-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 2 January 2013

LATEST..!!! Golongan Artis Bertudung Sasaran PR Untuk Tarik Undi.


Dua golongan artis yang berbeza. Yang memakai tudung dan kopiah, satu lagi yang tidak memakai tudung dan tidak berkopiah. Memang jika dilihat yang mana lebih Islamik adalah sudah tentu golongan yang mengikut syariat dan perintah Allah ini adalah yang terbaik. Tapi harus diingat, yang tidak memakai tudung, yang tidak berkopiah itu bukannya tidak baik. 

Tak payah tengok jauh, tengok saja Ostazah Abby Abadi dan Ust Bob Lokman. Lantang dalam memperjuangkan Islam dalam hijrahnya ke arah yang baik tapi malangnya diselitkan unsur politik kotor PAS. 

     

Biar aku quote ayat terbaik dari ust Bob Lokman."Anak saya ada masalah dengan sistem kehidupan, saya nak didik anak saya dengan cara Islam, tapi dia ada masalah sistem persekolahan...". OUh, sini aku bagitau, tuh salahnya pada diri sendiri kerana tidak mencari ilmu agama. Disekolah ada mengajar pendidikan agama islam, sejarah islam. Kenapa tidak muhasabah diri mencari salah sendiri dari mencari salah orang lain. Kene ingat didikan terbaik untuk seorang anak itu adalah dari ibu bapanya. 

Kalau Si Anak jahat, maka yang bertanggungjawab adalah si ibu dan bapa yang membesarkan.Dan salah itu tidak jugak terletak atas salah ibu bapa, tetapi salah juga si anak. Kau minum arak tapi kau salahkan orang lain sebab jual arak. JANGAN JADI KAKI PUTAR.


Ramai golongan artis memilih PAS untuk mereka berubah sebab PAS memperjuangkan ISLAM. Banyak golongan ilmuan islam dalam PAS. Sebab tu diorang memilih PAS sebagai medium mereka berubah. 

Tapi harus diingat yang mereka yang tidak bertudung dan berkopiah ni bukanlah jahat dan jahil tetapi masih belom mendapat hidayah untuk menutup aurat dan mengikut sunnah. Yang baiknya mereka ni, diorang tak menyebarkan FITNAH DAJJAL seperti yang dilakukan oleh ARTIS CAI MAKAN DEDAK PR ni. Mereka jauh lebih baik dari ARTIS CAI MAKAN DEDAK PR sebab tak menyebarkan fitnah.

Mereka lebih baik sebab mereka menjaga mulut diorang dari memburuk-burukkan orang lain. Mereka hanya tidak menutup aurat. Kita hanya boleh mendoakan mereka supaya berubah supaya menjadi lebih baik. 


Sekarang siapa yang lebih baik? Tapi ada jugak yang artis yang menyokong PAS sebab mereka benar-benar ingin berdakwah. Contoh terbaik yang aku boleh bagi adalah Heliza Helmi. Begitu konsisten dalam berdakwah kepada orang Islam dengan menunjukkan contoh yang baik dan nasihat yang berguna.

Ouhh. Sebelum aku terlupa, sambutan tahun baru di ICT untuk semua golongan masyarakat, berbeza pegangan agama dan ideologi. Yang dekat masjid tu hanya untuk orang Islam. Bukan aku apa yang buat tu tak bagus. Tapi tak semua dapat meraikan tahun baru dengan cara yang sebegitu,


Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...