Saya berdosa sebarkan amanat Hadi Awang - Ahli PAS
Ini pengakuan penyokong PAS.Berapa ramai yang sudah disesatkan?Nauzubillah
Sebab amanat inilah sampai ada yang tak nak uruskan jenazah sesama Islam kerana berlainan parti.
Mungkin PAS akan cakap pengakuan ini adalah konspirasi UMNO.Sebab u oll kan tau PAS ni memang parti yang maksum.
Jangan sampai anak-anak anda menjadi mangsa kesesatan PAS neh.Fikir-fikirkan
Amanat Haji Hadi Vs Surat Dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan
Isi Kandungan Surat2 ini seperti berikut :-
Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.
Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-
1). Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional)
2). Haram dimakan daging binatang sembelihan orang
Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
sembelihannya.
3). Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).
4). Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).
5). Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
Barisan (UMNO- Barisan Nasional).
6). Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.
7). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan
mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat
orang Pas.
8). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh
tuhan amalan itu daripada mereka.
Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.
Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang terdiri dari :-
1). Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff -
Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.
2). Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar -
Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.
3). Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik -
Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.
4). Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff-
383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.
5). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail -
Maahad Muhammadi,Kota Baru.
6). Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman -
Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.
7). Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan -
Iman Besat Masjid Muhammadi.
8). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris -
Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan
(JASA) Lundang,Kota Baru.
Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa :-
"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"
Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.
Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.
(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
b/p Yang Dipertua.
Di Pejabat Agama Islam Kelantan, Kota Baru, pada 15 Jamadil Akhir 1401.
Sumber: http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/12/amanat-hj-hadi-majlis-agama-islam.html
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone