyambut hari kelahiran Nabi sebagai satu kesalahan di dalam Islam, jadi apakah pula keadaannya di bawah ini?!!

                                             


Artikel diambil sepenuhnya dari Mymassa.blogspot.com

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...