-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 23 January 2013

Agenda Sulit Kerajaan Negeri Selangor


Ketika kerajaan Pakatan Rakyat mula menaiki tahta pemerintahan, rakyat di negeri Selangor telah berdepan dengan pelbagai isu, dari hal ladang babi mega di mana kerajaan Pakatan Rakyat tetap meneruskan projek tersebut menganggap apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan BN sebelumnya sebagai satu bentuk pembaziran. Kemudian menyusul isu di mana rakyat negeri Selangor diuji pula dengan perihal UNISEL diikuti oleh perlantikan bukan Melayu ke jawatan utama PKNS dan terakhir berkaitan acahan mahu memasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UITM.

Belum pun perkara atas reda Politik negara menjadi kecoh apabila kisah wakil DAP yang terpaka menjadi pemberi maklumat rasuah parti pimpinan Karpal Singh tersebut telah dilaporkan membunuh diri di pejabat SPRM , walaupun dipercayai DAP yang mengugutnya, namun kematian nya di jadikan wayang untuk tayangan perdana seluruh Negara. Kepada Pakatan Rakyat apa sahaja yang boleh di jadi kan isu utuk alih perhatian terhadap rasuah dan kepincangan kerajaan Selangor ia tentu sekali akan di manipulasi dan menjadi isu.besar.

Politik baru yang di bawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat telah betul betul membawa banyak karenah dan menyusah kan rakyat.Politik yang tiada batas dan had nya telah sampai ke tahap melampau apabila bahan kegunaan harian ia itu bekalan Air telah kini telah di politik kan pula..

Bekalan yang terhenti di banyak kawasan telah menganggu penduduk negeri Selangor dan pinggir Kuala Lumpur.Masalah air ini yang boleh di kira sebagai unprecedented kerana perkara sebegini belum pernah terjadi di negeri Selangor ketika di bawah kepimpinan kerajaan BN.Mana mungkin dengan air yang begitu banyak penduduk tidak dapat bekalan mencukupi.Bahkan kawasan perkilangan juga menghadapi ganguan bekalan air.

Masalah air ini bertambah teruk apabila kerajaan negeri memilih untuk menjadi penuduh dan penuding jari kepada seluruh pemasalahan air dan bukan sebagai penyelesai masalah.Pergeseran pendapat dan perkelahian terbuka antara kerajaan negeri dan syarikat SYABAS telah bertambah parah sehingga syarikat SYABAS terpaksa menjawap tuduhan kerajaan negeri di kebanyakan akhbar dan media tempatan.

Selanjutnya disini. SINI

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...