-->

Sebelah Sayap

Friday, 25 January 2013

Joseph Lim Guan Eng Makin Angkuh Dengan Kuasa


Ramai yang terkejut dengan laporan akhbar semalam yang menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Tokong Lim Guan Eng, sekali lagi mengulangi bahawa apa jua acara baru atau yang pertama kali diadakan yang ingin menggunakan perkataan 'Penang', perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri lebih dahulu. Alasannya ialah untuk memastikan penglibatan parti politik mana agar tidak disalahguna. Kenyataan tersebut dibuat sebagai membidas penganjuran Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam.

Memandangkan acara tersebut disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri, maka kenyataan Tokong Lim ini dengan sendirinya membawa maksud bahawa Jabatan tersebut telah dinafikan kuasa untuk meluluskan sesuatu acara, sekali gus menunjukkan cengkaman kuat kuku besi sang Tokong.

Tidak pernah dalam sejarah, seorang Ketua Negeri mengambil langkah sebegitu angkuh dengan memilik-sendirikan nama negerinya bagaikan hak mutlak keturunannya. Bagaimana jika kerajaan persekutuan meletakkan syarat agar parti pembangkang mendapatkan kelulusan sebelum menggunakan nama Malaysia di dalam acara mereka?

Bagaimana pula dengan Pakatan Rakyat menyalahgunakan nama ‘Rakyat’ dalam nama parti itu dan juga dalam acara-acara anjuran mereka, seperti Himpunan Kebangkitan Rakyat”? ‘Rakyat’ dalam konteks PR hanya membawa satu maksud, iaitu ‘rakyat Malaysia’ sedangkan parti itu tidak mewakili semua rakyat. Malah majoriti rakyat menolak PR sepertimana yang dapat dilihat dengan jelas dalam HKR#112 di mana hanya 45,000 sahaja ‘rakyat’ yang terlibat.

Jika mengikut logik Tokong Lim yang tak tahu mengira atau sengaja menipu undi, PR wajib mendapatkan kebenaran dari seluruh rakyat sebelum menggunakan nama Rakyat dalam setiap program mereka. Ini kerana, penyalahgunaan nama ‘rakyat’ boleh menimbulkan salahfaham kononnya semua rakyat terlibat dalam program PR tersebut.

Nampaknya, semakin dekat pilihanraya, semakin terserlah pula segala perangai buruk si Tokong Lim Guan Eng ini. Tidak cukup dengan ingin merampas hak agama Islam, iaitu Kalimah Allah, untuk diguna di dalam kitab Kristian, kini beliau ingin menafikan hak rakyat Pulau Pinang ke atas nama negeri mereka sendiri.

Tindakan Guan Eng ini dilihat sebagai satu paranoia, iaitu takutkan bayang-bayang sendiri, sentiasa merasa tidak selamat dan tidak percaya kepada sesiapa sahaja. Seorang Ketua Menteri yang mendapat sokongan rakyat tidak mungkin akan mengalami paranoia sebegini. Jelaslah, bahawa Guan Eng cukup sedar bahawa rakyat Pulau Pinang membencinya.

Bukan kita tidak tahu yang Guan Eng membenci kaum lain, maka adalah perkara biasa jika benci dibalas benci. Bagaimana rakyat boleh menghormati dan menyayangi Ketua Menteri yang tidak mempercayai mereka dan sentiasa merancang untuk ‘menghalau’ mereka?

Selanjutnya di BroJinggo

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...