-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 2 January 2013

@RafiziRamli Pakar Dalam Cincin Wanita. Bukti!!

Cincin RM24 juta dah tak laku, sekarang isu Cincin Berlian Bernilai RM13 juta. AIk. Dah berkurang pulak. Kenapa ni der? Meh sini tengok dulu..


Siapa yang benar? Siapa yang Salah?
Manipulasi? Konspirasi?
Nampaknya tidak cukup cukup agenda pembangkang dalam melemparkan fitnah keatas Datin Seri Rosmah Mansor. Jika dahulunya isu Cincin 24 juta USD kini cincin bernilai 13 juta pula yang dimainkan pihak pembankang. Cuma kali ini berlainan sedikit kerana ianya didakwa oleh Deepak Jaikisnan seorang CONMAN yang sudahpun dibeli oleh Anwar Ibrahim dalam mewujudkan rekayasa jahat menfitnah Datin Seri Rosmah Mansor.

Rafizi Ramli hari ini mengeluarkan dokumen yang kononya menyatakan dokumen pembelian cincin oleh Deepak buat Rosmah Mansor. Meh layan dokumen tersebut dibawah ni.

1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;


Dibawah dokumen tersebut tertera Datin Mansor Rosmah yang mana atas sebab dokumen yang kabur inilah Rafizi Ramli menyatakan Rosmah Mansor menerima cincin dari Deepak Jaikishnan.Malah Rafizi sendiri tidak pasti apakah Liona Wan merupakan kakitangan syarikat tersebut ataupunsebaliknya. Namun demikian apa yang benar benar dimainkan Rafizi Ramli PKR ini adalah tulisan BIRU dibawah sekali dengan ayat:

"DAKWAAN BAYARAN OLEH DEEPAK UNTUK BARANG KEMAS DATIN SERI ROSMAH MANSOR"

Itulah agenda ataupun POINT utama yang dimainkan oleh pihak pembangkang melalui Rafizi Ramli ini iaitu dengan membesarkan ayat tersebut dengan warna biru yang mana setiap pembaca yang termakan fitnah tersebut mempercayai dakwaan Rafizi Ramli.

1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Wan Azizah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;

 

2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);

 

3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;

 

4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;

 

5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;

 

6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;

 

7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);

 

8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;

 

9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;

 

10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; dan

 

11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Wan Azizah dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).





Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Wan Azizah adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.

Selanjutnya korang baca dekat blog PAPAGOMO dengan kelik SINI yang berwarna biru.. SINI

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...