-->

Sebelah Sayap

Saturday, 19 January 2013

Ini Bukan Forum. Ini Adalah Konsert MemBogelkan Anjuran SAMM.

WOI!!! Apa korang buat ni. UNFAIR.!! 3 ON 1. Mesti korang nak tahu apa sebenarnya yang aku nak sampaikan ni? Betol tak?? Aku nak membawa suara mahasiswa ke depan!! Tengok ni..!!


Haa!! Benda ni laa yang aku maksudkan. EMPAT orang penalis tetapi 3 orang daripadanya adalah TOTOK PEMBANGKANG. Nak berforum bersama dengan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, SYARIFAH ZOHRA JABEEN. Yang menariknya apabila salah seorang daripada kawan aku, KERIS 7 LOK yang merupakan kenalan kenapa presiden ni bertanyakan soalan kepada presiden Suara Wanita 1 Malaysia ni. Apakah jawapannya??

Surat jemputan untuk forum diterima oleh opis SW1M tetapi selepas  provokasi dilakukan. Yang menariknya lagi apabila surat jemputan diterima tetapi tanpa COP dan SIGN yang membawa maksud SW1M hanya menerima surat tetapi tidak mempersetujui FORUM yang sememangnya mempunyai niat jahat.


Forum yang di anjurkan oleh aktivis mahasiswa pembangkang, SAMM, KAMI, DAN INSTEF ni, dilihat sebagai satu tempat untuk memalukan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia ni. Perkara seperti ini sama seperti yang berlaku kenapa PENGGERAK MAHASISWA pada PRKampus apabila golongan mahasiswa pakatan rakyat ni membuat satu debat tanpa persetujuan sebelah pihak lagi.

Cara ini adalah cara terbaik untuk memusnahkan maruah orang tu. Apabila dia menerima untuk menjadi penalis dalam forum ni, dia akan di "bash" semasa forum. Bila dia tolak untuk menjadi penalis, dia akan tetap melakukan forum dan akhirnya akan menyatakan penalis yang telah dijemput telah menarik diri. Secara tidak langsung penganjur berjaya memalukan nama penalis. 

Kalau korang tak percaya cakap aku. Korang pergilah 22 Januari ni. Presiden SW1M ni datang atau tak.


Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...